Pelantikan Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali Fazura sebagai duta jenama Neffos menjadikan Neffos X Series sebagai telefon pintar pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Fazura mempromosikan dua telefon terbaru Neffos, X1 dan X1 Max yang masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.


Neffos melantik Fazura sebagai duta X Series kerana beliau merupkan antara wajah yang paling dikenali di Malaysia, yang mempunyai gaya beliau tersendiri. Sebagai seorang fashionista, Fazura sentiasa memastikan beliau kelihatan cantik dalam apa jua situasi. Hanya menggunakan Neffos X1 bukan sekadar menjadi teman, malah ia juga sepadan dengan imej Fazura menerusi rekaannya yang kemas dan elegan. Dengan penampilan fesyen dan gaya premium Neffos X1, Fazura pasti akan sentiasa kelihatan bergaya.

Selari dengan motto Neffos iaitu ‘Close to you’ (Dekat dengan anda), X Series ialah telefon pintar yang dibina khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan capaian  interaktiviti pantas. X Series membolehkan orang ramai sentiasa berhubung dengan adanya ciri PDAF (phase-detection auto-focus) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci ID cap jari hanya 0.2 saat.


Nefos X1 dan X1 Max diperkenalkan awal tahun ini.


  • Harga Neffos X1 : RM769
  • RAM 2GB
  • Storage 16GB
  • Harga Neffos X1 : RM849
  • RAM 3GB
  • Storage 32GB 

  • Harga X1 Max : RM999
  • RAM 3GB
  • Storage 32GB

  • Harga X1 Max : RM1,199
  • RAM 4GB
  • Storage 64GB
Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon X Series dari Neffos untuk pelbagai kegunaan seperti bekerja, bermain game, bersosial dan melayari internet.



Neffos X Series memiliki reka bentuk yang kemas menggunakan bahan-bahan premium, Neffos X1 dan X1 Max tampil dengan badan luaran metalik yang diinspirasikan daripada batu-batuan sungai yang mana dipermukaannya dilicinkan oleh pergerakan air tanpa menghilangkan aspek ketahanannya. Setiap perincian telah diperhalusi untuk membuatkan telefon pintar ini nampak dan rasa selesa, seterusnya memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Untuk info lanjut boleh rujuk di sini : 

 www.neffos.my atau laman Facebook Neffos Malaysia.

2 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿