♥bahagiakah diri ini??♥

Wednesday, April 15, 2009


Manusia bahagia bila dia berupaya, untuk membuka  mata,

untuk mneyedari  bahawa dia memiliki banyak perkara  yang bererti

manusia akan bahagia  bila dia mahu

membuka mata hati, untuk menyedari bertapa  dia dicintai

manusia  akan bahagia   bila dia, berusaha membuka diri

agar orang lain mencintainya dengan setulus hati

manusia tak bahagia kerana tak

mahu membuka  hati

berusaha meraih yang tak dapat diraih

memaksa untuk mendapatkan segala  yang diinginkan

tak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada

manusia buta, kerana ego dan hanya

memikirkan diri sendiri

tak sedar bahawa dia begitu dicintai

tak sedar bahawa saat ini, apa yang ada  adalah baik

sering berusaha mencari yang lebih baik dan

tak mahu sedar kerana nafsu serakah!!

ada kawan yang begitu mencintai

namun tidak diendahkan, kerana memilih, menilai, dan

menghakimi  sendiri. memilih kawan dan memcari-cari

sedangkan di depan mata ada kawan yang sejati

telah memiliki segala yang terbaik

namun tamak, ingin dirinya yang paling diperhatikan

paling disayangi, dan mahu lebih perhatian.

semua manusia memiliki peranan

hebat dan nombor satu  dalam satu-satu  hal, tapi belum tentu dalam hal-hal lain

dicintai oleh satu orang, belum tentu oleh orang lain!!

 kebahagian datang dari dalam diri sendiri

jika mengharap daripada orang lain

bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati

kita akan bahagia bila mampu, menerima diri apa dayanya

mencintai dan menghargai diri sendiri

mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.

percayalah kepada Tuhan dan bersyukurlah

Kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik

sesuai dengan usaha kita

tak perlu berkeras hati

dia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan

meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari

berusaha dan berbahagialah, kerana kita dicintai

begitu banyak orang…

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿