SHORT VACATION | JALAN-JALAN DI ALOR SETAR

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Salam kesayangan untuk pembaca monolog tanpa suara...
Baru-baru ini, nora pertama kalinya menjejakkan kaki ke Utara iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Dah lama teringin sangat sampai ke sini tapi apakan daya selama ni tiada kesempatan.

Jadi, short vacation kali ini bersama insan yang sama ke mana selama ini nora pergi. Bezanya kali ini kami pergi berdua. Untuk awak terima kasih kerana mengajak saya sampai ke sini. Bermulanya perjalanan nora bersama mr.arrogant menaiki train ETS. Dan itu juga pengalaman pertama nora menaiki keretapi laju ETS dan korang boleh baca di sini.


Nora sampai di Alor Setar jam 2.30 petang dan dijemput oleh sepasang suami isteri iaitu kawan baik mr.arrogant iaitu Shikin dan Pakwi. Kami terus di bawa ke rumah mereka iaitu di Kampung Pegawai. Ya Allah pemandangan di sini sangat cantik, maklumlah Negeri Kedah terkenal dengan Jelapang Padi, so cuaca di sini memang panas terik namun angin sepoi-sepoi bahasa.


Selepas berehat dan makan tengahari, kami berempat pergi ke Pekan Rabu. Walaupun dah petang masih rezeki nora untuk singgah di sini. Orang kata, kalau dah sampai Alor Setar jangan lupa singgah ke Pekan Rabu. Apa yang menariknya di sini terdapat banyak peniaga-peniaga yang menjual pelbagai barangan. Di sini tujuan utamanya membeli Kopi Gantang dan Pes Tom Yam. Haaaaaa bayangkan nak cari kopi sampai ke Kedah nohhhh... Sebenarnya Kopi Gantang memang terkenal di negeri ini, bila pertama kali mr,arrogant bagi pada nora yang memang penggemar kopi, hati suka bukan kepalang okeh. Kopi Gantang memang sedap pekat rasa melekat kaw kaw gituh...




Dari Pekan Rabu, jelas kelihatan Menara Alor Setar. Wahhh teruja nora masa tu, terus snap gambar sebab ingatkan menara tu jauh dan nora tak akan sampai ke situ. Tapi, apa yang nora fikirkan itu salah sebabnya kawan mr.arrogant bawa nora ke Menara Alor Setar. Dan dibalik itu baru nora perasan ada sebuah mall iaitu Aman Central yang merupakan Mall terbesar di Alor Setar. Syukur sangat sebab dapat juga jejakkan kaki di sini. Kami berjalan-jalan di dalam mall sekadar cuci mata dan seterusnya kami singgah ke Uptown Stadium Darul Aman.


Sebelum pergi ke Uptown Stadium Darul Aman, kami sempat singgah di Istana Anak Bukit. Betapa cantik dan tersergam indah Istana ini. Orang ramai masih boleh berhenti untuk abadikan gambar di sini. Kebetulan masa nora pergi ke Kedah, negeri jelapang padi itu menyambut hari keputeraan sultan mereka iaitu Sultan.... Terima kasih sangat pada pasangan suami isteri yang sangat baik hati untuk singgah ke tempat-tempat yang menarik di Alor Setar.  Haaaaaa ingat KL je ke yang ada uptown, Alor Setar pun ada tau. Barangan yang dijual hampir sama di mana-mana uptown dalam Malaysia. Kami hanya berjalan-jalan dan mr.arrogant sempat membeli porch bag.


Pada keesokkan harinya mr.arrogant plan bawa nora ke Padang Besar... Love you lah awak sebab bawa saya ke tempat yang tidak pernah saya sampai. Pagi itu nora teman mr.arrogant beli barang untuk motor Yamaha LC 135 dia. Haaa kemain jauh nohhhh pi cari barang motor. Selesai membeli keperluan motor mr.arrogant kami terus ke Arau, Perlis atas urusan kerja kawan dia (Pakwi).


"Makkkk, akak dah sampai Padang Besar..." Lawak rasanya, sebab mak nora dah beberapa kali sampai sini sedangkan nora baru pertama kali jejakkan kaki di sini. Di sini menghimpunkan peniaga-peniaga dengan menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang murah dan berpatutan. Misi di sini sekadar meneman mr.arrogant untuk cari backpack dia sahaja. Puas juga jalan-jalan pusing-pusing tawar menawar harga sehinggalah jumpa kedai yang menawarkan harga yang murah.



Puas berjalan di Padang Besar, nora di bawa jalan-jalan di Jeti untuk mereka menaiki feri ke Langkawi. Haaaa ini pun baru nora tahu, selepas mr.arrogant terangkan kawasan ini. Jejak juga kaki nora di Kuala Kangsar, Perlis. Syok bak hang...



Belangkas
Singgah sebentar di Masjid Terapung berdekatan Jeti. Kami pusing-pusing di Kuala Perlis dan sempat singgah di Tasik Timah Pasoh. View di sini sangat cantik, ramai yang datang sini untuk mancing mahupun belajar kapal layar ada juga menjadikan kawasan ini sebagai sesi fotografi perkahwinan. Puas berjalan kami terus pulang ke rumah di Kampung Pegawai, Kedah.




Sempat singgah untuk membeli mentarang. Di sini pelbagai jenis hidupan laut ada seperti Belangkas, Mentarang, Kerang, Kepah, Lala dan banyak lagi.


Tepat jam 8.30 malam nora dan mr.arrogant menaiki ETS. Terima kasih pada pasangan suami isteri Shikin dan Pakwi kerana beri tempat penginapan kami dengan menumpangkan kami di rumah mereka selama 2 hari 1 malam dan sudi bawa kami jalan-jalan. Kami di hantar oleh mereka ke station KTM di ALor Setar.

Sampai di KL Sentral pukul 2.00 pagi.





3 comments.. read them below or add one

✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 09 May, 2017 10:38
Dalam masa 2 hri dapat travel 2 negeri ..kedah perlis kan ..hehe..nanti2 datang perlis pulak ..
Ummi Zarra Ummi Zarra 09 May, 2017 17:07
yupsss betul tu dear. kedah dan perlis. tp perlis tak explore habis lg.
Mohd Rasul Mohd Rasul 10 May, 2017 22:21
dah lame tak jalan2 kat alor setar ni huhu... last rasanya thn 2010

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿