Muat Turun Aplikasi Aduan Dan Paparan Harga Barang - KPDNKK

Saturday, September 23, 2017

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah buat pembaca Monolog Tanpa Suara. Sempena cuti ni, Nora nak berkongsikan kepada korang sebagai pengguna bahawa kita mempunyai hak tidak kira dalam perkara apa sekalipun terutama melibatkan pembelian sesuatu barangan.


Baru-baru ini KPDNKK telah menperkenalkan aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan harga bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Secara tidak langsung dengan adanya aplikasi seperti ini kita sebagai pengguna boleh terus memaklumkan kepada pihak KPDNKK secara atas talian sekiranya terdapat unsur-unsur yang menyalahi undang-undang. So, dengan adanya aplikasi ini kita tidak perlu lagi untuk hadir ke pejabat KPDNKK untuk membuat aduan.

DAFTAR SEBAGAI AHLI KPDNKK (Friends of KPDNKK - FOK)

Muat Turun Aplikasi Friends of KPDNKK di Play Store
Sebagai langkah untuk mendekati pengguna, KPDNKK telah membangunakan aplikasi yang dikenali sebagai Ahli KPDNKK iaitu Friends of KPDNKK bagi memudahkan pihak kerajaan untuk mengemaskini data dan laporan yang diterima setiap hari. Secara tidak langsung, aplikasi Friends of KPDNKK membantu KPDNKK untuk mengenalpasti para peniaga dan premis-premis yang berdaftar dengannya secara berkala dan tidak melanggar undang-undang.



Keistimewaan korang mendaftar sebagai ahli KPDNKK ini, korang boleh membantu kerajaan dalam memantau harga barang dan perkhidmatan. Korang boleh melaporkan kpd KPDNKK jika terdapat penipuan ataupun menyalahi undang-undang dengan mudah hanya menggunakan aplikasi ini. Selain itu, korang juga dapat membantu hak masyarakat sebagai pengguna dengan melaporkan aktiviti penipuan peniaga dan juga dapat membantu pihak KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat dan pantas.




MUAT TURUN APLIKASI PAPARAN HARGA

Muat Turun Aplikasi Paparan Harga di Playstore
Selain daripada menjadi ahli KPDNKK, korang juga boleh memuat naik aplikasi Paparan Harga. Aplikasi PAPARAN HARGA adalah untuk membantu pengguna membuat perbandingan harga yang ditawarkan dipasaran. Dengan adanya aplikasi ini, kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan terbaik untuk membeli barangan sekaligus dapat menjimatkan kita memandangkan kini kos sara hidup semakin meningkat. Pada masa yang sama, kita boleh tahu sekiranya penjual atau peniaga menaikkan harga barang dan ini merupakan satu penipuan harga kepada pengguna.


Macam mana aplikasi ini berfungsi? Haaaa apabila korang dah install aplikasi ini korang boleh membuat semakan harga kepada lebih 500 barangan yang ada di pasaran. Bila korang dah semak, korang boleh compare kan harga barang di kawasan yang terdekat dengan korang. So dengan cara ini korang boleh membuat pilihan untuk membeli barang tersebut di tempat yang menawarkan harga murah.






MUAT TURUN APLIKASI EZ ADU

Muat Turun Aplikasi EZ Adu di Play Store
EZ ADU adalah aplikasi peranti pintar mudah alih yang di bangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.



Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut.  Pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah mudah untuk membuat aduan seperti:
1) Memasukkan Butiran Aduan
2) Laporan Aduan
3) Memasukkn Kordinat/Geo-Tanging
4) Memasukkan Gambar Sebagai Bukti


Mudahkan?  Hanya di hujung jari sahaja.




Jadi memang penting korang untuk mendaftar sebagai friends of KPDNKK sebab korang dpt membantu untuk melindungi hak pengguna dari ditipu peniaga yg tidak sepatutnya. Dengan cara ini tidak akan mengharapkan 100% penguatkuasa KPDNKK untuk membuat pemantauan. Melalui aplikasi yang dibangunkan oleh KPDNKK ini juga secara tidak langsung segala aduan akan terus kepada pihak KPDNKK dan tidak perlu melalui penguasa lagi. 

You Might Also Like

18 ♥sweetcream♥

  1. baguskan wujudnya app macam ni sebab sekarang semua orang memang hadap phone je

    -https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. oh my, always love discounts, this is great and thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. bagus ni sbb akak ada kad tu tp tak tau nak guna..haha

    ReplyDelete
  4. Mudah skrg ni . Hanya di hujung jari. Hak kita sebagai pengguna kita perlu ambil tahu.

    ReplyDelete
  5. Memang sesuai utk pembeli dan juga peniaga agar tidak ambi kesempatan naik harga...

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ni. Boleh jd mato2 kpdnkk so xdelah Kita jadi mangsa penjual yg nak untung lebih tu

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang amat berguna untuk rakyat Malaysia. Aplikasi terbaik demi membantu kita semua membuat perbandingan harga supaya kita dapat menjadi pembeli yang bijak

    ReplyDelete
  8. Kerana akak tulis ni saya dah buat satu aduan pasal kenakan harga mahal kepada pengguna terus saya buat report kat situ juga... Terima kasih...

    ReplyDelete
  9. Good info. Sebelum ni memang tak tahu nak semak harga kat mana. Sampai search tak jumpa pula daftar harga. Memanag memudahkan pakaai apps ni!

    ReplyDelete
  10. Bagus aplikasi ni. Kita sebagai pengguna memang wajib ada app ni

    ReplyDelete
  11. Lepas ni senang la...
    Semua kt hujung jari ja
    Hrp2 xdaknlagi yg amik kesempatan dgb ekonomi mcm skrg ni

    ReplyDelete
  12. glad you share this. now I can tell my friends about this too!

    ReplyDelete
  13. Mudahnya bila dah ada aplikasi seperti ini.... Nak report ape ek.. Erm.. macam xde lagi je

    ReplyDelete
  14. Bagus betul sekarang dah ada app, senang nak report atau tengok paparan harga. Bagus la, harap lepas ni lagi banyak app macam ni untuk memudahkan rakyat malaysia. hehehe

    ReplyDelete
  15. Apps macam ni dah disediakan. Semoga bermanfaat kepada semua. Pihak KPDNKK juga kena kerap kemaskini apabila sebarang aduan diajukan. Well done dapat bantu pengguna!

    ReplyDelete
  16. baru tau hahaha
    pas ni senang lah nak tgk harga bagai

    ReplyDelete
  17. Nice job to the organisation. time to check it out for more

    ReplyDelete
  18. thnks info.. nak p report hujung jari jugak ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿