Short Vacation | Jalan-Jalan di Cameron Highland

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




Cuti sekolah yang lalu, Nora dan Zarra short vacation ke Cameron Highland. Sebenarnya perancangan untuk ke sini bersama anak nora Nur Izarra Qistina dah lama sangat. Zarra pernah datang ke sini pun masa tahun 2013 dan umur dia tika itu baru 2 tahun. Alhamdulillah tercapai juga hajat nak bawa zarra ke sini dan trip kali ini kami pergi bertiga.


Kali ni senang kata trip percutian paling singkat. Apa taknya keluar dari rumah punya lah awal. Haaaaa sebenarnya nora ke Cameron Highland bersama zarra dan uncle dia. Kebetulan uncle dia ada kerja perlu diselesaikan di sana maka kami pergi. Dan percutian ini kebanyakkannya si dia a.k.a mr.arrogant yang sponsor demi menunaikan permintaan zarra...

TEH BOH SUNGAI PALAS, BRINCHANG



Al maklumlah bermula cuti sekolah musim hujan makanya masa kami pergi ke Cameron Highland juga dalam musim hujan.

Tiba di Cameron Highland kira awal juga dan kami sempat sarapan pagi di Teh Boh Sungai Palas, Brinchang


Menu Sarapan Pagi di Teh Boh

Zarra excited bila sampai di Teh Boh. Alhamdulillah, kami menikmati sarapan pagi di sini dan zarra happy bila sampai di Cameron Highland.




TAMAN BUNGA LAVENDER


Selesai sarapan pagi, kami sempat singgah ke pasar tani di Brinchang untuk membeli sedikit sayuran. Masa ni keadaan Zarra agak kesejukan.. Maklumlah musim hujan, terasa sejuk di sini. Selesai membeli sedikit sayuran kami ke Taman Lavender.
Pasar Tani, Brinchang
Mujur kami sampai awal, keadaan jalan masih belum sesak dan parking pun mudah. Namun, orang dah ramai untuk masuk ke Taman Bunga Lavender.




Zarra kembali cergas dan dia seronok untuk mengambil gambar. Dia punya ragam kemain lagi. Ibu mana yang tak suka bila anak happy kan..


RESTORAN NUR KASIH RAIHAN, BRINCHANG

Restoran Nur Kasih Raihan
Sumber : Google
Mr. Arrogant kata gerak ke Brinchang sebelum tengahari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Makanya kami terus pergi lunch di kedai mertua kawan mr.arrogant iaitu Restoran Nur Kasih Raihan, Brinchang yang terletak di bawah Hotel Titiwangsa. Di restoran ini menyajikan pelbagai jenis lauk pauk sebagai makanan tengahari dan mempunyai kawasan parking yang mudah dan luas. Mr. arrogant pun mengambil kesempatan berbual bersama rakan lama dia sementara nora dan zarra menikmati makanan tengahari. Alhamdulillah zarra berselera makan walaupun sekadar nasi putih dan ikan goreng.

TAMAN AGRO TEKNOLOGI, MARDI


Dalam pada masa mr.arrogant selesaikan kerja dia, maka kami singgah ke Taman Agro Teknologi Mardi. Masa sampai di sini, ramai pengunjung datang dan tiket masuk ke sini hanya RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.


Taman Arnab di Agro Teknologi, Mardi
Sampai di sini zarra sangat gembira dan dia masih ingat dulu dia pernah datang ke sini. Niat hati nak membeli buah strawberi tapi apakan daya, strawberi tak banyak ada.



Kami sekadar bersiar-siar dan bergambar bersama di dalam kawasan Mardi. Seronok sebab dapat abadikan kenangan kami bertiga di sini dan sempat membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang.

CAMERON VALLEY TEA HOUSE, RINGLET


Cameron Valley Tea House
Sumber : Google
Sementara ada waktu, nora mengajak mr.arrogant pergi ke Cameron Valley Tea untuk bergambar dan bawa zarra pergi ke ladang teh.



Saja untuk beri zarra menikmati keadaan sebenar berada di ladang teh dan bagi dia sentuh sendiri. Keterujaan zarra apabila terpaksa menurun ke ladang teh dan melalui celahan pokok-pokok teh.


Seronok melihat zarra gembira. Puas bergambar di sini kami berehat seketika sementara menunggu mr.arrogant selesaikan kerja.



PASAR MALAM BRINCHANG

Bila tiba waktu petang, tiba-tiba badan zarra panas. Masa ni hujan sangat lebat dan sejuk. Kami ambil keputusan bawa zarra ke klinik yang berada di Brinchang iaitu Klinik Wong, Brinchang. Bila doktor cek suhu zarra sangat tinggi iaitu 39.4, dan automatik doktor masukkan ubat bontot (SUPP) dan doktor arahkan untuk letakkan towel kecil yang dibasahkan dengan air suam di kepala, belakang badan dan lap-lap di setiap pelipat badan zarra.



Selesai ke klinik, mr.arrogant belikan towel kecil untuk zarra dan kami singgah sebentar di Pasar Malam Berinchang. Disebabkan risau keadaan zarra, mr.arrogant mencari apa yang perlu sahaja dan sempat beli buah jambu dan strawberi kering.


Dek kerana risau keadaan zarra, kami ambil keputusan untuk turun dari Cameron Higland awal, dan sepanjang perjalanan pulang keadaan zarra dalam keadaan terkawal. Lepas beri makan ubat, nora jerlum zarra dengan towel yang telah dibasahkan dengan air suam.


Percutian singkat sehari ke Cameron Highland memberi seribu makna buat kami. Terima kasih awak kerana bawa kami jalan-jalan dan sponsor percutian singkat kali ini.



Untuk Kamu,
Ketahuilah kamu adalah seseorang yang istimewa. 
Mungkin, kamu tak pernah tahu betapa penting erti kehadiranmu dalam hidup kami.
Mungkin, kamu tak pernah menyangka
betapa banyak perubahan yang kami alami selama bersamamu,
tanpa kamu tahu kami bahagia.

Mengingatmu sahaja,
boleh membuat aku tersenyum.
Bukan senyuman biasa.
Tapi, senyuman yang dipenuhi dengan ibrah dan kenangan indah.

Ini hanya sebuah ceritera;
tanda rasa syukur dan terima kasih kepada DIA kerana hadirkan kamu;
yang memiliki aura positif untuk berusaha, yakin dan terus hidup.

Dekat dengan kamu dan menghabiskan waktu bersama cukup membuat aku bahagia,
meski di hati kamu, aku belum tentu memiliki tempat yang istimewa.

Namun,
Demi insan kecil ini, sabar itu membuatkan aku masih setia.
Moga-moga pelangi muncul untuk kebahagiaan kami,
dan kamulah pelangi itu.




0 comment... add one now

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿