بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Hye korang...



Sekarang ni memang susah nak dapatkan minuman jus asli di pasaran kan?. Nak buat sendiri memang malas. Disebabkan lambakan pelbagai produk kadang-kadang buntu juga nak pilih yang mana satu yang terasa keasliannya dan berkhasiat.

Kini korang dah boleh menghela nafas lega apabila ada produk minuman jus asli jenama Origina yang kini berada di pasaran dan produk ini telah menerjah pasaran tempatan dan antarabangsa seperti di Brunei, Singapura, Vietnam, dan China. Origina jus merupakan produk bumiputera dan keluaran muslim tempatan. Sekarang korang dah tak susah untuk menikmati jus asli dengan pek ringan dan mesra pengguna hanya dengan memilih Origina Jus sebagai pihan hati korang. Apa yang menariknya dengan produk jenama Origina adalah cara pembungkusannya iaitu menggunakan cara yang trendy, mesra pengguna dan mudah di bawa terutama untuk anak-anak.

3 Perisa Origina Jus
Origina jus dihasilkan daripada ekstrak epal, blackcurrent, dan delima selain empat jenis teh campuran jus lemon, epal, pic dan delima. Apa yang penting minuman jus origina ini tiada campuran bahan pewarna dan perasa tambahan. Selain daripada jus, jenama origina juga mengeluarkan produk paling laris iaitu ChocoJoy yang berasaskan susu dan coklat.

4 Perisa Origina Jus Campuran Teh
Minuman jus origina sedap diminum sejuk dan memang rasa nikmat kesegarannya. Terdapat 3 perisa origina jus yang segar, asli dan berkhasiat sesuai untuk anak-anak bawa ke sekolah. 3 perisa jus origina daripada ekstrak buah-buahan adalah terdiri daripada perisa Origina Jus Epal, Origina Jus Blackcurrent, dan Origina Jus Delima. Manakala terdapat 4 perisa jus origina campuran teh iaitu Origina Jus Lemon Tea, Origina Jus Epal Tea, Origina Jus Peach Tea dan Origina Jus Delima Tea.



Selain daripada jus, jenama Origina juga mengeluarkan produk berasaskan susu dan coklat iaitu ChocoJoy Chocolate Milk. Rasa ChocoJoy Chocolate Milk sangat sedap dan sesuai diminum seisi sekeluarga kerana mengandungi tinggi kalsium, rendah lemak dan apa yang menarik adalah 0% kolestrol. Rasa coklat yang pekat dan segar betul-betul memberi nikmat dan berkhasiat.



Jus Origina dan CocoJoy Chocolate Milk berasaskan bahan semulajadi yang berkhasiat dan dilengkapi dengan zat mineral dan vitamin A, B2, B3 dan D3. Paling penting ia disahkan Halal oleh Jakim dengan ISO22000:2005 dan Good Manufacturing Practice (GMP & HACCP).

Minuman Jus Origina didatangkan dalam bentuk pek yang terdapat dalam dua saiz iaitu pek saiz kecil dan pek saiz besar dengan harga RM1 dan RM2.49. Manakala untuk ChocoJoy Chocolate Milk pula hanya didatangkan dalam bentuk pek saiz besar dengan harga RM2.69.

Kalau korang berminat untuk menjadi pengedar atau stokis bagi produk jenama Origina,
korang boleh hubungi talian 03 5519 5700 atau emel ke info@psfood.com.my


Sebarang maklumat lanjut korang layari :

laman web : http://origina2u.com




0 Comments