SWISSVITA MICRITE 3D ALL USE SERUM

Hye Kesayangan!!!


Kecantikan sering dikaitkan dengan kaum perempuan. Semestinya setiap wanita inginkan kulit yang sihat dan kelihatan cantik tanpa sebarang cela. Namun tidak semua orang memiliki wajah yang yang bersih, kulit yang sihat kerana masih ramai di luar sana yang mempunyai masalah kulit mahupun kulit yang sensitif.

Lambakan pelbagai produk kecantikan di pasaran membuatkan ramai yang ingin mencuba sehingga ada yang menjadikan kulit muka bertambah teruk dan lama-kelamaan menjadi radang kulit. Ini juga sering dikaitkan dengan masalah hormon mahupun dari segi kebersihan. Namun ini semua terletak kepada setiap individu samada ingin menggunakan produk murah ataupun mahal mengikut kesesuain kulit muka.


Ok, nora nak memperkenalkan pada korang produk penjagaan kulit dari Swissvita Laboratoires  yang merupakan produk dari luar negara. Produk ini merupakan produk penjagaan kulit dan menariknya produk ini bebas alkohol, bebas paraben, bebas pewangi dan ia berasaskan air. Semestinya produk ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.

Swissvita mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit dan antara produk yang nora terima adalah :

  • Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum
  • Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum
  • Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum

Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum


Ini merupakan produk untuk pemutihan. Haaaa kepada sesiapa yang ingin kelihatan putih gebu boleh cuba Whitening Serum ini dan ia sesuai untuk semua kulit memandangkan produk ini tidak berminyak dan pastinya kulit korang akan nampak lebih flawless.

Kelebihan :
menjadikan tona kulit lebih sekata putih dan melembabkan. 


Cara penggunaan :
Whitening serum sangat mudah hanya letakkan saiz mutiara kecil dan perlahan-lahan ratakan keseluruh muka sehingga diserap. Elakkan di kawasan mata.

Kandungan :
AC-11, LS 9890, Tranexamic Acid

Harga :
RM130 - 1.06oz/30g

Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum


Kalau korang ingin menghilangkan perut jerawat atau masalah bintik hitam, korang boleh cuba Anti-Spot Serum dari Swissvita kerana ia mengandungi vitamin C yang boleh membantu mencerahkan kulit.

Kelebihan :
Untuk yang mempunyai masalah kulit bintik hitam, parut jerawat, tompok penuaan dan tona kulit tidak sekata.


Cara penggunaan :
Picitkan saiz sebiji mutiara Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum dan urut perlahan-lahan di sekitar muka dan leher kecuali bahagian mata. Gunakan dua kali sehari.

Kandungan :
AC-11, LS 9890, Ascorbic dan 3-O-Ethyl

Harga:
RM 130 - 0.53oz/15g

Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum


Acid Perfect Ratio Complex Serum ni sesuai untuk kulit kering dan mengelupas. Dengan menggunakan serum ini, ia mampu membantu mengecilkan pori, melembapkan kulit, mencerahkan kulit dan memberi anti-oksidan pada kulit. Secara tidak langsung membantu menjadikan kulit kembali sihat.

Kelebihan :
Berfungsi untuk membuang sel kulit mati da menutup pori yang terbuka.


Cara penggunaan :
Selepas mencuci muka dengan menggunakan pencuci Swissvita, titiskan sedikit Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum di telapak tangan kemudian urutkan di keseluruhan bahagian muka kecuali mata. Guna 2-3 kali seminggu.

Kandungan :
Malic acid (epal), Mandelic acid (badam), Citric acid (lemon) dalam kombinasi nisbah 4:3:3

Harga: 
RM 110 - 50g

Produk ini boleh dibeli secara online dengan harga yang mampu milik. Untuk pembaca blog ni, korang boleh gunakan promo kod QISTINALOVESWISSVITA untuk dapatkan diskaun RM50 untuk pembelian bernilai RM350 & ke atas.

Produk Swissvita Laboratories boleh dibeli secara online

Di sini : www.allyoung.my

Di sini : Lazada





4 comments.. read them below or add one

galaksi viral galaksi viral 05 February, 2017 21:31
Salam perkenalan, blogwalking dan done follow blog ini. :)
Ummi Zarra Ummi Zarra 05 February, 2017 22:39
salam perkenalan..
terima kasih berkunjung ke blog ummizarra.com
raihanah raihanah 06 February, 2017 09:37
mahal gak smp seratus lbh tu
Ummi Zarra Ummi Zarra 08 February, 2017 16:44
Yupssss boleh tahan mahlnya.. tapi ok la sebab tiada paraben

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿