Pra-Tonton Filem : Kawan Aku Mati Dalam rumah Sewa

Salam Kakasi Hati Nora....


Bersama Rakan Blogger : Photo by Ayue


Pada Isnin yang lalu 11.08.2014 nora join Pra tonton filem melayu berkonsepkan komedi seram iaitu Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa atas jemputan Bro Framestone di Cathay Ecurve, Mutiara Damansara.

Siapa yang mati?
Kawan aku atau kawan korang?

Ok jom baca sinopsis filem ni.

Filem ini menceritakan tentang 3 orang rakan baik iaitu Rudy, Akhirrudin dan Remy yang tinggal bersama di rumah sewa. Rudy (Acey) merupakan seorang pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem yang diperolehinya. Manakala Akhirrudin (Abam) pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan Remy (Fad) merupakan seorang pengilap kasut. Mereka menyewa di rumah Pak Cik Osman (Yasin SYJ) dan tidak membayar sewa rumah selama 3 bulan. Tidak berapa lama kemudian hadir seorang teman iaitu Saipol (Epy Kodiang) merupakan anak saudara kepada Pak Cik Osman.

Seterusnya haaaaaa korang mesti tonton filem ini yang akan ditayangkan pada :


Tarikh : 14 Ogos 2014 (Khamis)
Genre : Komedi seram
Penerbit : Hashim Rejab
Terbitan : Mangkin Prestij


Pertama kali nora tengok cerita komedi seram yang sangat owsem. Mana tidaknya sepanjang cerita dipenuhi komedi, memang tidak kering gusi dibuatnya. Zarra pula memang tidak tidur dia pun excited tengok filem ni. Cuma bila part hantu zarra akan tutup mata..



Filem hasil Hashim Rejab kali ini tidak mengecewakan walaupun baru pertama kali menghasilkan filem dalam bentuk komedi seram. Gandingan mantap daripada pelawak yang memenangi tempat ketiga di dalam Maharaja Lawak Mega ini sangat membuahkan hasil. Diharapkan filem melayu ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Bersama Acey (rudy)

Bersama Julia Ziegler

Bersama Fad (remy)

Acey



Bersama Dato' David Teo (MIG Production)
Actually nora sampai lambat di sana. Mujur masih belum mula Majlis Pratonton ni. So ada beberapa pelakon sahaja nora sempat bergambar. Yang best dapat juga bergambar dengan Pengarah MIG Production iaitu Dato' David Teo.

Sedih juga sebab tidak sempat nak beramas mesra dengan blogger yang lain.
Blogger yang selalu jumpa Namia, Sue Sopian, Atikah, Bro Framestone.
Tapi tidak berkesempatan dgn blogger lain seperti Rosmiza, Tengku Syukri & lain-lain

{ 11 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 13 August, 2014 10:53
Wahh bestnyaa dapat jumpa barisan para pelakon.. wahhh ena tak tahulah bila dapat join cenggini.. hurmmm
ummizarra ummizarra 13 August, 2014 11:40
Heheheh TQ ika..
Terima kasih gak sebab sudi jadi tukang ketip-ketip utk ummi. hehe
Ummi Zarra Ummi Zarra 13 August, 2014 11:48
Best jugak ainaa..
kalau join blh kite jumpa kan...
Julia Johari Julia Johari 13 August, 2014 11:49
Wauuu...hebat join cm ni...go mommy zara go...
Iena Eliena Iena Eliena 13 August, 2014 12:03
pon pon iena dtg singgah :)
Ummi Zarra Ummi Zarra 13 August, 2014 12:06
Alaaaa mummy Julia Johari biase je. Hehehhe rezeki dapat join pra tonton filem ni Alhamdulillah.. Chayok chayok
Ummi Zarra Ummi Zarra 13 August, 2014 12:07
Iena Eliena:
pin pin pin terima kasih sudi singgah sini..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 14 August, 2014 10:23
Nora, Mieza pun baru 1st time join event BroFramestone.. Dah la 1st time, x sempat pulak nk kenal2 ngn geng blogger.. Sampai lambat gak.. Lost.. Huhu.. Next time maybe leh kenal2..^_^
Rosmiza Ali Official Blog™
Adinda Baizura Mazlan Adinda Baizura Mazlan 14 August, 2014 13:49
Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/
CikLily Putih CikLily Putih 15 August, 2014 16:09
belum tengok dah tau citer ni kelakar, kalau k lily tengok agaknye boleh pecah panggung dibuatnya hahahhaa

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿