Sejuk Perut Ibu Mengandung

Thursday, August 28, 2014

Salam sayang...

Semalam punya cerita.

Habis kerja terus ambil zarra sebab ummi rindu sangat. Walhal selalu je bergaduh dengan zarra bertekak bergurau dan apa sahaja membuatkan kami bahagia.

Alhamdulillah semalam mood zarra sangat ok sangat mendamaikan hati ummi. Sesama kami tengok tv, ummi melayan kerenah zarra tengok kartun.

Tiba masa untuk ummi solat asar cepat-cepat zarra nak ikut.

Zarra : Ummi zarra nak mayang (ambil air sembahyang)

Ummi : Ok cepat sini

Zarra : Bismillahirrahmanirohim... Dia mula basuh muka, basuh tangan, basuh telinga dan basuh kaki. Lepas tu siap tadah tangan ntah apa dia baca.

Ummi : Dah siap?

Zarra : dah

So kami bersama masuk bilik. zarra pun minta dipakaikan telekung.
Alhamdulillah sejuk hati ummi bila zarra sudah mula belajar sesuatu menginginkan apa yang dilihat melakukan apa yang dia rasa suka.

Ummi belum sempat pakai telekung dia dah mula Allahuakhbar.





Step by step dia buat walaupun dia tak tau baca apa-apa. Sekadar Bismillah, Allahuakhbar, Doa makan, Al-Fatihah tapi tak habis setakat dia tau sebut Alhamdulillah sahaja.

Bila dia perasan ummi dia tak mula sembahyang lagi terus dia cakap "haishh ummi ni cepat lah.. Zarra pandai ummi tak pandai eh"
Haaaaa gitu sekali dia bersuara. Kemain anak dara ummi ni bila bercakap. Siap gaya bagai. Macamlah dia dah besar sangat.

Apa pun ummi bangga dengan sayang ummi. Ummi sayang kamu ummi rindu kamu setiap masa setiap detik...

Syukur Ya Allah kerana Kau anugerahkan insan cilik ini.
Walaupun agak payah untuk membesarkannya namum akan ummi cekalkan hati ini demi anak ini seorang.
Moga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada kami.
Limpahkan rezeki buat kami.

You Might Also Like

7 ♥sweetcream♥

  1. Alamdullilah. Besar dah zarra :)

    ReplyDelete
  2. Sejuk jugak mata yang melihatnya.. ALhamdulillah.. Zarra membesar sebagai seorang anak yang solehah.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. hehe..comel je zarra..bukan takat perut mak, perut bapak pon sejuk bila tgk perkembangan +ve anak..

    ReplyDelete
  4. Scha:
    Alhamdulillah scha.. Sekejap je tengok dia membesar.. Haishh xpuas rasanya..

    ReplyDelete
  5. Rosmiza:
    Hope so lah miza. Moga zarra menjadi anak solehah..

    ReplyDelete
  6. JMR :
    Hehehhehehe perut bapak pen sejuk eh. bukan mata je sejuk? heheheh
    Yupsss seronok sangat tengok perkembangan +ve anak.. Syukur

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, sweetnya kak.
    Semoga menjadi anak Islam yang solehah :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿