Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)

Salam sayang,




Nak share sikit pasal Evening Primrose Oil atau nama singkatnya EPO. Actually nora ada allergy dan selalu mengalami masalah bila nak datang bulan (haid) juga ada masalah pada kulit muka. Sebelum ni nora selalu makan Vitamin C sahaja, tetapi ada kawan suggest nora cuba EPO any brand. So macam biasa brand Blackmores memang jadi pilihan disebabkan mudah di dapati di mana-mana farmasi seperti di Watson, Guardian, Caring and lain-lain.

Sebelum ni nora beli yang botol besar dan boleh tahan lama juga, bila dah habis memang tak pergi membelinya sebab kemalasan melanda. Bila badan rasa tak OK kulit rasa kering, nak period selalu ada masalah, makanya memang nora perlukan supplement untuk badan.

Rezeki bila ada orang belikan EPO, combo set 3 botol sebab tengah promosi, so boleh share. Takkanlah nora nak makan 3 botol besar teruskan, mau expired date nanti. Hehehehe.

Ok... ok... now nora nak share kebaikan Evening Primrose Oil (EPO) terutama untuk kaum wanita. Sangat sesuai untk wanita-wanita di luar sana yang ada mengalami maslaah hormon.


KEBAIKAN EVENING PRIMROSE OIL (EPO)


--> Membantu mengawal atur kitaran haid.

-->Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit
payudara dan senggugut.

--> Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.

--> Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.

--> Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.

--> Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.


HURAIAN KHASIAT EPO

1. Kebaikan EPO pada kulit.
Membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

2. Diabetic Neuropathy
Diabetic Neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

3. Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara

4. Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

5. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

INFO TAMBAHAN YANG WAJIB ANDA TAHU TERHADAP EPO :

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.
Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.

KHASIAT KEGUNAAN LAIN EPO

  • Mengurangkan radang dan sakit sendi
  • Melegakan sclerosis
  • Kanser terutama kanser payudara
  • Mengurangkan tekanan darah
**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

CARA PENGAMBILAN EPO

2 Biji setiap pagi selepas makan.



So, uols yang ada mengalami masalah lebih kurang sama dengan nora, boleh lah cuba amalkan pengambilan EPO ni. Macam-macam brand ada di pasaran contohnya Bio-Life, Naturalle, Kordel's, Seven Seas, Halalgel dan banyak lagi brand di farmasi-farmasi.

But, BLACKMORES tetap menjadi pilihan nora

5 comments.. read them below or add one

Cik Ash Cik Ash 18 May, 2016 15:44
Boleh cuba ni nanti harga mahal tak Hihihihihi
Dhea Ahmad Dhea Ahmad 18 May, 2016 19:58
Nadia tgh makan vitamin c now food skang.. Mcm best EPO ni tp boleh campur makan ke
Dhea Ahmad Dhea Ahmad 18 May, 2016 20:01
Nadia tgh makan vitamin c now food skang.. Mcm best EPO ni tp boleh campur makan ke
ummi_zarra ummi_zarra 19 May, 2016 16:44
Nora selalu beli time promo. Cubalah so far ALhamdulillah nora guna OK.
Ummi Zarra Ummi Zarra 31 May, 2016 09:50
Vitamin C pn nora mkn sbb nya kurangkan bersin setiap pg. EPO ni best.. so far ok nora makan.. bdn pn rse selesa.

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿