Minuman Kesihatan Kolagen Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Sunday, October 23, 2016

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


MAJLIS PELANCARAN COLLAGEN BIRD'S NEST - THE JOY OF LIFE

20 Oktober 2016 - Majlis Pelancaran Minuman Kolagen Sarang Burung dari Ecolite di Glasshouse, Seputeh. Ecolite memperkenalkan produk baru iaitu sejenis minuman kesihatan yang berasaskan sarang burung. Minum kolagen sarang burung 'The Joy Of Life' telah mendapat pengiktirafan sijil Halal.


Sedia maklum bahawa sarang burung sinonim dengan masyarakat cina iaitu dianggap sebagai salah satu sumber makanan sihat. Kebiasaannya sarang burung dibuat sup ataupun dijual dalam bentuk kering mahupun sebagai pati sarang burung yang pekat.

5 PERISA SARANG BURUNG KOLAGEN HALAL DI PASARAN


Terdapat 5 perisa kegemaran antaranya perisa Original, Alovera, Longan, Laici dan Kurma Merah. Setiap perisa mengandungi khasiat sarang burung yang dicampur dengan kolagen mampu memberikan nikmat tersendiri termasuklah mencantikkan kulit, memberi kesegaran badan dan kelegaan sekiranya selesema. Ini pertama kali nora menikmati minuman sarang burung berkolagen iaitu Collagen Bird's Nest - 'The Joy of Life' dari Ecolite
Perisa Alovera

Perisa Kurma Merah
Apa yang tertarik dengan minuman kesihatan ini adalah tiada campuran bahan tambahan dan hanya menggunakan bahan-bahan dari unsur-unsur semulajadi, kualiti dan sihat di dalam produk The Joy of Life. Walaupun tiada penggunaan bahan tambahan, pewarna dan perisa tambahan, namun Ecolite mendapatkan perisa semulajadi dengan menggunakan High Pressure Retort For sterilization under high temperature (116–130 °C) bagi memastikan produk ini berkhasiat.

Perisa Longan

Perisa Laici

Perisa Oroginal

Kesemua perisa ini didatangkan dalam saiz 250ml dengan harga hanya RM6.80. Nak cantik nak segar tak perlu lagi mencari produk-produk yang mahal di pasaran luar. Boleh miliki minuman Kolagen Sarang Burung Joy of Life di semua store 7-Eleven yang berdekatan anda dan farmasi yang terpilih sahaja.

Sepanjang majlis ini berlangsung, nora dapat menikmati dan merasai sendiri minuman kesihatan sarang burung berkolagen. Tidak di nafikan ianya sangat segar dan sedap sekali. Nora mencuba perisa Original (rasa macam air kelapa pandan) dan perisa Kurma Merah (rasa macam laici kang @ minuman kundur). Fill up sikit gambar bersama rakan blogger dan juga sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Check it out!!!




Terima kasih kepada Bro Framestone sebab menjemput menghadiri Majlis Pelancaran Bird's Nest Collagen - The Joy of Life

Kredit gambar dari blogger : Fadzi | Abang Khir | Kak Hunny

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿