CABARAN 30 HARI | #11 ~ Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Salam Sayang...

Tajuk untuk hari ke 11 di dalam Cabaran 30 Hari ni menarik okeh.

Kenangam zaman kanak-kanak pasti kita tak akan lupakan.
Sumber Google

Lahir zaman 80 an sah masa tu tak ada gadget macam zaman sekarang kan...

Nora merupakan seorang anak felda dan dibesarkan bersama seorang abang.

Ok actually nora masa kecik sangat lasak. Tak serupa dengan anak perempuan main anak patung. No no no tu bukan nora.

Sebaliknya nora suka main tembak-tembak, main lari-lari dan banyak lagi.

Sumber dari blogharian2 : Teng-teng

Permainan pada zaman nora 80an - 90an adalah seperti berikut:

-Rounders
-Baling selipar / tin
-Teng-teng
-Galah panjang
-Tutup botol
-Permainan patung kertas
-Main dam ular
-Main senapang menggunakan peluru biji getah or buah apa ntah yang kecik2 lupa namanya.
-Main combat2 or askar2
Dan banyak lagi sebenarnya...

Nora tak pernah main pengantin-pengantin dan jarang main masak-masak or pondok-pondok. Senang kata zaman kanak-kanak memang terbalik dengan abang nora. Sebab abang selalu main pondok-pondok bawah rumah sedangkan nora main kereta kebal main tembak-tembak askar.

Ok lucu ok zaman dulu. Rasanya sekarang masih wujud lagi ke tidak permainan seperti tu....


Pasti tak jumpa lagi kan... sebab zaman sekarang gadget lebih utama.

0 comment... add one now

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿