بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 

Kornea mata seperti tercelik pada realiti.




Bila terlihat dan terbaca pada satu ceritera kamu tanpa sengaja.

Yang membuatkan aku,
Seakan mengerti, bahawa bahagian kosong dihati kamu sudah ada yang menduduki. Seakan mengerti, tentang kenyataan yang mengharuskan aku untuk mencari kekuatan diri. Lalu aku seakan terpaksa mengerti pengertian itu.

Yang aku inginkan kebahagian; seperti sepasang mata aku menyaksikan insan lain bahagia. Yang aku inginkan kepastian; tentang perasaan yang seperti tidak ada hujungnya. Yang aku inginkan sayang yang sederhana; cukup sederhana hingga aku tidak perlu meminta apa-apa, hingga aku tidak perlu merasa kecewa, dan hingga aku tahu rasanya disayang tanpa perlu meminta.

Apa bisa aku dapatkan apa aku inginkan?
Keluh, aku buntu_

Jadi, aku biarkan sahaja perasaan ini perlahan mengikuti aliran tanpa terlihat sebagai satu kesalahan, kerana pada aku ini adalah "learning process" dalam kehidupan kita. Meskipun hati begitu menginginkan, tapi aku tahu batas-batas yang tidak boleh kita lawan.

Sebal bila terlihat kemesraan kita bersama insan kecil yang wujud dalam kebersamaan ini.

Paksa diri untuk terus senyum
sehingga titik akhir DIA letakkan.

12 Comments

  1. hi.. saya singgah dan baca disini..

    jemput singgah rumah saya plak ye..

    -ainie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yunk singgah baca dan komen... nak sweet cm awok tp kite xleh sweet sgt. heheheh

      Delete
  2. Senyum 😊😊

    Boleh jer komen ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah. teerima kasih abg sobri sebab tegur hr tu.

      Delete
  4. comel sangat kucing tu.. rasa nak join cubit je :D
    Apa-apa pun hebat post ni.. deep macam puisi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. comel geram sgt.. tgk blh buat tersenyum.

      Delete
  5. Senyum itu wajib walau kita hide perasaan sedih pada org. Selagi kita mampu senyum boleh menutup segalanya.. teruskan senyum insha allah ada pelangi utk kita nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupsss.. tq yunk. hope pelangi muncul bila tiba waktunya.

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿