Orang Islam perlu meletakkan tujuan
perkahwinan untuk mencari keredhaan ALLAH. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh ALLAH dalam diri setiap manusia yang normal. Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah satu ketetapan dari ALLAH. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tangan-NYA, dan ALLAH berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendaki-NYA. Sebagai seorang yang beriman dengan qada’ dan qadar ALLAH, anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.



Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami ataupun isteri. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub di dalam Al-Quran dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan ALLAH S.W.T.


Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, ALLAH menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda
.


Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijab Kabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri, malah mengeratkan dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

4 Comments

  1. perkahwinan....permulaan kpd satu fasa kehidupan yg baru...nk memulakannyer juga bkn suatu yg mudah...huhuhuu.....

    ReplyDelete
  2. betul tu atie..
    Dugaan demi dugaan yg dtg..
    nak kata xnak xboleh kita kne face it gak..
    tp kn yakin smua tu pasti akn ade yg terbaik..
    Insyaallah...
    xdpt dlm mse yg singkat myb akn dtg kan.. sabarlah k..

    ReplyDelete
  3. lambatnya nak kawennnnnnnnnnnnnnnn !

    *tetibe.

    ReplyDelete
  4. hahahhaha.. ermmmm taw xpe lolly..
    lambatnye nk kahwin..
    ala omak kawen kan aku..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿