Cemburu seorang suami dan ayah adalah w ajib bagi mereka demi menjaga
maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،
فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟
فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا
ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang
sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi
respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang
dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah
dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku,
kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang
ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai
sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji
dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS
apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
(terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang
yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman
lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah
kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri
memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang
starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada
jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan
lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah
semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan
sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa
sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan
yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat
tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa
sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Ked ayu san ini
hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh
isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika
berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'd
ayu s' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki d ayu s di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam
salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang
berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan
bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang
tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin
demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

0 Comments