بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Salam kesayangan, hari ni nora nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan bantuan RM100 untuk murid-murid yang bersekolah di sekolah kerajaan.

Merujuk kepada surat siaran KPM.800-4/1/5 Jld.9(12) bertarikh 13 Januari 2017 mengenai Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) bagi tahun 2017 adalah bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.

Program ini akan diteruskan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN :

1. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan BKAP1M mesti berstatus warganegara Malaysia.

2. Murid atau pelajar yang bukan warganegara, salah seorang ibu bapa penjaga mestilah warganegara Malaysia.

3. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2017.

4. Murid atau pelajar mestilah terdiri daripada kalangan keluarga (Isi Rumah) yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

5. Ibu bapa atau penjaga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pada tahun 2017 melalui pihak pengurusan sekolah anak dalam jagaan masing-masing kerana tarikh bagi majlis penyerahan bantuan persekolahan itu akan ditentukan oleh pihak sekolah.

6. Pihak sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop ‘telah bayar’ bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baru nanti.


7. Murid atau Pelajar yang telah berpindah sekolah, namun belum menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M), hendaklah menuntut bantuan ini di sekolah baru.


Garis panduan boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my

**Untuk makluman, terdapat beberapa masalah peruntukan diturunkan ke sekolah
yang menggunakan akaun Maybank
dan masalah telah diambil tindakan dengan segera.
Untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, surat akan diedarkan kepada
Ibu bapa dan penjaga untuk hadir menerima BKAP1M

0 Comments