ISI kandungannya mengenai kematian telah membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menyaksikan apa yang bakal ditonjolkan dalam filem arahan Bade Azmi ini. Dua tahun menanti, karya genre suspen dan drama misteri, Maut, akhirnya bertemu dengan penonton di pawagam bermula hari ini.

Sungguhpun topiknya berat tetapi cerita ini disampaikan lebih ringan berbanding filem Syaitan (2007) yang turut diarahkan oleh Bade. Ideanya turut datang lebih awal daripada filem Syaitan dan Bade berpendapat usia yang bertambah matang memerlukan dia membikin karya yang lebih serius seperti Maut.

Dibahagikan kepada tiga cerita yang digambarkan dalam tiga bulan - Sya'ban, Ramadan dan Syawal - semuanya menceritakan fokus sama iaitu kematian. Cerita pertama mengenai roh yang tidak tenang dan yang kedua berkisar tentang keinsafan manakala bahagian ketiga yang dibikin lebih dramatik memilih pembalasan selepas meninggal dunia sebagai isi penceritaan.

"Dulu semasa muda saya boleh membikin filem 'mengarut' atau untuk hiburan semata-mata. Tapi kini rasanya saya perlu membuat filem yang lebih serius. Jadi saya memilih subjek Malaikat Maut sebagai inti pati cerita. Sebenarnya subjek ini mengenai orang Islam tetapi tidak banyak yang boleh dijelas dan dikupas secara mendalam.

"Banyak benda yang kita tidak perlu tahu seperti roh atau malaikat. Tetapi dalam filem ini, rasanya saya telah mengupas lebih daripada yang sepatutnya. Cuma untuk subjek Malaikat Maut saya membiarkan penonton untuk membuat tafsiran sendiri bagaimana Malaikat Maut itu wujud untuk meragut nyawa," kata Bade ketika ditemui selepas tayangan filem Maut kepada media baru-baru ini.


Gambar di atas adelah saat pengebumian JJ(Que)... nauzubillah bila terlihat keadaan mse tu...

Bagi sy filem ini bkn mengisahkan cerita seram atau mengerikan tetapi cerita ke arah kesedaran...

terdapat 3 plot di mne ketiga2kisah berlaku pd bulan yg berbeza... yer sekurang2nyer terselit rasa bahawa betapa jahilnyer diri nie, betapa hinanya diri nie pada agama sendiri....

Apabila memnonton terlahir lah rasa keinsafan... uhuuhuhuuuhuhuhh....

Insaflah wahai teman2 kerana MAUT pasti akan menghampiri.....



2 Comments

  1. lalink da tengok kew filem ni...best x

    ReplyDelete
  2. ulasan mcm pro jer erk.... hahhaaaa! aper pon.. xpuas ati rrr mcm ni. nora x ajak iz g negok sesama...... majuk rrrr!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿