Urban Mom 2014 : Johnson's Baby dan Doktorbudak

Monday, September 15, 2014

Salam Sayang..

Hari ini sebenanrnya nora habis kursus. Dan Alhamdulillah kursus tu habis awal. So memang sempat nora gerak balik ke KL.

Akhirnya nora Berjaya sampai ke event Johnson’s Baby dan DoktorBudak. #JBstoriesinabottle.




6 September 2014 yang lalu telah berlangsungnya bengkel Johnson’s Baby dengan kerjasama Doktorbudak untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang menjaga ulit bayi yang halus dan lembut pada siri jelajah Urban Mom 2014.

Bengkel yang bertajuk “Are You Caring for his Skin the Right Way?” menampilkan dua orang pakar iaitu Dr. Alileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling. Actually artis Dynas juga turut hadir berkongsi pengalaman terhadap kulit bayi dan penggunaan Johnson’s Baby product.

Seperti sedia maklum, kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya. Ok ini adalah fakta mengenai penjagaan kulit bayi dengan betul.

Johnson’s Baby Top to Toe Wash sama dengan penggunaan air. Ini kerana ia sangat lembut dan tiada perbezaan sekiranya kita membilas dengan air sahaja. Ia lembut pada kulit seperti air.

Bau baby siapa tidak sukakan so mestilah kita para ibu menitik beratkan bau badan anak kita. Alhamdulilah pengalaman nora semasa zarra masih kecil orang-orang suka bau badan zarra sebab wangi. Siap jiran ada kata tidak seperti anak sipulan bau badan anak hamis. Wallahualam apa punca sebenarnya. Perlu menitikberatkan kebersihan di muka, leher, tangan dan punggung bayi dengan teliti setiap hari.

Tips pemilihan produk adalah penting. Bukan sahaja kita perlu tahu isi kandungannya malas memastikan produk tersebut tidak mendatangkan kerengsangan pada kulit bayi seperti kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar selepas di cuci.

Nora paling suka menggunakan Bedtime Johnson’s Baby sebabnya ia membantu baby rasa relaks dan tenang pada waktu malam. Baunya pun cukup wangi dan lembut daripada pati Natural Calm.





Terdapat booth baby johnson’s menjual barangan seperti sabun mandi, shampoo, lotion dan banyak lagi. Ok actually nora suka lotion baby johnson’s sebab nutral and smooth. Tak mempunyai bau yang kuat dan tangan kekal lembut.







Nora juga berkesempatan belajar urutan pada bayi dengan menggunakan Baby Oil Bedtime Johnson’s Baby. So satu pengalaman bagi nora belajar teknik urutan pada bayi agar bayi kita berasa selesa selepas mandi. Haaaa sedangkan dulu nora tak pernah buat begitu pada zarra.
Sesi Pembelajaran Urutan Bayi



Bersama Namee Roslan

Bersama Guest, Blogger, Pakar Doktorbudak





You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

  1. tingginya Dynas.. Kelas kau jah dapat bergambar dengan retis hihihi

    ReplyDelete
  2. Sukansi zarra muka kena lukiskan...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿