بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




Salam kesayangan, 

Baru-baru ni, nora berkesempatan berbuka puasa di Restoran Nelayan yang terletak di Batu.8, Gombak. Alhamdulillah dua minggu cuti persekolahan ni, dapatlah nora bersama-sama dengan anak nora. Pada kesempatan ini, ke mana nora pergi harus bawa dia. Syukur dan berterima kasih.

Gulai Kawah Daging Tanjung


Gulai Kawah Daging Masak Lemak Cili Padi
Kalau korang nak tahu, Restoran Nelayan Gombak asalnya sebuah Restoran terapung yang terkenal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur yang lebih dikenali dengan nama Restoran Nelayan, Titiwangsa. Setelah bertukar pengurusan atas sebab-sebab tertentu, kini Restoran Nelayan beroperasi di Batu.8 Gombak yang terletak tidak jauh dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
 
Rendang Ayam

Ikan Asam Pedas
Sempena bulan Ramadhan 2017, Restoran Nelayan Gombak menyediakan sajian yang sangat istimewa dan lebih banyak pilihan pelanggan. Bagi nora, menu yang dihidangkan menepati selera masyarakat Malaysia kerana ia lebih kepada menu berbuka puasa ala-ala masakan kampung.

Hidangan Buffet Ramadhan

Ayam Masak Percik
Menu Masakan Kampung di Restoran Nelayan Gombak sempena Ramadhan ini disajikan dengan lebih dari 15 jenis menu untuk kepuasan pelanggan. Apa yang menarik di sini adalah hidangan menu khas untuk live cook iaitu Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang mana menggunakan rempah ratus asli dan berkualiti iaitu Rempah Tanjung.

Ayam Asam Pedas

Ayam Masak Lemon

Ikan Goreng
Live Roti Jala Magic dengan Magic Floor

Roti Jala

Kuah Roti Jala

 Restoran Nelyan Gombak juga menyediakan sajian sampingan secara Stall konsep iaitu Noodle Selection yang terdiri daripada Nyonya Kari Laksa dan pilihan mee, meehoon dan kway teow sup. Untuk Sop Selection pula disediakan sup kaki ayam, sup sayur.

Noodle Selection
Sup Kaki Ayam
Manakala Snack Selection restoran ini menyediakan buah kurma sebagai sajian wajib di bulan puasa, pelbagai jenis kuih-muih disajikan seperti kek, keropok, rojak buah, bubur pilihan dan buah-buahan.

Bubur Kacang Merah
Bubur Kacang Hijau
Sempena Ramadhan ini, Restoran Nelayan Gombak menyediakan pelbagai jenis air cordial untuk memberikan banyak pilihan selain TEH TARIK ISTIMEWA dan CENDOL. Disamping itu, restoran ini memperkenalkan produk baru sebagai add on menu iaitu Air Mojitos Sparkling dan Love Pasion Sour Sop yang di bayar secara berasingan.

Teh Tarik Istimewa dan Cendol
Pilihan Air Panas


Kalau korang nak tahu, Restoran Nelayan Gombak juga mengusahakan sajian Steamboat dan Grill, Ala-Carte dan ikan bakar serta menu baru iaitu ShellOut dengan signature kuah atau sos yang di masak special.

Steamboat Set
Steamboat Set
Dessert Kuih Muih Melayu

Senarai harga menu Buffet Ramadhan :
Dewasa : RM49.90
Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun serta warga emas berumur 61 tahun keatas POTONGAN DISKAUN 50%
Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA
Tepung Magic
RESTORAN NELAYAN GOMBAK
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, 
Kuala Lumpur
(landmark: UIA, Gombak)

No telefon:
03-6185 8400 , 013-223 7228 , 013-296 7228 , 019-293 1397

Layari :



Berita baik untuk korang teruatama usahawan IKS, korang boleh letak produk keluaran korang di sini.



3 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿