Sebab Teringin......

Salam sayang...

Entri malam yang secara tetiba okeh.
Dalam rasa taknak makan malam ni tetiba terhasil benda alah ni.
h

Sebab teringin sangat maka nora terus buat Roti Jala. Maklumlah ia semudah ABC je kan.. Cehhh poyo je nora kan. Hahhaha

Ok dalam masa sepantas kilat siap roti jala dengan kari nya sekali. Haaaaa senang sebab nora buat dalam kuantiti yang sikit.

Sesambil tu moh ler nora share roti jala yang lembut senang dan sedap ni.

Bahan-bahan roti jala :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 susu cair @ fresh (kebetulan nora ada farm fresh so nora gunakannya)
3/4 air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak @ butter yang dicairkan (ok yang ni nora tak guna pun sebab terlupa)

Cara-cara :
Campur kesemua bahan di dalam blander. Ok korang boleh blanderkan sahaja dan biarkan selama 5 minit.
Sesambil tu boleh panaskan pan non-stick dan renjiskan sedikit minyak.
So buatlah sesuka hati korang duk pusing2 kat atas pan.

Bahan-bahan kuah kari :
Ayam
Cili kering (yang dah blander ok)
Bawang merah + putih
Halia sikit
Kayu Manis @ penumis
Rempah Kari
Santan
Daun kari
Kentangbpotong dadu
Air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan seperti bawang + halia + penumis + daun kari. Kemudia masukkan cili blander. Agak cili dah masak masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik bau kemudian masukkan ayam dan air sedikit. Agak mendidih masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati dan masukkan santan. Agak semua dah ok baru masukkan perasa. 

Ok siap.

Heheeh xdak keja namanya ni ye kawan-kawan. sebab teringin inilah ghopernye...

3 comments.. read them below or add one

Cik Sue Cik Sue 03 September, 2014 11:51
rajinnya diaaaa malam2 tu ,kalau cik sue sanggup minum air je hehhehehe
Ummi Zarra Ummi Zarra 03 September, 2014 21:55
Cik Sue :
Teringin sangat2... uhukkkk...
Cik Yaya Cik Yaya 04 September, 2014 22:54
rajinnyer...
yaya ni leh msk lau guna bhn2 sikit..lau bnyk bhn cenggigni memng dtng pnyakit 'M' laaa..hehe ;p

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿