MAHA 2016 MEMBERI KESERONOKAN DAN KEPENATAN YANG BERBALOI

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Alhamdulillah hari ini nora berkesempatan bawa zarra pergi MAHA 2016. Macam tak percaya nora boleh menjejakkan kaki di sini bersama zarra. ALhamdulillah sepanjang berada di sini Nur Izarra Qistina menjadi seorang anak yang baik, tidak meragam dan mampu tawaf hampir keseluruhan ekspo MAHA 2016.



Awal pagi kami berdua dah terpacak di MAHA 206 ni. Excited zarra nak explore pameran yang ada di MAHA. MAHA 2016, MAEPS Serdang bermula 1 sehingga 11 Disember 2016.

NAFAS CUBE



Tempat pertama persinggahan kami adalah di Nafas Cube iaitu tempat tarikan baharu di MARDI sebuah tapak penginapan berkonsepkan santai dan unik. Di Nafas Cube terdapat penginapan berbentuk Kontena, Calvert dan Khemah dan mempunyai 27 buah unit.

Nafas Cube Calvert
Sampai di sini nora dan zarra sarapan pagi menikmati nasi lemak dan roti bakar. Nora cukup tertarik dengan konsep yang diketengahkan MARDI. Bagi nora menginapan di sini sangat unik dan selesa. Harga yang di tawarkan juga memadai dan murah mengikut jenis penginapan.

Nafas Cube Kontena

Suasana di dalam bilik kontena

PENERAJU PERIKANAN - JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
Hidupan Laut
Seterusnya kami singgah di tapak Jabatan Perikanan. Zarra excited sebab ada mulut ikan jerung. Terdapat pelbagai spesis ikan yang ada di MAHA 2016 dan kawasan yang menarik di sini antaranya Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark, rangka ikan paus dan peluang merasai ikan termahal di Laman Perikanan. 

Photobooth Ikan Jerung


Satay Tuna
Kami juga dapat merasai satay tuna sedap tau. Di sini kami berpeluang untuk bergambar bersama Dato' Sri Mohd Shabery Cheek dan Tan Sri Sharizat Abd Jalil.

LAMAN PADI - KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA

Gigih teruskan perjalanan ke Laman Padi. Di sini kami didedahkan bagaimana terhasilnya beras, cara penanam padi, pembuatan bedak sejuk dan banyak lagi. Dikesempatan ini Zarra cuba buat bedak sejuk. Clever anak ummi. 
Zarra buat bedak sejuk

Di laman padi juga ada perlawanan Bola Bendang, dan sawah padi. So kalau rasa seperti nak duduk di kawasan bendang jangan lupa singgah di sini.
Bola Sepak Bendang


Sawah Bendang

Banyak informasi yang berguna sebagai pengetahuan kita.


Pemprosesan Beras
LAMAN NANAS - PINEAPPLE PLANET



Setakat ini zarra masih gigih dan excited untuk meneruskan explorasi. Kami bergerak ke Laman Nanas dengan menaiki Tram yang di sediakan untuk media. Bagi pengunjung boleh dapatkan buggy ataupun tram dan pengangkutan seperti bas juga disediakan.
Selamat Datang ke Pineapple Planet

Zarra Sedang Cucuk Padi

Di Pineapple Planet zarra seronok bergambar di photobooth yang disediakan. Gambar 3D sangat menarik dan zarra sporting untuk membuat aksi yang comel.


Bersama Blogger Abang Bob Jus Nanas

Di Pineapple Planet nora berjumpa denga blogger Hazman Fadzil di booth BobNanas. Hilangkan dahaga dengan nikmati jus nanas MD2 yang sangat sedap.

LAMAN ARMADA JENTERA


Bumble Bee
Destinasi seterusnya di Armada Jentera. Di sini terdapat pelbagai jenis jentera yang di gunakan oleh petani-petani dalam mengusahakan ladang mereka.


Zarra Sebagai Petani dan Jentera

Satay Goreng Segera

Air Jagung Klebang 
Zarra suka dengan jentera Bumble Bee seperti Filem Transfomers katanya. Di sini nora dapat menikmati hasil tani dan industri peladang dan usahawan seperti Satay Goreng dan Air Jagung Klebang yang sangat sedap pekat dan cukup rasa.

LAMAN TERNAKAN

Berdekatan dengan Armada Jentera jangan lepaskan peluang singgah ke Laman Ternakan kerana di sini terdapat pelbagai jenis ternakan. Ternakan yang mendapat perhatian pengunjung adalah Lembu Sado. Memang betul-betul sado berketul-ketul body lembu hybrid ni. 


Lembu Sado

Selain itu, pelbagai aktiviti yang ada di Laman Ternakan antaranya perah susu, jumpa doktor vet dan pengalaman farmville di Laman Ternakan. Kami sempat memberi makan pada Kambing Shami iaitu kambing asli baka dari Syria. Kambing Shami adalah sejenis kambing baka yang terbaik untuk penternakan daging dan susu. Nora dah cuba rasa susu kambing shami dan rasanya lemak berkrim.
Menikmati Ais Krim
Zarra Bersama Mascot Lembu Susu

Kami singgah di booth susu yang menjual pelbagai jenis susu jenama Dutchlady dan Gooday.

LAMAN SAYURAN DAN HERBA



Selepas diberi penerangan di Laman Ternakan kami teruskan perjalanan menaiki Tram ke Laman Sayuran dan Herba. Di sini terdapat lebih 100 gerai buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang segar.


Labu UFO
Labu Upin Ipin
Nora sangat tertarik dengan sayur Labu UFO dan Labu Upin Ipin.

Nora tertarik di laman sayuran kerana terdapat pelbagai jenis sayuran yang unik segar bugar.. Geram sangat. Di sini juga pengunjung boleh beli benih dan sayuran yang ada di sini dengan harga yang berpatutan.





Zarra excited cuba merasa madu kelulut original

AGROLIFESTYLE UPIN IPIN
Zarra dan 3D Upin Ipin
Seterusnya kami singgah di Agrolifestyle Upin Ipin. Zarra sangat teruja bila tiba di tapak upin ipin. Asalanya masa ini zarra tertido sebab keletihan. Kesian anak ummi, tapi masuk sahaja ke dalam Agrolifestyle Upin Ipin segar terus mata zarra.
Zarra Tanam Bawang di Dalam Pasu Upin Ipin
Di sini lebih menjadi tumpuan kanak-kanak kerana Upin Ipin dan yang seronoknya di sini Upin Ipin mengajar anak-anak kecil untuk cintai alam semulajadi, kebaikan bercucuk tanam dan banyak lagi.


Terdapat Upin Ipin animasi yang mempunyai jalan cerita tentang pertanian serta di sini terdapat banyak photobooth yang boleh dijadikan kenangan mengunjungi MAHA 2016.

EMPIRE FOOD

Selepas puas berjalan di tapak upin ipin, kami meneruskan pengembaraan kami ke untuk mencari makanan. Seterusnya kami singgah Empire Food. Lapar sangat time ni maklumlah secara rasminya memang belum lunch lagi sehingga jam 5 petang. Sepanjang perjalanan hanya menikmati tester makanan dan makanan ringan sahaja. 


Terdapat 168 sajian makanan popular di seluruh negeri. Wowwww banyak kan. Ini semua dari usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan makanan. Rambang mata weiiii..


Nora tertarik dengan Udang Sanggul Perlis sebabnya ia digulung seperti sanggul. Menarik unik dan pastinya sedap.. 


Udang Sanggul Perlis
So, apa yang korang tunggu lagi... Jangan ketinggalan datang ke Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang untuk merasai sendiri hasil pertanian dan industri daripada usahawan yang berjaya. Cepat datang esok kerana esok adalah hari terakhir MAHA 2016 dan pastinya pelbagai promosi daripada peserta MAHA 2016.
Zarra bersama Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani Malaysia

Seronok dan penat itulah package yang berbaloi datang ke MAHA 2016



4 comments.. read them below or add one

Zayani Zulkiffli Zayani Zulkiffli 11 December, 2016 11:48
Bagusnya anak akak, photogenik pulak tu. Memang luas tempatnya, itu yang tengah survey kat mana nak pegi.
atiehilmi dot com atiehilmi dot com 11 December, 2016 12:54
best nye !! baru plan nak g jap jap lagik.. tapi macam nak hujan plak haa.. hee~
NanyFadhly NanyFadhly 11 December, 2016 15:10
TErbaik lah! banyak tempat Nora cover. Kitaorg tadi pegi..cover Laman Mok Cun and Kg Durian Upin Ipin jer pastuh ingat nak pegi laman ikan tuh sumer sekali kena naik bas. Then, bas penuh..tak tau bila kosong. hahaha..malas tunggu..tapau makanan then balik. Hahah! tapi ok jer..kids pun enjoy. :)
Unni Anje Unni Anje 12 December, 2016 09:16
Ya Allah seronoknya mcm Best je.. Nasib la jauh.. Lembu sado tu tak tahan.. Hahahaa

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿