Salam ols my dear!!!!

kat sini nora nak share sket bout novel.. wahh mmg nora nie kaki novel, kaki buku, kaki bermcm kaki... nora beli buku nie br je pada 27.09.2010.. kebetulan mse tu nora ke Colombia...
haaa sabar2 bukan colombia yg berada nun jauh tu yerk.. yuhuuu.. nora juz pegi H.O.S.P.T.A.L.C.O.L.O.M.B.I.A.A.S.I.A. haaa yg berada di seremban..
Nora ke sana atas sebab mahu melawat dan menyerahkan handphone pengetua..
Anak pengetua nora Pn.Umi msuk ICU sbb accident super bike.. keadaan yg kritikal dan memilukan.. Umur muda lg br balik dr oversea plak tu.. ye lah dugaan buat kita yg
hidupkan.. Hiba sgt2 mse tu.. maklomlah bila dengar puan crite mmg sayu je.. walaupn hancur walaupn dh xsempurna hati ibu tetap mahu anak dia selamat dan meneruskan hidup.. Doakanlah utk along ank pengetua nora yeeee...


After melawat di Colombia we all ke Jusco, Seremban.. mahu soru babe.. lapooo.. so we all ke kenny roggers.. lepak mkn ngn rakan sekerja dan kwn sekampung..
[gambar xsempat nak upload~SABAR]
wahh seronok jugak walaupun letih.. b4 we all g mkn nora ke MPH dlu.. mcm biase nora xkan melepaskan peluang.. So pusing punya pusing nora belilah bulu yg berkenan di hati..


So nielah 2 buah novel yg nora beli.. walaupon dlm hati rasanya nak beli byk lg novel.. tp slow2 rabak duit nora..


Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?


Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.


12 Comments

  1. bini aku tomboy ke? tu dulu i selalu baca kat penulisan2u.blogspot.

    hehe. dah dibukukan. :)

    ReplyDelete
  2. dulu rajinlah layan novel...lah nie maleh nk ngadap..

    ReplyDelete
  3. Nard:
    ha'a dlu salu bce on9.. now dh di buku kn snang sket.. hhehhe


    Zura:
    xpe now pupuk smule minat membaca ea.. heheheh

    ReplyDelete
  4. ta minatnye novel. komik best. keke

    ReplyDelete
  5. wahhh.. penggemar novel ek awak ni??..bagussss

    ReplyDelete
  6. koleksi buku baru nampakkkk...
    hehe.
    huda nk habiskan baca buku2 cecelia ahern ni.. huhu~

    ReplyDelete
  7. Mat Ganu:
    huishh mmg best babe.. suke banget.. lawak gilew..


    maCy:
    ermm nora sume lyn tp tgk gak plot citernye.. hehehehhe asalkan membaca dear..

    ReplyDelete
  8. mr.curly:
    ha'a nora suke novel.. act bkn novel je ape2 je bhn bacaan yg menariklah.. hehehehhe...


    Huda:
    waaaa... ermmm ala nora nye koleksi xsme mcm huda.. huda byk dh bku2.. huhuhu.. slmt membce dear..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿