Buffet Ramadhan Serendah RM40 hanya di Streat Thai, The School Petaling Jaya

Thursday, May 18, 2017

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan.


Ayam Pandan

Baru-baru ini, nora berkesempatan ke Streat Thai, The School yang terletak di Jaya One Selangor bagi menghadiri preview Buffet Ramadhan. Kalau korang nak tahu, Streat Thai menyajikan hidangan berbuka puasa secara buffet dengan sajian asal dari Thailand. Sure, buka puasa korang nanti penuk dengan kenikmatan kerana hidangan yang di masak menggunakan rempah ratus dari negera sempadan. Masakan Thai terbukti mengikut citarasa masyarakat melayu dengan itu, Streat Thai menghasilkan beberapa menu popular masyarakat Siam yang memang gemarkan masakan masam-masam manis dalam setiap menunya.




Crispy Chicken


Tom Yam Putih




Kerabu Mangga
Selain itu, terdapat juga pelbagai juadah lauk-pauk untuk dipilih sebagai menu makan bersama nasi seperti Tom Yam putih, Kari Hijau Daging, Sotong, Ikan dan pelbagai sayuran sebagai ulam-ulaman yang memang menjadi tradisi masyarakat Thai. Oleh itu, korang yang berbuka puasa di sini juga boleh menikmati kesemua hidangan masakan dari Thai hanya di Restoran Streat Thai ini.


Beef Green Curry








Korang juga boleh menikmati buffet Ramadhan dengan pelbagai aneka pencuci mulut di Streat Thai seperti Mango with Sticky Rice, Red Ruby with Coconut Milk, Sago in Coconut Milk, Pumpkin in Coconut Milk dan banyak lagi dessert selain daripada manisa ia juga menyediakan makanan kuih-muih yang bergoreng.



Manisan



Dessert





Apa yang menariknya bila korang berbuka puasa di sini, korang boleh belanja satu family dan juga berbuka bersama teman-teman rapat. Sebab apa? haaaa sebab tawaran harga buffet Ramadhan di Restoran Streat Thai sangat MURAH dan sure korang akan berpuas hati. Restoran Streat Thai menyediakan Buffet Ramadhan serendah RM39.90 per pax sekiranya korang membuat tempahan 7 hari awal.










Haaaaa, macam mana? best tak dengan hidangan makanan yang banyak korang cuma perlu bayar dengan harga yang murah. Rancanglah buka puasa korang dengan pilihan restoran yang tepat dan berbaloi dinikmati bersama keluarga.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lihat info di bawah.


Pakej Bufet Ramadan Streat Thai, Jaya One, PJ

27 Mei - 24 Jun 2017
7.00 petang - 9.30 malam

Harga:
RM49.90 (Dewasa)
RM19.90 (Kanak-kanak)

Early Bird (Book 7 hari lebih awal)
RM39.90

Alamat:
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia


Ini Sahaja yang di makan.. Caya tak?























































































You Might Also Like

4 ♥sweetcream♥

  1. Mmmm bestnyaaa.... Makanan eksotik dah start nak muncul... Sentiasa bersyukur dapat tempuhi #Ramadhan sekali lagi... ;)

    ReplyDelete
  2. Murahnya harga! Siqah rasa tak jumpa lagi harga buffet Ramadhan bawah daripada RM50. Jaya One dekat je dengan pejabat tapi tak pernah pergi. Hee

    ReplyDelete
  3. Allah. Murahnya! Makanan pun nampak sangat sedap. Nak tomyam putih! Feberet tu. ehee

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿