Salam Sayang,

Gambar Dari Mr. Google

Semalam 16 Oktober 2016 merupakan konsert pertama pembuka tirai Gegar Vaganza Musim ke-3 2016 bersiaran secara langsung di Astro Ria & Astro Ria HD. Ini merupakan musim 3 yang mana Gegar Vaganza bermula pada tahun 2014 yang dimenangi oleh Ayai dari Kumpulan Ilusi dan diikuti Siti Nordiana bagi musim ke-2 pada tahun lalu.

Pada tahun ini, Gegar Vaganza2016 menampilkan 12 orang penyanyi yang hebat antaranya terdiri daripada :-


  1. Ameng Spring
  2. Azharina Azhar
  3. Elly Mazlien
  4. G-Mie (Screen)
  5. Intan Sarafina
  6. Nora Ariffin
  7. Razis Ismail
  8. Rem
  9. Shidi Data
  10. Siti Sarah
  11. Zarul Umbrella
  12. Zur Eda
Siapakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim 3?
Jangan lupa saksikan suara-suara hebat daripada mereka menggegarkan Pentas Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016.

Setiap hari AHAD, Jam 9.00 malam

di Astro Ria dan Astri Ria HD

Boleh tonton secara LIVE bagi mereka yang tidak mempunyai channel ini di link ini...





Gegar Vaganza memang tidak pernah mengecewakan. Bukan sebab apa, kita semua sebenarnya rindukan artis-artis yang popular zaman remaja. Lagu-lagu tangkap leleh namanya.

Siapa lahir tahun 80an.... kita geng.

Jangan lupa hashtag nama-nama artis / team yang korang minat sangat... Nora pilih #ellymazelin #zarul #stisarah #ameng ... Korang pilih siapa?


2 Comments

  1. Susah nak pilih..
    Apapun Kaklong #rem

    ReplyDelete
  2. hmm dalam setahun boleh kira dengan jari berapa kali aku tengok tv

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿