McDonald’s Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal disediakan kepada golongan belia melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026.

Sejajar dengan agenda nasional, McDonald’s Malaysia komited untuk terus membantu generasi muda membina kerjaya, mengembangkan potensi diri dan bakat mereka melalui program-program kerjaya di McDonald’s.


Cuba korang tengok sepanjang Negara dilanda pandemik, ada tak ahli keluarga mahupun rakan-rakan kita yang bekerja dengan McDonald’s terjejas atau diberhentikan. Sehingga ke hari ini, mereka masih bekerja malah makin ramai yang bekerja di restoran yang terkenal ini. Tak ada pun kita dengan dengar McD buang pekerja atau kurangkan pekerja kan. Macam best pula bila mereka bertahun-tahun kekal bekerja dengan McD, mesti ada yang menarik dan istimewa untuk mereka kekal lama bekerja kan.

Belajar Sambil Bekerja

Kelebihan belajar sambil bekerja yang ditawarkan di Akademi Vokasional McDonald’s, memberi tawaran istimewa kepada golongan belia untuk merebut peluang yang ada. Tidak semua syarikat menyediakan tawaran sebegini berbeza dengan syarikat restoran khidmat segera ini yang menawarkan pelbagai pendekatan pembelajaran dalam menyampaikan prinsip latihannya.


Ini termasuklah bimbingan sambil bekerja, latihan di dalam kelas, pembelajaran kendiri serta alat pembelajaran bersesuaian untuk kakitangan yang direka khas bagi membolehkan golongan belia mendalami peranan dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan.

McDonald’s Malaysia, bukan sekadar menyediakan pekerjaan, namun peluang dalam bentuk latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia, selain merupakan antara kelebihan yang menjadi platform untuk menarik minat belia memulakan kerjaya mereka di McDonald’s.


Semua ini bermatlamat mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap dan menerapkan nilai kerja yang dipelajari di mana-mana juga organisasi pada masa akan datang. Dengan kelebihan yang ada di Akademi Vokasional McDonald’s ini, ianya pastinya mampu menarik golongan belia untuk memulakan kerjaya mereka di McDonald’s.

Program Perantis Vokasional McDonald’s

Mengambil contoh Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, para perantis menjalani program selama 18 bulan merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal.

Menurutnya, program-program utama seperti Program Perantis Vokasional McDonald’s, direka khas untuk memperkasa generasi muda dalam membina kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna.


Sebagai majikan yang mementingkan pembangunan golongan belia Malaysia, kami ingin memastikan McDonald’s terus menjadi syarikat pilihan mereka, khususnya belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan, kata beliau.

Apa yang menarik juga, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menyambut baik Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN yang telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten dan berdaya saing sejak diperkenalkan pada tahun 2018.


Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran JPK, Dato’ Ts. Haji Zaihan Shukri berkata, dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh JPK setelah perantis menamatkan latihan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja).

SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri, kata beliau.

Antara impak positif yang dilihat melalui SLDN adalah perantis dapat merasakan suasana bekerja yang sebenar dan mereka juga berkebolehan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu syarikat menghasilkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta dapat meningkatkan produktiviti.

Manfaat SLDN:

• Dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

• Setiap perantis diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200.

• Kemudahan tempat tinggal.

• Makanan percuma sepanjang program.

• Manfaat perubatan dan insurans.

Pembangunan Jangka Panjang dan Peluang Kerja untuk Belia Malaysia


Melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Malaysia, McDonald’s komited membentuk masa hadapan belia Malaysia dengan menyediakan pembangunan jangka panjang dan membantu kakitangannya memimpin pasukan sebagai seorang pengurus.

Untuk pengetahuan, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s pada setiap tahun. Mereka ini mempunyai kepakaran dalam operasi restoran dengan kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan yang baik diterapkan dalam diri.

Kalau nak tahu, sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah terdiri daripada golongan OKU.

Keistimewaan Bersama McDonald’s :

- McDonald’s menggaji 100 peratus rakyat Malaysia.

- Memberi peluang pekerjaan yang sama rata kepada golongan wanita dan orang kelainan upaya (OKU).

- Mengutamakan keluarga berpendapatan rendah termasuk asnaf dan komuniti luar bandar.

- Merupakan syarikat yang inklusif dan berbilang bangsa.

Pembangunan dan Keyakinan Diri

Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri atau Iman menceritakan pengalamannya sebagai perantis program ini, yang telah dinobatkan sebagai salah seorang Pelajar Terbaik dan telah menerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang.


Pertama kali menyertai program ini, saya agak pemalu dan takut untuk mencuba perkara baharu. Melalui program ini dan selama saya di McDonald’s, saya menjadi lebih yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya dengan mengatasi rasa takut melalui latihan ekstensif dan sokongan yang saya terima di sini.
- Ketua Kru, McDonald’s Mont Kiara, KL, Nur Fazera Natasya Iman Mohd Azri.


Menurut Khor Wei Nern atau Khor yang berusia 18 tahun, kini masih dalam latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang. Beliau berkongsi bahawa beliau menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru di sekolah menengah.

Saya bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. Dengan umur saya yang muda, pengetahuan dan latihan yang saya terima amat berharga. - Perantis Praktikal, McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang, Khor Wei Nern.


Bagi David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj pula atau dikenali David, beliau kini merupakan seorang Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s, Pandu-Lalu Rawang, selama 3 tahun. David juga menanam hasrat untuk menjadi Pengurus Besar Restoran apabila cukup tahun ke-6 di sini. David antara salah seorang perantis pertama yang telah menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s dan menetapkan matlamat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi pada tahun ke-10.

Peluang Kerjaya untuk Belia Malaysia

Peluang yang ditawarkan ini adalah peluang baik yang perlu diambil oleh setiap belia di Malaysia. Buat belia di luar sana yang sedang mencari hala tuju selepas tamat sekolah, bolehlah memikirkan untuk menyertai program yang ditawarkan oleh McDonald’s ini. Nora berharap rakan-rakan dan readers dapat sama-sama menyebarkan tentang program ini kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.mcdonalds.com.my

dan bagi yang berminat untuk membina kerjaya bersama McDonald’s, boleh layari https://www.maukerja.my/mcd 


Jangan lupa juga sekiranya korang ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Korang boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor

14 Comments

  1. Oh wow!!!!!! This is a good initiative by McDonald's. Youth who are interested to have a career in F&B should try this.

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok apa yang McDonald’s sediakan.. mereka memang nak membantu dan kerjaya pun terjamin kat sini kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, tahniah McD yang memberi ruang dan peluang kepada belia untuk bekerja dan menjana pendapatan.. nanti nak share kat group semua, kotlah ada anak kengkawan yang nak kerja kan..

    ReplyDelete
  4. Sungguhlah Nur baru tahu Mekdi ada Akademi Vokasional? Wow amazing betul eh Mekdi. Selain bermanfaat utk perut kita, bermanfaat juga utk golongan belia di Malaysia. Tq share :)

    ReplyDelete
  5. Mcd memang bagus selalu anjurkan usaha2 murni utk menolong anak bangsa kita

    ReplyDelete
  6. Peluang baik buat belia yang nak membina kerjaya dalam bidang f&B. Boleh join program McD ni.

    ReplyDelete
  7. Peluang baik buat belia yang nak membina kerjaya dalam bidang f&B. Boleh join program McD ni.

    ReplyDelete
  8. Inisiatif McD untuk bantu para belia dinegara kita ni memang terbaik. Rugi sangat kalau dorang lepaskan peluang ni.

    ReplyDelete
  9. Good job McDonald's. Moga ramai yang akan tampil dan menikmati kelebihan dan manfaat yang disediakan, terutama di zaman pandemik

    ReplyDelete
  10. bagus ni.. inisiatif dr mekdi sendiri.. agar dapat membantu lebih ramai belia yg memerlukan pekerjaan

    ReplyDelete
  11. Sis memang respect McD, they helped many rakyat to get jobs and training during this challenging times.

    ReplyDelete
  12. Peluang sudah diberi..belia kenalah grab dengan cepat. Jangan leka

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿