Shopping Online di Zalora

Siapa tak suka shopping kan?

Bila buka laman web berkaitan membeli belah mula nora rambang mata. Baru-baru ini nora usya-usya di laman shopping online Zalora. Ramai yang kata Zalora menawarkan barangan untuk lelaki dan perempuan terdiri daripada kasut, bag, baju, aksesori dan banyak lagi. Bukan sahaja untuk orang dewasa, malah Zalora juga menawarkan produk untuk kanak-kanak.


Sungguh rambang mata, maklumlah nora ni malas nak berjalan ke mall mahupun kedai-kedai sebab tu nora jamah mata di laman-laman web yang sedia ada untuk membeli-belah.

Kali ini nora membeli di Zalora dan pilihan nora adalah kasut casual untuk lelaki. Haaaaa kenapa untuk lelaki sebab empunya yang nak membeli adalah seorang lelaki dan nora menggunakan Voucher bernilai RM100 dari Zalora. Sebenarnya banyak wishlist untuk nora beli di Zalora terutama kasut dan handbag.

Kasut casual Edwin menjadi pilihan untuk my mr.arrogant. Hope sesuai dan si dia pun suka. Alhamdulillah rezeki untuk dia.


Terus terang memang rambang mata bila tengok banyak sangat pakaian dan handbag yang berkenan di hati. Harga yang ditawarkan juga memadai dengan barang. Siapa yang malas nak ke mall boleh usya mata di Zalora kerana di sini juga terdapat banyak diskaun yang diberi.

Dari segi penghantaran sangat berpuas hati kerana barang sampai tepat pada masanya. Keadaan barang masa terima dalam keadaan baik. So nora boleh beri 5/5.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Nadia Nurul Nadia Nurul 26 December, 2016 01:46
saya tak pernah try shopping lagi di zalora..bolehlah kot nanti nak cuba beli kat zalora plak...tq for sharing..hehehe
Lia Hasty Lia Hasty 26 December, 2016 01:53
hai.

blog walking.

www.liahasty.com
Nilam Himawari Nilam Himawari 26 December, 2016 23:01
Bestnya... Lama dah tak shopping online
Nurul Fadhilayz Nurul Fadhilayz 29 December, 2016 00:29
Zalora selalu ada wat promo..Dila suka shopping baju kurung kat zalora...
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 January, 2017 22:22
Hye thank you blogwalking di sini..
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 January, 2017 22:45
Nanti trylah beli dari Zalora Nadia. So far barangan dalam ni semua menarik dan harga pun berbaloi
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 January, 2017 22:53
Kannn.. nanti shopping lagi dear..
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 January, 2017 22:58
Betul.. Bila promo tu mmg selalu usya sebab harga dia kira murah.

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿