PELAN PEMAKANAN KETIKA ANAK BATUK, SELSEMA & DEMAM

Salam sayang blogger sekalian...

Kembali setelah lama menyepi. Macam biskut chipsmore pulakkan. Sekejap bukan main lagi berblogging sekejap hilang menyepi.
Maaflah bukan sengaja tp rentetan kerja yg memerlukan nora membuatkan blog ni menyepi dari entry & blogwalking.

Semenjak nora menjaga zarra secara sendirian menguruskan kesemua keperluan zarra baru nora tau penat, happy, & kekuatan diri. Sebelum ni ramai yg kata susah nak uruskan baby sesorang nanti tak cukup tidur, tak sempat makan & mcm2 lagi. Tak dinafikan semua tu memang berlaku tetapi dari situ nora baru rasa akan kekuatan & kesabaran dalam diri. Dalam kepenatan kerja bila pulang nampak baby zarra hilang rasa penat & stress. Lagi2 bila lihat teletah & ragam dia...

Sejak beberapa hari sebelum ni baby zarra demam, batuk & selesema. Masa baby dulu pun kerap jugak zarra kene demam & nora hanya beri ubat yg doktor bagi. Hakikatnya baby ada antibody sendiri. Sejak nora join group Solid Food For My Baby, Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak dan Homemade Solid Food For Your Baby(HSFFYB) maka banyaklah info yg nora dapat. Memang terkejut jugak mula2 bile baca post mereka semua.

Sejak dari itu nora xgalakkan baby zarra makan ubat terutama antibiotik sebabnya utk apa bg antibiotikkan sedangkan baby setakat demam, batuk & selesema. Memang antibiotik tu bagus sebab akan bunuh semua bakteria jahat dalam masa sama ia jugak akan membunuh semua bakteria baik. So baby akan sihat sekejap je lepas tu demam semula. Bila dh bagi antibiotik baby perlu ambil probiotik bagi kembalikan semula bakteria yg baik utk badan.

Ok kat sini ada beberapa info untuk nora share. Nora dpt info dari Puan Shehan Ismail.

Kat sini pulak info yg berkaitan



Sumber Mr. Google




Jika si manja anda demam
Kanak-kanak yang demam selalunya kurang selera makan atau tidak mahu makan. Cuba pujuk si manja mengambil sedikit makanan yang berkalori tinggi, kerana anak anda pastinya enggan makan banyak. Anda juga boleh berikan makanan lembut seperti bijirin oat, bubur ayam atau sup, dan kentang lenyek. Beri si manja minum sebanyak mungkin, terutama sekali air kosong, atau jus, untuk mengelakkan penyahhidratan yang mungkin berlaku apabila suhu badan naik. Petua : Asam jawa dibancuh bersama air. Jika pekat lagi bagus. kemudian lap2 kan bdn baby dn juga pelipat2nya..


Jika si manja anda selsema
Kanak-kanak yang selsema biasanya tertarik dengan makanan yang hangat dan bersup, dan juga makanan lembut dan mudah dimakan. Ini termasuk sup atau bubur ayam, telur goreng hancur, kentang lenyek, lempeng dan bijirin oat. Makanan hangat juga boleh bertindak sebagai pengewap, untuk melegakan hidung yang tersumbat.

Jika si manja anda cirit-birit
Cirit-birit biasanya boleh dirawat di rumah, selalunya dengan mencegah penyahhidratan atau dehidrasi daripada berlaku. Cuba jangan beri sebarang ubat, melainkan ditentukan oleh doktor si manja anda. Galakkan si manja minum sebanyak mungkin, termasuk air, sup dan minuman larutan garam. Makanan yang mudah dihadam, seperti bijirin oat atau bubur, rebusan atau sup sayuran, juga patut diberikan.[INGAT B.R.A.T ketika anak anda cirit birit]

Ok terus terang nora cakap sebelum ni mmg nora main bagi je baby zarra makan ubt yg doktor bagi. sejak join group cm ni maka mulai dr itu nora lakukan sendiri kiranya zarra setakat demam, batuk & selesama. Baru2 ni zarra demam nora jelomkan je, selesema plak nora buat wap kemudia percussion so far ok juz sket2 je selesama yg ade. selain tu nora sedut gak. batuk plak nora gune daun kadok yg diramas dengan kapur sireh kemudian sapu pada depan dan belakang dada zarra. Alhamdulillah beransur juga, tak lupa juga nora buatkan sup ayam utk zarra.. 

Bila zarra dah ok dh sihat walaupun masih ade sisa selesema rupa2nya zarra nak berjalan tanpa sebarang bantuan. Ya Allah syukur pada 22.12.2012 zarra mula berjalan sendiri, dek kemaruk dapat kaki puaslah dia mengeliling ruang meja makan. suka sgt wen zarra aktif, dan belajar sesuatu yg baru....

6 comments.. read them below or add one

krole krole 26 December, 2012 13:29
terima kasih wak kerna sudi kongsi info camni..berguna sgt bg krole skngni..bab bakal jd ayah tak lma lagi...teruskan mmber info camni hihihi thanks sekali lagi
B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z 26 December, 2012 13:35
welcome krole...
same2 kite kutip info yg berguna..
after ni mmg rase tulis entry more tntg baby..
sian baby kck2 lg dh kne ubat so nk elak kne lah mommie & bapa rajin sket kan...
ainy maharani ainy maharani 08 January, 2013 22:38
perlu perhatian yang lebih dan kehati-hatian memang jika buah hati kita sedang sakit
E-sihat.com E-sihat.com 15 April, 2013 16:24
Terima kasih utk info ini. :-)
Nice pinky blog :-)
Melastik Bintang Melastik Bintang 12 August, 2014 12:26
antibiotik tak elok untuk kanak kanak... disarankan ambil prebiotik...

antibiotik lebih kepada menghentikan sementara simptom.. bukan menghilangkan terus....

dulu MB ada tulis pasal Antibiotik vs Prebiotik
Ummi Zarra Ummi Zarra 16 August, 2014 13:44
Betul tu MB.. Dulu nora xtau pun. Tapi bila dah start join group baru nora tau. sejak tu nora tak bg antibiotik lagi pada zarra..

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿