| Pengakuan Berani Seorang Isteri |

PADA satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, sukaduka,susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selau bertanya-tanya.

Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni.”

"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya. "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"

Perlahan jer isteri dia mula membuka lebaran cerita lama.

"Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu," jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita.

“Abang pasti ingat yg pada satu petang tu maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan.."

“Emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak," kata si suami.

“Kali ke dua pulak?" tanya suaminya.

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak abang tu, dan kita tak dapat buat apa apa sebab tak mampu biaya duit pembedahan?" si isteri menyambung cerita.

“Ya, abang ingat" jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan,tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..yang kali ketiga macam mana pulak?" tanya si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah.

“Abang ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...?"

Tan Sri pengsan kat situ jugak..!! -zs


wakakakakaka sengal punya bini dan sengal punya laki.. ish ish ish!!!!!


6 comments.. read them below or add one

~ ReD ~ ~ ReD ~ 03 July, 2010 00:46
sayanggg...widget kat sebelah kiri page ni ganggu readers nak baca ur entry..huhu (lari topik plak komen ni)

Latest entry :Memang tak boleh blah lah makanan macam ini!
atIEsAyAnGkAmU atIEsAyAnGkAmU 03 July, 2010 10:21
eloppp makcik....u punyer nuffnang ni ganggu org nk bace entry lor....pening org nengoknyer...kekeke...
AbgFeroZ AbgFeroZ 03 July, 2010 13:24
kekeke... akak senget..
ntah2 akak kowt bini tan sri tuh...
hahahahah...
SheY PuLL SheY PuLL 03 July, 2010 22:31
agak2..ape bini dia buat ek? boleh tahan bini dia...
✿Lovillea✿ ✿Lovillea✿ 04 July, 2010 22:33
RED & ATIE:

ok2 sygsss thanks bg teguran... muacsssss
✿Lovillea✿ ✿Lovillea✿ 04 July, 2010 23:19
Feroz:
dis story untrue
huhuhu xde makne akak cm tu deq oii... hehehhe mintak di jauhkan..

Epull:
Agak2 ape ye.. hmmmm berani wife da yerk...

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿