Tips Menghilangkan Jerawat Dengan Bahan Semulajadi

Monday, April 10, 2017


Jerawat? Ohhh katakan tidak pada jerawat. Adakah petua menghilangkan jerawat secara semulajadi? Jerawat merupakan masalah paling besar kepada mereka yang mempunyai jenis kulit yang berminyak. Teruatama kepada golongan wanita tidak kira golongan remaja mahupun dewasa. Hanya satu jerawat ia mampu mengganggu penampilan seseorang dan membuatkan diri rasa tiada keyakinan.
Banyak cara boleh menghilangkan jerawat. Sementara diluar sana terdapat puluhan dan mungkin ratusan lambaan produk kecantikan dan penjagaan wajah untuk menghilangkan jerawat. Ia terletak di tangan korang,  samada menggunakan bahan semulajadi atau produk penjagaan wajah. Namun, ia bergantung kepada jenis jerawat dan cara merawatnya bagi mengelakkan ia menjadi lebih parah.
Cara yang mana korang akan gunakan untuk menghilangkan masalah jerawat di muka dengan segera? Perlu bazirkan wang yang banyak atau korang gunakan bahan semulajadi? Ok, disini ada petua menghilangkan jerawat dengan bahan semulajadi. Korang boleh pilih untuk menggunakan bahan semulajadi yang boleh menjimatkan wang ataupun korang beli produk kecantikan yang ada di pasaran? Mana satu pilihan korang?

Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Bahan Semulajadi

Madu

Madu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan mahupun kecantikan kulit. Bahan semulajadi ini mengandungi antibiotik yang sangat tinggi kerana mampu mencegah keradangan akibat jerawat.
Petua:
  1. Oleskan madu diseluruh wajah muka dengan menggunakan kapas muka/berus
  2. Biarkan selama 15-35 minit/ sehingga kering
  3. Bersihkan wajah dengan air yang bersih
  4. Ulang sehingga dapat hasil yang memuaskan
Lemon dan Madu


Buah Lemon

Merupakan buah yang mempunyai ekstrak Vitamin C yang sangat tinggi. Buah lemon dapat membantu untuk merawat jerawat dengan cepat. Namun, pengguanaan lemon tidak sesuai untuk kulit muka yang sensitif.
Petua:
  1. Perah lemon dan ambil airnya untuk diletakkan pada wajah.
  2. Bersihkan air lemon pada wajah dengan menggunakan kapas muka.
  3. Lakukan secara rutin setiap hari sebelum tidur.

Buah Tomato

Buah Tomato

Buah tomato kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Kandungan vitamin yang tinggi menjadikan buah tomato sangat baik untuk dijadikan sebagai bahan semulajadi bagi menghilangkan jerawat. Selain untuk menghilangkan jerawat, bahan semulajadi ini mampu untuk melembutkan kulit muka.
Petua:
  1. Sediakan sebiji buah tomato yang masak.
  2. Potong buah tomato menjadi kepingan nipis.
  3. Hirisan buah tomato diletakkan pada jerawat dan biarkan selama 10-15 minit.
  4. Lakukan secara rutin sehingga dapat hasil yang memuaskan

Kulit Kayu Manis dan Madu

Madu dan Kulit Kayu Manis

Kayu manis mempunyai pelbagai kandungan seperti antiviral, antifungus dan antibakteria. Manakala manisan dari lebah ialah antiseptik semulajadi yang mampu menyembuh dan melegakan.
Petua:
  1. Ambil satu sudu tek kayu manis bersama madu dan dicampurkan.
  2. Sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit.
  3. Cuci dengan air suam dan urut sedikit muka.

Serbuk Kunyit dan Yogurt

Serbuk Kunyit

Hampir semua rumah mempunyai kunyit mahupun serbuk kunyit sebagai rempah dalam masakan. Namun, ia mampu digunakan untuk menghilangkan jerawat kerana mengandungi anti-radang, antiseptic, dan antimicrobial. Ia dapat meredakan keradangan jerawat. Manakala yogurt dapat membantu melembabkan kulit dan menjadi flawess.
Petua:
  1. Campurkan serbuk kunyit dan yogurt kacau sebati (gunakan yogurt plain)
  2. Jadikan campuran ini sebagai masker muka dengan oleskan di keseluruhan wajah.
  3. Biarkan kering selama 20 minit.
  4. Cuci muka dengan air suam
  5. Lakukan secara rutin seminggu 2-3 kali.

Lemon dan Bikarbonat Soda

Bikarbonat Soda dan Lemon
Bikarbonat soda selalu di gunakan sebagai salah satu bahan untuk memasak ataupun bahan membuat kek. Selain daripada digunakan untuk masakan, ia juga boleh digunakan untuk bersihkan daki-daki pada sinki, pada bahagian dapur. Bikarbonat soda ia sangat membantu untuk mengecutkan jerawat atau membersihkan jerawat halus.
Petua:
  1. Campurkan sedikit bikarbonat soda dengan perahan lemon.
  2. Sapu pada wajah seperti bedak sejuk
  3. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.
  4. Lakukan secara rutin 2-3 kali seminggu. Pasti kulit wajah menjadi halus.
Selain daripada menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan jerawat, korang juga boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat. Masalah jerawat boleh di atasi dengan gaya hidup yang sihat dan penjagaan diri yang sihat. Gaya hidup yang sihat serta penjagaan diri yang sihat secara tidak langsung dapat memberi keyakinan dalam diri.

Inilah petua menghilangkan jerawat dengan menggunakan bahan semulajadi serta cara-cara menggunakan bahan-bahan tersebut. Secara tidak langsung dengan mengamalkan petua ini boleh kembalikan seri wajah dan bebas dari jerawat. Lalukan dengan istiqomah dan jadikan sebagai rutin mampu membuahkan hasil yang maksimum tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.

Kulit muka yang sihat sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan semua orang

Sumber Gambar : Google.com

You Might Also Like

3 ♥sweetcream♥

  1. Jerawat ni elok dicegah sebelum ia menjadi parut. Kalau dah jadi parut, memang kekal la jawabnya kat muka macam saya sekarang ni. Parut jerawat dah serupa pelakon Khir Rahman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe betul tu awak. better cegah dulu dgn penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kalau dh berjerawat bertabah je lah.. jerawat halus ok lagi.. hehhehe

      Delete
  2. Pakai grebea masker fellera beauty insyaAllah hilang jerawat.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿