Citarasa Dua Sempadan di Laman Kayangan, Shah Alam

Salam kesayangan...

Suasana di dalam Laman Kayangan
Pejam celik pejam celik lagi beberapa hari Ramadhan akan tiba. Dalam menuju bulan yang penuh keberkatan ini, nora banyak menerima undangan majlis review buffet Ramadhan. Kali ini, Segi Seri Sdn Bhd mengadakan majlis review buffet Ramadhan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Mee Laksa


Bahan untuk Mee Laksa
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Segi masih mengekalkan tradisinya dengan menghidangkan pelbagai juadah yang lazat dan menepati citarasa tetamu yang hadir. Pada tahun ini, konsep yang diketengahkan oleh Segi adalah bertemakan hidangan dari "Dua Sempadan" iaitu Utara Malaysia dan Thailand.


Mee
Sempena bulan keberkatan yang bakal tiba, terdapat pakej istimewa dan menarik untuk korang yang ingin berbuka puasa di sini sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk makluman korang, terdapat lebih 100 menu yang disediakan di Laman Kayangan sepanjang Ramadhan ini.

Menu Hidangan Kerabu

Kerabu Sayur

Kerabu Daging

Kerabu Ayam

Kerabu Ikan Bilis

Ulam-ulaman
Antara makanan yang dihidangkan adalah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (Kaeng Kheiywhwan Ki), Ikan Daun Selasih dengan Cili (Pla bai Pakapow), Tom Yam Pok Tek, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan Bilis, Laksa Kuala Pengelih, serta menu yang paling istimewa adalah Murtabak King Segi Seri yang di masak secara live. Kesemua hidangan yang ada di buffet Ramadhan ini adalah hasil dari pengalaman dan kepakaran chef-chef di Segi Seri yang membuatkan keaslian rasa juadah terpelihara dan kualitinya sukar ditandingi.

Murtabak King Segi Seri

Kari Ayam


Manisan Bubur/Pengat Pisang

Western Food (Pasta)
Untuk makluman korang, semasa majlis preview telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (Cawangan Kuala Lumpur) En. Ahman Md Adam dengan diiringi Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Bahrain bersama selebriti jemputan, Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ogy.

Kehadiran Kak Ogy memeriahkan lagi suasana disepanjang majlis di mana beliau juga turut mempromosikan produk air tangannya sendiri iaitu sambal ikan kurau masin berlado, paru goring Nek Mon dan sambal goring Saadiah yang akan dipasarkan dengan kerjasama daripada pihak Segi Seri.

Favourite Ikan Patin

Muzikal
Harga Bufet Ramadhan di Laman Kayangan, Shah Alam:

Early Bird (seawal 25 Mei 2017)
Dewasa : RM45
Kanak-kanak/warga emas : RM35

Harga Normal
Dewasa : RM59
Kanak-kanak/warga emas : RM35

Pakej Family
Beli 5 Dewasa
Percuma 2 Kanak-Kanak / Warga Emas.

Pakej Korporat
Beli 50 table
FREE Special Door Gift
Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi di talian berikut :
Puan Nor Iliana (Nana)
03-55424200 / 019-3117443




1 comment... add one now

aRzMoHa aRzMoHa 17 May, 2017 23:36
harga boleh tahan murah juga RM 45 untuk early bird...

murtabak tu memang menu wajib setiap tahun

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿