♥Renung@n K@t@ PenGisi@n Jiw@♥

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak
Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal


Align Center

{ 14 comments.. read them below or add one }

Ejump Ejump 13 May, 2009 16:43
begitulah juga jikalau kamu sudah pun gigit kopok lekor..jangan la pulak kamu meletak balik...kerna air liur pada kek tu penuh racun..hee~~



btw, n3 nie...hurmm...amat mendalam..dan kenkadang buatkan ejam terase..hurmmm
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 14 May, 2009 09:53
huk huk huk....

sedarlah wahai kwn2 sesungguhnya menghargailah org yg menyayangi kita kerna andai ia terluka ketahuilah betapa sakitnya dirasai walaupun tercalit secangkir senyuman....

kenapa meski terasa???
hehhehehhehehheheheh
maafkan nora kalo kata2 nie menyinggung kengkawan....
AnonymousAnonymous 14 May, 2009 10:54
huk huk huk

sedey sehhh..tapi its ok rite nora...hehhehe
"never make someone your everything because when they're gone, you've got NOTHING....
(sayang skit2 jer tau..)
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 14 May, 2009 12:07
ekekkekeke.....
btl2 tu hy sket je kne bg kt org syg kita..
bio jual mahal sket....
hehehehehhe
Ejump Ejump 15 May, 2009 14:52
x.. bukan terasa apa..cume ... sumtyme... ejam pun pernah juga terbuat...ataupun di buat begitu...

itulah kehidupan..kan?

berlajarlah dari university kehidupan... hurmmm
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 15 May, 2009 15:25
hahahha... betul tu ejam... actually nora dpt word nie dr my sis ema..
mse bce tu terasa plak ngn diri nie coz pernah buat n dibuat...

yupsss tu r nmenye khdpn....

Universiti Kehidupan Alam Fana...
hhahahhahahahhahaha....
Uwaaaaaaaaaaaaaa...Uwaaaaaaaaaaaaaa... 18 May, 2009 16:01
Uwaaaaaaaaaaaaaa.....

Jika kamu ingin pergi melancong,jangan sesedap hati jeee nak ke MEXICO,jika kamu tak pakai penutup hidung,nanti menusuk H1 N1 di hidung Mu....

Nasihat Percuma Dr Kementrian Pelancongan...

PEACE...
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 19 May, 2009 09:27
tenkiu lah mengingatkn...
hahhahahha....
tak yah melancong dok umh je lg baik...
wakhahaha...

btw thanks ye Uwaaaaaaaaaaaaaa
nak letak nama apa yek?nak letak nama apa yek? 19 May, 2009 10:16
sama2 mengingatkan...
baru ingat nak ajak2 kambing g london...tak nak ikut ke?

RUGI taw...

Uwaaaaaaaaa...
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 19 May, 2009 10:33
ermm tak pe lah...
thnx je r ehhh..
huuhuhuuhuhuhh
MALU nyeeee...MALU nyeeee... 20 May, 2009 11:16
Hai...Sihat dah ke?
Tak pe la...I pun bkn nak ajak2 u pon heehheee...cuma nak ajak2 kambing pakcik Din Ajee,namo marah2 k...

Nty i ajak u g makan2 k?Mahu ke kamu heheheeee...

PEACE...
~daCkScOot^_^ ~daCkScOot^_^ 20 May, 2009 16:48
Alhamdulillah sht dh..

namo lah...
namo dgn kamo...
wakhakhakhakha...

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿