Nikmati Berbuka Puasa Di Tengah-Tengah Jalan TAR Hanya di WP Hotel, Kuala Lumpur

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Ramadhan tiba...
Ramadhan tiba...



Haaaa lagi beberapa hari je lagi, umat Islam akan menjalani ibadan puasa. Sudah semestinya kita mula mencari destinasi berbuka puasa Buffet Ramadhan di tengah-tengah Jalan Tuanku ABdul Rahman sambil membeli belah bagi menghadapi sambutan Aidil Fitri.

Kuih-muih sebagai Manisan

Kuih-muih sebagai Manisan

Kuih Lopes
Walaupun dalam kegawatan ekonomi tahun ini, tidak bermakna tiada langsung keinginan untuk menikmati buffet Ramadhan yang mana salah satunya sudah pasti korang inginkan harga yang murah dan berpatutan. Memandangkan puasa setahun sekali, semestinya perancangan dan kajian tempat ataupun hotel berbuka puasa telah korang listingkan bagi mengelakkan pembaziran.


Ulam-ulaman

Buah-buahan

Di WP Hotel, Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman menawarkan harga buffet Ramadhan serendah RM65. Korang tak percaya? Haaa dengan harga yang di tawarkan serendah RM65, korang boleh menikmati pelbagai hidangan yang menyelerakan.





Terdapat hidangan yang terdiri daripada masakan melayu seperti Udang Sambal, Asam Pedas, Sotong Sumbat Kelantan, Ayam Percik, Kari Kepala Ikan, Rebung dan banyak lagi. Selain daripada itu, terdapat juga, dessert seperti kek, kuih-muih, buah-buahan dan pelbagai lagi.







Seperti biasa, bila tiba Ramadhan dan buffet Ramadhan semestinya ada kambing bakar serta beberapa gerai makanan yang menyajikan hidangan menarik dan sedap. Apa yang menarik Buffet di WP Hotel, Kuala Lumpur adalah live cara-cara memasak Udang Butter dari Chef yang berpengalaman.

Kambing Bakar
Bagi nora, buffet Ramadhan di sini mengikut citarasa melayu. Memandangkan ia berada di tengah-tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman, untuk korang yang akan sibyk membeli belah bagi persiapan Hari Raya, korang boleh memilih penginapan di sini kerana harga berpatutan dan korang juga boleh menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga di WP Hotel, Kuala Lumpur.

Udang Butter

ABC Special
HARGA BUFFET RAMADHAN DI WP HOTEL KUALA LUMPUR 

RM60nett/bersih
27 Mei - 10 Jun 2017

RM68nett/bersih
11 Jun - 23 Jun 2017

RM30nett/bersih
untuk kanak kanak yang berumur 4 - 12 Tahun & Warga Emas 55 Tahun ke atas.

*RM50nett/bersih
untuk mereka yang membuat tempahan awal,
bermula dari 1 - 14 Mei 2017

Selain daripada itu, WP Hotel, Kuala Lumpur juga menyediakan kepelbagaian menu bermula dari RM88/seorang (Mininum 100 orang) untuk mereka yang mengadakan private "Buka Puasa" gathering.

Minuman Panas

Minuman Sejuk
Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi pihak WP Hotel.
 Reservation for Buffet Ramadhan
03-26181188 ext 3  
 for Lemongrass Cafe 03-26181188 ext 606
for Sales Department Private Function
03-26181188



2 comments.. read them below or add one

aRzMoHa aRzMoHa 17 May, 2017 23:38
menu mesti dan wajib cari bila ke ramadhan buffet kambing golek, kuih muih...

kari kepala ikan pun menarik juga tu

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿