˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·Apa Yang Ku Rasa Dlm Do'a Ku˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

Tuesday, January 12, 2010


Terdampar ku di sini..mencari cari erti sebenar makna2 kehidupan yang puas ku terokai..
menyelam hingga ke dasar lautan dalam dan terbang hingga ke langit tapi masih tidak ku temui...
dan mataku terpegun dan keindahan warna2 pelangi petang membuat ku terpegun dan terlupa tentang tujuan ku berada di sini...??

apa aku perlu ku cari..?
apa yang akan ku temui..?
apa yang di cari sering samar2 ku temui kerana aku sering di lekakan dengan keindahan dunia yang sementara...

hampir buat aku terlupa tentangNYA..hampir berputus asa melihatkan karenah manusia yang punya pelbagai ragam dan cara...ada yang ego..sombong..angkuh­...



tapi tidak semua..dalam itu ada juga sesetengah yang baik..ikhlas..jujur...
mereka yang baik sering berada di bawah kerana yang ego ingin berada di hadapan..

apakah makna ini semua..?
kenapa perlu begitu..?
adakah mereka sudah terlupa..?
patutkah aku sedarkan mereka dari tidur nyenyak ini...adakah mereka akan mengerti..?

huh..mung­kin tidak..kerana ego mereka tidak akan membuat mereka mengalah...

tapi sampai bila akan begini...?
adakah kitab 'kalam' x mampu membuatkan mereka sedar lagi yang dunia hanyalah sementara..???

adakah ­ mereka x mengerti kenapa 'DIA' menurunkan kepada kita kitabNYA..?

bukankah 'DIA' adalah yang perlu kita sembah...tidak pernah kita disuruh menjadi ego...
berpecah belah sesama manusia..dan bagaimana ingin ku sedarkan mereka yang masih terleka ???
yang masih tidak menyedari apa2...masih samar2 dalam gelap mencari cahaya...

yang setiap mlam memenuhi disko2....islam kah mereka..?arak itukah minuman mereka..???
adakah mereka tidak sedar bahawa dlam 73 golongan dlam dunia hanya ada 1 golongan yang akan memasuki syurga..
layakkah bangsa2 ku ini..?aku.?

..mm..and­ai dapat ku merubah keadaan ini...tapi tidak..
aku hanya berada di sudut terasing menilai tentang manusia...
kerana ku x pnya daya untuk merubah...hanya memberontak bagi diriku..
kerana aku hanya makhluk ciptaanNYA yang lemah....dan bila Malaikat datang menjemputku..
aku akan pulang padaNYA...

You Might Also Like

1 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿