Salam ols...

Kembali memeriahkan ummizarradotcom. Haaaaa korang tau tak yang astro akan menanyangkan drama bersiri paling superb.. Ke korang semua dah tau..


Ok kalau belum jom baca...


Drama bersiri SELUDUP merupakan hasil kerjasama daripada Astro Prima dan Mastermid Group Sdn. Bhd juga merupakan hasil tangan pelakon serba boleh iaitu Jehan Miskin. SELUDUP akan ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) dan juga tayangan serentak di saluran HD iaitu Maya HD (saluran 135) sebanyak 13 episod.

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. 

Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran - seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Produksi ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Amran dan Yasmin bagi menghidupkan peranan yang mencabar. Pelakon-pelakon lain yang diumumkan pada 25 Jun 2014, Rabu di Serai, KL Live Kuala Lumpur adalah terdiri daripada Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin turut memegang watak di dalam drama ini walaupun beliau merupakan penerbit drama Seludup.

Sedikit sedutan Majlis Sidang Media Seludup 25.06.14


Haaa jangan jeles iols bila i dapat bergambar dengan pelakon utama dan jangan salah faham i tidak terlibat langsung dalam drama ini. Ini adalah gambar para pelakon bersama blogger yang hadir masa soft launching hari tu.



Selain daripada itu, korang di luar sana juga boleh rebut peluang berlakon dalam drama ini dan paling penting boleh memenangi RM15,000. Haaa jangan tak cuba hokeh mana tau rezeki korang kan. Pakat ramai-ramai sertai contest ni


Online casting @ ujibakat di : http://bit.ly/Seludup

Uols juga boleh layari di

Sesiapa yang ada bakat dan minat berlakon cepat-cepat sertai hokeh..

3 Comments

  1. hi..salam, pcl singgah pepagi buta kat blog ummi zara ni nk tengok video casting... camana tu?..boleh jd pelakon ke?

    ReplyDelete
  2. Wslm PCL.. Waaa dasat bw pepagi..
    Terima kasih bebanyak...

    Ikot step yg ade tu pcl anta video. Mne tau rezeki trpilih pelakon ngn mng 15k. Kannnn

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿