Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

Saturday, May 02, 2015

Salam sayang.

Ya ampun lama sangat tak coret dalam ni. Semua bahan jadi draf. Rindu sangat. Tapi disebabkan kekangan masa dan ketandusan idea semuanya musnah kabur.

Now i am back.

Nak kongsi cerita pasal kisah hati kisah ummi dan zarra kisah kami.


Pengalaman bawa zarra ke KL Bird sangat menyeronokkan. Even time tu zarra not in the mood. May be penat sebab datang KL semata-mata nak bersama dengan ummi.

Dan ini merupakan kali kedua nora datang ke sini. Yang 1st dulu tak ingat dah zaman bila. Tiba di sana dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah ada parking walaupun agak penuh. Beli tiket untuk mak abah nora adik dan zarra. So untuk dewasa RM27 seorang and untuk kanak-kanak RM13 seorang.

Mujur masa datang sini ada stroller dalam bonet kereta. Kalau tidak jenuh nak dukung zarra yang tak berapa nak ada mood tu. So 1st kami masuk zarra dah excited nampak burung. Ini merupakan pertama kali nora bawa zarra ke tempat sebegini.

Banyak burung yang kelihatan dan pelbagai spesis yang ada. Paling senang nak jumpa adalah burung merak dan burung merpati puteri. Berkeliaran di sepanjang jalan.

Ermm boleh tahan besar juga kawasan KL Bird ni dan semput juga nora dibuatnya. Puas round tengok pelbagai spesis burung dari yang kecil, besar dan menakutkan. Terutama burung hantu.

Pemandangan di sini juga cantik. Best kalau buat photoshoot. Hheeheh

Inilah gambar-gambar yang sempat nora snap.

My Happy Family

Ummi & Zarra

Love you ols Mak Abah and my dotter zarra






Next time nak bawa zarra kena pastikan keadaan dia sihat dan mood dia ok.. Kalau tidak bergambar pun nak tak nak je dia.


You Might Also Like

4 ♥sweetcream♥

  1. waaaa.. ummi.. miss u so much!!!
    erk.. dah setengah tahun baru ada update.. hehe.. sokong ummi dari jauh.. mummy pun dah jarang update blog.. baru nak start balik.. :D

    best la pegi bird park..
    hurmmm.. bila la dpt bawak si Hadirah pulak.. hehe.. dah tak berapa nak larat ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah jgn terkezut.. Selama ni mood ke laut lah mommy..

      Ni bru ade rasa sikit lah mood utk ngadap blog..

      Ya la mommy xlrt dh. Lps ni blh g kl bird dgn kak long hadirah and adik dia. InsyaAllah..

      Delete
    2. inshaaAllah.. hehe..
      go go ummi! chaiyok! chaiyok! moga bersemangat kembali..

      p/s: miz u!

      Delete
  2. Muka zarra tu mcm nak tak nak jee..haha..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿