Pada 14 Ogos 2016 yang lalu, nora ke Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan bagi menghadiri event sebagai wakil blogger untuk program larian yang di anjurkan oleh IJM Land. Ini bukan event marathon pertama anjuran IJM tetapi ini merupakan tahun ke-5 IJM Land menganjurkan IJM Land Half Marathon 2016. Acara tahunan ini menjadi sasaran pendudukan di sekitar Seremban 2.


IJM Land Half Marathon 2016 dengan penyertaan diluar jangkaan seramai 6000 perserta. Nora tengok penyertaan dari pelbagai kategori pun dah teruja serta kagum. Masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan. Seramai 6000 peserta telah berlari dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’, dengan jarak larian baru sejauh 10KM dan 21KM bermula seawal 5.30 pagi hanya untuk kebajikan dan juga kesihatan sendiri. Selain daripada itu dengan adanya event sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan dan keluarga. Haaaa mana tahu bertemu jodoh dekat sini kannn. Hehehe.

Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad memberi ucapan
IJM Land Marathon 2016 juga dimeriahkan dengan pelbagai booth dan aktiviti untuk peserta dan pengunjung yang hadir. Booth yang ada di sini menawarkan pelbagai khidmat kesihatan percuma dan juga makanan kesihatan secara percuma serta banyak lagi. Nora sempat ambil air yakult dari booth yang disediakan sebagai alas perut sebelum minum pagi. Free kan. Haaaa korang selain dari itu, paling nora teruja sangat adalah lucky draw dengan pelbagai hadiah bernilai RM25,000 termasuk hadiah utama iPhone 6s dan TV Smart LG LED. Rugi siapa tak join kan. Rugi pada diri sendiri juga. Hehehhe.

Tarian Flashmob dari wakil komuniti setempat

Marathon kali ini menyumbangkan kepada dua badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA). Ini merupakan program charity yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pertubuhan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA)

Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan

Tahun ini juga IJM Land memperkenalkan acara larian pantas kategori lelaki dan perempuan. Piala IJM Land Half Marathon Challenge buat pertama kalinya diperkenalkan dan dianugerahkan kepada pelari terpantas yang berjaya mempertahankan kejuaraan 3 tahun berturut-turut.

5 pememnang utama marathon 21KM kategori lelaki
Konon berjaya tamatkan marathon
Penaja yang terlibat untuk program IJM Land Half Marathon 2016 terdiri daripada BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald’s dan Spine & Joint.

Bersama Rakan Blogger yang hadir.
Gambar credit to : Abang Khir Khalid 
Terima kasih kepada Bro Framstone kerana mengajak kami untuk menyertai event IJM Land Marathon 2016 di Seremban 2. Terima kasih rakan-rakan blogger yang sangat awsome.



Tahun Depan kita lari...

Acara ini akan diteruskan oleh IJM Land pada  tahun hadapan 13 Julai 2017. Untuk keterangan lanjut korang boleh follow event IJM di lamana web IJM LAND HALF MARATHON seperti berikut:



4 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿