Rizq Islamic School (RIS) : Tahfiz Bertaraf Antarabangsa yang Pertama di Asean

Salam sayang,

Bangunan Wisma Rizq iaitu Rizq Islamic School
Baru-baru ini nora ada pergi sebuah sekolah tahfiz di Kajang. Dalam fikiran nora dan apa yang nora gambarkan sekolah tahfiz adalah sebuah sekolah yang hanya tertumpu kepada pembelajaran agama iaitu Al-Quran sepanjang sesi persekolahan. Nora bayangkan sekolah tahfiz mempunyai asrama dan kebanyakan tahfiz di Malaysia berada di bangunan-bangunan kedai mahupun satu tapak tumpangan.

Namun, apa yang nora fikirkan dan bayangkan itu jauh meleset. Sampai saja di Sg. Ramal, Kajang tempat yang dituju sangkaan nora itu sama sekali salah sebab hakikatnya Sekolah Tahfiz yang nora pergi itu tersergam dengan gah dan indah. Tidak sangka, di kawasan ini mempunyai Sekolah Tahfiz yang memiliki bangunan sendiri atas nama Wisma Rizq yang diuruskan oleh Rizq Educare Sdn. Bhd.



Sesi bual bicara bersama mereka yang sama-sama menguruskan RIS

Apa yang nora lihat, Rizq Islamic School sangat berbeza dengan sekolah-sekolah tahfiz yang sedia beroperasi di Malaysia. Rizq Islamic School telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) pada bulan Julai yang lalu ini di asaskan oleh anak muda melayu iaitu En. Abdullah Firdaus bin Abd Jalil (29 tahun) bersama 3 orang yang lain. Nora kagum dengan beliau kerana mempunyai pandangan yang jauh dalam memartabatkan sekolah tahfiz setanding sekolah swasta yang bertaraf antarabangsa.

Lower Grad Class

Upper Grad Class
Rizq Islamic School, memperkenalkan kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan menyediakan fasiliti bertaraf lima bintang. Keunikan sistem pembelajaran yang diterapkan di sini adalah menggunakan teknik pembelajaran yang diamalkan di negara 'Findland dan Jepun' yang menggunakan konsep "play based learning"menjadikan Rizq Islamic School sebagai Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara ASEAN.

Student Lounge

Sistem pembelajaran yang diketengahkan di sini dengan menggunakan kaedah yang berbeza dari sekolah tahfiz sedia ada, yang mana di sini akan menjadikan kanak-kanak berasa seronok untuk datang ke sekolah. Sistem sebegini telah diterapkan di negara Findland yang telah ternyata keberkesanannya dan dengan itu Sekolah Rendah Islam Rizq mengaplikasikan sistem pembelajaran yang berbeza ini dalam melahirkan seorang Hafiz Quraan yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Selain itu juga, penerapan Ilmu Falak dan Astronomi Islam serta Robotik turut diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum selain aktiviti yang telah ditetapkan oleh MOE iaitu KSSR, UPPK dan KSRA. Namun pembelajaran KSSR di sini adalah dalam bahasa inggeris kerana ia menjadi bahasa perantaraan dan Rizq Islamic School didaftarkan sebagai pusat peperiksaan yang mana ia berbeza dari sekolah tahfiz sedia ada. Ini bermakna di sini boleh menjalankan peperiksaan besar seperti Peperiksaan UPSR.

Study Area

                                                                                                                                                                                        
Art Room
Rizq Islamic School mensasarkan seramai 300 orang murid yang akan mula sesi penggajian pada Januari 2017. Mempunyai 16 buah kelas, Auditorium, Dewan, Bilik Permainan, Padang Bola yang menggunakan rumput khas, Makmal Komputer, Gymnasium, Library serta kemudahan asas yang lain. Keunikannya juga adalah pengunaan iPad sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan Al-Quran. Dalam memastikan Rizq Islamic School melahirkan Hafiz Quraan, pelajaran wajib untuk semua murid terdiri daripada 4 iaitu : 
  • Hafaz Al-Quran
  • Tajwid
  • Tafsir Al-Quran
  • Adab Hamalatul Quran
Selain daripada itu, Modul Islam di bawah KSSR iaitu:
  • Tauhid
  • Feqah
  • Akhlak
  • Sirah
  • Khat & Imla'
Library
Locker Murid
Sepanjang nora berada di sekolah ini, hati nora betul-betul tertarik dengan konsep yang digunapakai di sini serta keadaan sekolah yang sangat menarik, selesa dan mempunyai sistem keselamatan yang tinggi. Terdetik di dalam hati "andai aku mampu ingin sahaja aku hantar Zarra ke sini". Sebagai seorang ibu tidak kira siapa pun pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak dan ingin menghantar anak ke sekolah tahfiz. RIS mampu mengubah mentaliti masyarakat Malaysia bahawa Sekolah Tahfiz yang tidak mempunyai prasarana sendiri dan lebih kepada sekolah pondok tetapi di sini ia bertaraf Antarabangsa.


Playground
Untuk makluman semua, ada berita baik untuk pengambilan sesi Januari 2017 yang mana hanya RM580 sebulan di tawarkan kepada 100 orang terawal yang mendaftar di Rizq Islamic School berbanding dengan harga asal iaitu sebanyak RM600 sebulan untuk lower grade dan RM700 sebulan untuk upper grade. Manakala yuran tambahan iaitu sebanyak RM200 sebulan adalah untuk kafeteria yang menyediakan makanan sihat 3 kali sehari. Di RIS, murid-murid tidak dibenarkan membawa duit belanja ataupun wang saku kerana di sini mengamalkan konsep guru dan murid makan bersama-sama seperti di Jepun.

RIS menawarkan harga yang murah kepada ibu bapa yang inginkan kelainan untuk anak mereka terutama di dalam aliran tahfiz. RIS berbeza dengan sekolah-sekolah antarabangsa yang ada di Malaysia kerana kebanyakkannya mengenakan bayaran pengajian yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. 
Padang Rumput yang bertaraf FIFA. Bukan rumput biasa okeh
 


Ermmm, nora kagum dengan kesungguhan anak muda untuk memartabatkan pengajian Tahfiz setanding pengajian antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Wesitehttp://rizq.edu.my/

Facebookhttps://www.facebook.com/rizqschool


Instagram : @http://rizqislamicschool/


Twitterhttps://twitter.com/RIS_School



Auditorium

Dewan

Rizq Islamic School beralamat di :

Wisma RIZQ
Lot.1456-2 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor

Tel : 03-89120447
Whatsapp : 018-9611615


Terima kasih kepada Halim #HaiBlogger kerana undangan untuk menyertai even ini.
Gambar-gambar kebanyakkannya dari rakan blogger yang hadir :
HalimAfzalNeyraNannieIzwaAmirDeyla


6 comments.. read them below or add one

I N A  A I N A A I N A A I N A A 07 September, 2016 19:16
Cantik sangattt tahfiz ni. Serius, nampak sangat selesa. wahhh!
titan titan 08 September, 2016 05:15
tu dia.

lagi best kalau ada gambar dengan murid-muridnya.
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 September, 2016 08:30
Yupsss sangat selesa... Kagum.. Andai akk byk duit memang nak je hantar ank ke sni..
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 September, 2016 08:32
Terima kasih abg titan sudi singgah dan komen.
Mmg best kalau nampak ada murid, masalahnya sekolah ni akan beroperasi 2017 nanti.
Unni Anje Unni Anje 10 September, 2016 10:44
Suka tgk design sekolah tahfiz ni.. student pun mesti semngt nk stdy.. da beroperasi ke ni?
Nurul Fadhilayz Nurul Fadhilayz 10 September, 2016 21:15
Terbaik sekolah international tahfiz ni... Zaman dah maju... Dlu skolah tahfiz je mesti igt skolah pondok ! Now dah ada bangunan sekolah sendiri....

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿