Terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai untuk memanfaatkan peluang-peluang yang ada dalam bidang hartanah ialah mengaplikasikan kaedah seperti ‘assignments’, ‘subject to’, ‘foreclosures’ dan ‘lease options’. Pengetahuan dalam kaedah-kaedah ini sekaligus dapat membantu anda untuk membuat pelaburan dengan bijak, sekaligus mengelakkan anda daripada terjebak dengan skim-skim penipuan melibatkan hartanah.

Terdapat pelbagai strategik yang boleh dipraktikkan dalam pelaburan hartanah, antaranya :

Membeli rumah lelong

Pada masa kini, terdapat banyak hartanah yang dijual di bawah nilai pasaran (lelong) kerana aset-aset ini telah disita. Pembeli boleh membeli rumah lelong pada harga serendah 50% daripada nilainya yang sebenar. Rumah-rumah lelong ini seterusnya akan dibaikpulih, kemudian disewakan atau dijual semula pada harga yang berlipat kali ganda. Anda boleh memeriksa aliran tunai anda menggunakan Malaysia loan calculator.

Mendapatkan pengetahuan tentang pelaburan hartanah

Terdapat banyak sumber-sumber yang bagus untuk belajar tentang bidang ini, antaranya buku-buku, webinar, seminar dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang webinar dan seminar yang boleh diikuti dengan layari website ini Evenbrite.

Mempunyai ‘pasukan’ yang mahir dalam bidang hartanah

Pada kebiasaannya, ahli perniagaan yang berjaya mempunyai satu pasukan yang bertindak sebagai penasihat untuk memimpin beliau dalam membuat sebarang keputusan. Oleh itu, anda yang ingin berkecimpung dalam bidang hartanah disarankan agar mendapatkan satu pasukan yang terdiri daripada seorang peguam hartanah serta seorang akauntan yang mahir dalam selok belok bidang ini.

Anda juga mungkin akan memerlukan seorang broker, penilai, pemeriksa rumah, escrow company (deposit dana / akaun neutral dimana kepentingan semua pihak dalam urus niaga tersebut dilindungi), broker gadaian, pelabur, kontraktor dan ejen insurans. Bagi kes-kes khas, anda juga mungkin akan memerlukan seorang arkitek, surveyor dan sebagainya.

Mempunyai perancangan yang baik

Anda perlu mempunyai satu perancangan yang baik bagi pelan pelaburan yang telah dirangka, walaupun anda telah berpengalaman dalam bidang ini. Tidak salah untuk merancang dengan baik, kerana perancangan yang baik akan meletakkan anda dalam ‘winning situation’ di mana anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku dalam pelaburan anda.

Membina rangkaian (networking)

Bidang hartanah ialah satu bidang yang memerlukan anda berinteraksi dan bergaul dengan orang ramai. Sertailah usrah, atau jadilah sukarelawan apa sahaja yang membolehkan anda mempunyai rangkaian kenalan yang luas. Ini merupakan peluang untuk anda mengetahui minat dan kecenderungan orang ramai dalam bidang hartanah, serta memberi info dan input berguna kepada mereka. Siapa tahu, salah seorang daripada mereka merupakan prospek klien anda di masa hadapan?

Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pasaran hartanah

Anda perlu mengetahui dan mendalami lokasi dimana anda bakal membuat pelaburan. Oleh itu, luangkanlah sedikit masa untuk pergi ke showroom atau berbincanglah dengan ejen. Ketahui nilai rumah di satu-satu kawasan, adakah jenayah sering berlaku di kawasan berkenaan, adakah lokasi tersebut strategic dan sebagainya. Maklumat-maklumat seperti ini akan membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak sebelum melabur.

Jangan beli hartanah sekiranya pembelian tersebut tidak menguntungkan anda

Pelaburan hartanah membawa maksud, pembelian satu-satu aset tersebut mendatangkan keuntungan kepada anda apabila anda memiliki aset tersebut, bukan apabila ia dijual. Misalnya, anda membeli sebuah rumah lelong pada kadar yang murah. Anda perlu mempunyai beberapa strategi, bagaimana pembelian rumah tersebut boleh menguntungkan anda. Rumah tersebut kemudiannya dibaikpulih, dan pilihan pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti menyewakannya, menjualnya terus ataupun rent-to-buy. Pertimbangan ini harus dilakukan dengan teliti agar pelaburan anda tidak merugikan diri sendiri.

Bina hubungan yang baik dengan ejen anda

Ejen hartanah boleh menjadi aset ataupun liabiliti kepada anda dan terpulang kepada anda untuk menentukannya. Hal ini adalah kerana, dalam apa bentuk pelaburan yang anda ingin lakukan, merekalah yang akan memberi nasihat dan panduan kepada anda tentang pro dan kontra pelaburan anda nanti. Mereka jugalah yang akan membantu anda menjual aset ataupun mencari prospek pembeli. Mereka hanya perlu dibayar dengan komisyen yang diperolehi daripada harga aset yang telah berjaya dijual.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pelabur dalam bidang hartanah tidak membeli dan menjual aset pada harga pasaran. Ini secara tidak langsung mempengaruhi komisyen yang diperolehi oleh ejen, dan ini boleh mengakibatkan mereka kurang bersemangat untuk membantu anda. Antara cara yang boleh dilaksanakan ialah memberi para ejen komisyen berdasarkan nilai sebenar aset anda, walaupun aset tersebut dijual pada harga yang murah berbanding nilai sebenarnya di pasaran. Ya, margin keuntungan anda akan mengecil tetapi ejen anda akan lebih ‘setia’ untuk berkhidmat dengan anda.

Jangan tamak

Ramai pelabur yang membuat kesilapan ini dengan meletakkan harga yang terlalu mahal kerana mahukan keuntungan yang banyak dan kemudian, merasa pelik apabila tiada pembeli yang berminat dengan tawarannya. Lebih baik letakkan harga yang mampu menarik ramai orang, seterusnya memperolehi keuntungan yang sedikit tapi berterusan dalam jangka masa panjang berbanding memperolehi keuntungan yang besar tapi untuk jangka masa pendek sahaja. Dengan cara ini, anda akan sentiasa mempunyai prospek pembeli.

Menjual rumah anda

Di masa kini, bidang hartanah kian kompetitif dan oleh itu, anda perlu kreatif dan ‘menyerlah’ apabila hendak menjual rumah anda. Untuk itu, anda boleh cuba melayari sellinghomefast.net bagi mendapatkan strategi-strategi kreatif bagaimana hendak mengiklankan rumah anda.

18 Comments

  1. Menarik...ilmu hartanah yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Good info. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas perkongsian..good sharing untuk yg baru plan nak beli rumah..

    ReplyDelete
  4. good to know, my bro in law wanna buy house and lands , he should read this

    ReplyDelete
  5. Amboi dah jadi ejen hartanah sekarang hehehe. Tapi bagus sharing ni kadang-kadang kita tak terfikir betul tak.

    ReplyDelete
  6. Pelaburan dalam Hartanah ni memang bagus dan menguntungkan. Kena pandai baru boleh berjaya. Saya pun nak kena belajarlah macam ni...

    ReplyDelete
  7. Setuju..nk beli hartanah kene byk gali ilmu. Tq Nora

    ReplyDelete
  8. Wah... perkongsian yang baik ni. Saya baru habis study, tapi bolehlah bookmark untuk rujukan akan datang. Thank you, kak!

    ReplyDelete
  9. nampak macam senang je bidang hartanah ni, tapi banyak benda jugak nak kena tahu.

    ReplyDelete
  10. Good sharing info berguna untuk yg sedang bercadang melabur dlm hartanah

    ReplyDelete
  11. Informasi yang menarik . Boleh tambah ilmu lagi dalam bidang ni

    ReplyDelete
  12. Thank you sis for your sharing. Very useful to me :)

    ReplyDelete
  13. Maklumat menarik nie. Sejak bila mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah ini? bijak bijak ;)

    ReplyDelete
  14. seronok ambil tahu tentang ilmu hartanah ni

    ReplyDelete
  15. Kalau rajin belajar, pelaburan hartanah memang menguntungkan. biar lambat, asalkan masyukkkkkk.

    ReplyDelete
  16. Good sharing Nora, boleh buat rujukan untuk Kak Sue juga nie..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿