GONDOLA31 Kini Dibuka Di Kajang, Selangor

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Salam Ramadhan Ya Kareem...

Susunan Busana di dalam Butik Gondola31
Bagaimana korang menjalani ibadah puasa?
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua...


Haaaaa, lagi beberapa hari untuk kita menyambut syawal. Bagaimana persiapan raya korang?

Raya sedondon tak?

Di kaunter Butik Gondola31
Nora nak share tempat shopping yang best untuk korang yang perempuan dengan koleksi dari jenama-jenama yang terkenal. Bolehlah raya nanti glamour dengan koleksi baju raya dari jenama terkenal.

Butik Gondola31 merupakan butik vendor yang besar dan mula bertapak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Gondola31 menghimpunkan koleksi fesyen terkini dari pelbagai jenama popular di bawah satu bumbung. Kini, Gondola31 mengorak langkah melebarkan sayap baru ke pasaran Lembah Klang bertempat di Kajang, Selangor.


Susunan Busana di dalam Butik Gondola31
 GONDOLA31 KINI DIBUKA DI KAJANG, SELANGOR

Pelanggan sedang membuat bayaran
Operasi butik ini di kajang adalah gandingan kerjasama bersama IMZA Bersatu Sdn Bhd. Gondola31 diasaskan oleh En Nizam Baharudin dan Puan Norazura Posdzi manakala IMZA Bersatu Sdn Bhd diterajui oleh Cik Syazana Azmi.

Pengasas Gondola31 ( En Nizam Baharudin) bersama Pemilik IMZA Bersatu Sdn Bhd

Mengapa Kajang?

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta bagi memudahkan pelanggan di kawasan Lembah Klang maka peneraju Gondola31 memilih Kajang sebagai lokasi yang strategik kerana ramai penduduk di sekitar kawasan ini terdiri daripada kaum melayu dan mempunyai jaringan pengangkutan awam yang sistematik. Apa yang menariknya, korang kalau nak datang ke butik ni hanya perlu cari Tesco Extra Kajang sahaja kerana, butik ini berada di belakang

Antara Koleksi Busana yang terdapat di Gondola31

Haaaaa untuk warga Kajang, korang dah tak perlu nak shopping bersesak-sesak lagi sebabnya Gondola31 merupakan vendor terbesar telah dibuka di sana uolss..

Apa yang menarik di butik ini adalah, sebanyak 40 jenama pakaian terdapat di Gondola31 yang terdiri daripada Red Audra, Jannah Noe, Lily Petuna, Lisa Adam, Shawl Publika, By Bainy, Aleza Jakarta, Noah by Suri & Seth, Suci by Yatt Hamzah, Tunks RTW dan banyak lagi.

Susunan Busana di dalam Butik Gondola31

Busana yang nora minat dari Red Audra

Selain daripada koleksi pakain, terdapat juga koleksi tudung dari butik-butik terkenal seperti Naelofar Hijab, Chenta Qaseh, Hana Bella, Qamelia Scarves, Adawiyah Anggun, Azahfandi, Blackout & Justica Official, Elixir For Soraya dan banyak lagi.

Koleksi Wangian dan SkinCare

Senang kata, di Butik Gondola31 korang boleh cari kelengkapan busana korang seperti baju, tudung, handbag, produk kecantikan, wangian dan banyak lagi lah. Nak cerita sepenuhnya pun macam wowwww sangat better korang datang sendiri.

Koleksi Tudung

Susunan Busana di dalam Butik Gondola31

VIEW BUTIK GONDOLA31, KAJANG

Terus terang nora kata, nora tertarik dengan view butik ini kerana mempunyai suasana yang eklusif ala-ala moden hipster gituhh dengan menggunakan konsep gabungan pallet dan modern.
Kemain Suka si Zarra

Susunan jenama pakaian di dalam butik ini sangat membantu pelanggan untuk membuat pilihan memandangkan ruangan antara koleksi busana luas dan tersusun. Selaain itu, terdapat beberapa buah fitting room dan ia sangat selesa.


Gondola31 juga ada menyediakan ruangan menunggu bagi memudahkan pelanggan untuk istirehat dan di tingkat atas disediakan surau bagi pelanggan yang beragama islam untuk solat. Dikesempatan majlis pembukaan hari itu, nora berada di butik ini agak lama dan seronoknya di sini kerana mempunyai pekerja yang ramah-tamah.

Bersama Ekin dan Kembarnya
Pada hari tersebut nora sempat bertemu pasangan artis Mawi & Ekin, serta Yatt Hamzah yang turut hadir sepanjang Majlis Pembukaan Butik Gondola31 dan Buka Puasa di sini.

WAKTU OPERASI BUTIK GONDOLA31, KAJANG

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan ni adalah 11 pagi sehingga 10.30 malam dan butik akan ditutup dari jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam bagi memberi laluan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib.

Manakala waktu operasi selain bulan Ramadhan pula, pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Butik akan ditutup pada setiap hari Isnin.

Baju Dari Red Audra Pilihan Hati

Cantikkan Baju Dari Jannah Noe

Gondola31 Kajang
33A-1, Jalan Impian Mahkota 1,
Saujana Impian, 43000, Kajang, Selangor.
Landmark : Belakang Tesco Extra Kajang
Tel : +60194467644
Email : info.gondola31kajang@gmail.com
Instagram : @gondola.31kajang



0 comment... add one now

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿