Unboxing Althea Korea | K-Beauty BBO Song Box

Monday, October 02, 2017

Assalamualaikum & Salam ceria uols...

Makeup dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan. Baru-baru ini Nora ada terima cute box dari Althea. So, surprise ke tidak? Perasaan teruja menerima parcel sangat memuncak. Tak sabar nak lihat satu persatu produk yang berada di dalam BBO Song Box.




Terima kasih ALthea kerana memberi peluang untuk menikmati barang dari Korea. Maklumlah teringin juga nak jadi seperti artis-artis Korea kan, K-Beauty kini menjadi tular di Malaysia dan pastinya tawaran harga juga sangat berbaloi.

Nahh, kalau korang nak tahu ALthea merupakan laman Kbeauty terkemuka dengan lebih daripada 150 jenama produk kecantikan Korea. Althea Boxs dikenali oleh ramai peminat yang meminati produk kecantikan Korea.



BBO Song Box yang hadir dengan box berwarna pink sangat menarik perhatian dan rasa sweet sangat. Di dalam BBO Song Box ni terdapat Enam Items yang didatangkan khas dari Althea Korea. Ini merupakan box kedua Nora menerima dari ALthea dan kali ini lebih banyak barangan makeup dan penjagaan kulit muka. Sebelum ini Nora menerima Green Box sempena Aidilfirtri dan korang boleh baca apa yang menarik di dalam Aidilfitri Green Box tu.


Di dalam BBO Song Box ni mengandungi produk-produk K-Beauty khusus untuk menjadikan wajah korang "Look Baby Skin Soft". Wahhhh siapa tak mahu kan untuk miliki kulit wajah seperti baby dan dengan itulah sebabnya ia dipanggil Bbo-Song Box.

BBO Song bermaksud kulit licin seperti baby dalam bahasa Korea. Dapatkan kulit wajah seperti kulit bayi di dalam BBO Song Box.

1. NAKEUP FACE , COVERKING POWDER CUSHION


Pertama sekali terdapat perbezaan antara BB/CC/DD Creams dan BB/CC/DD Cushion. Sebenarnya ia berbeza hanya dari segi pembungkusan sahaja yang mana Creams dalam betul tiub manakala Cushion dalam bentuk compact yang di rendam di dalam span.

Nakeup Face, Coverking Powder Cushion mempunyai bekas yang cantik berwara pink dan nampak exclusive. Sesuai untuk kulit muka berminyak dan mampu menutup liang pori terbuka dan coverage keseluruhan cela di muka. Lembut dan tidak kering dimuka kerana seperti serbuk cahaya di udara. Sapuan kewajah menjadikan kulit muka seakan-akan pinkish baby kerana mengandungi SPF50+

Pinkish energy seperti bunga ceri semasa musim bunga dan NakeupFace, Coverking Powder Cushion daripada air sulingan Cherry Blossom.

Mempunyai 3 tone warna mengikut warna kulit muka iaitu :

#21 velvet cover
#22 silky cover
#23 air cover

2. INNISFREE, NO SEBUM POWDER CREAM


Fungsi :
Digunakan sebagai Sebum Kawalan + Pelembab + primer @ asas makeup seperti penerangan berikut :

i. Sebum Kawalan
Mengendalikan lebihan minyak dan sebum di kawasan T-zon, dan membantu menanggalkan kulit yang hidrasi. Sesuai digunakan di semua musim.

ii. Primer Cream
Sebagai krim asas dalam mengawal sebum agar menjadikan solekan tahan lama. Juga sesuai untuk krim melecur pda kulit bagi membantu merawat dan memudarkan kawasan tersebut.

iii. Tujuan
Innisfree, No Sebum Powder Cream 3 in 1 yang mengawal sebum, melembabkan, dan sebagai asas primer.

Size : 25g

Cream 3 in 1 ni sangat sesuai untuk Nora yang mempunyai kulit muka berminyak selain membantu memudarkan cela di muka sebelum makeup. Pakai Innisfree, No Sebum Powder Cream membantu kekalkan makeup Nora menjadi lebih tahan lama.

3. PETITFEE - HATE U, RED SPOT SULFUR POWDER

Petitfee - Hate U, Red Spot Sulfur Powder merupakan produk dari Korea Selatan khusus untuk merawat jerawat serta membantu pembaikan warna kulit yang tidak sekata. Mengandungi serbuk sulfur sebagai salah satu bahan penyembuhan jerawat selain daripada minyak daun teh dan ektrak daun ginko membantu mempercepatkan proses merawat jerawat.

Cara penggunaan :
  1. Goncang botol terlebih dahulu
  2. Sapu ke kawasan yang terjejas seperti jerawat.
Size : 15ml

Terus terang Nora katakana ini pertama kali Nora tahu berkenaan produk yang mampu kecutkan jerawat dengan cepat. Sangat membantu Nora bagi menghapuskan jerawat pada muka Nora.

4. W.LAB SEBUM OUT OIL CONTROL MIST


Mengandungi ekstrak daun teh 45% membantu melegakan kulit yang bermasalah membersihkan kulit yang berminyak. Dengan mengandungi bahan mentol dan ekstrak daun papermint membantu mengatur suhu kulit.

Cara Penggunaan :
Goncang botol terlebih dahulu dan semburkan ke muka namun diingatkan perlu menutup mata. Pasti akan terasa segar kulit muka dan sejuk.

Size : 50ml

Kalau semua nak tahu, ramai yang beri respon positif menggunakan W.Lab Sebum Out Oil Control Mist ni. Sembur pada muka untuk kelihatan fresher dan membantu melembabkan kulit muka. 

5. SKINFOOD CHOCO EYEBROW POWDER CAKE



Eyebrow powder yang didatangkan secara duo dengan berus alis menjadikan lukisan kening menjadi cantik dan hujung berus alis bersudut membantu memudahkan untuk melukis kening. Kombinasi warna yang sempurna untuk menghasilkan kening kelihatan semulajadi.

Bahan-bahan yang digunakan daripada ekstrak kacang koko secara semulajadi dengan anti-radang dan penuh dengan antioksidan.

Cara penggunaan :
Gunakan berus bersudut untuk lukis alis secara halus dan sempurna.

Size : 4gm

Dengan adanya duo warna untuk alis dengan packaging yang kecil dari Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake mudah untuk Nora bawa ke mana sahaja. Senang campak dalam handbag dan boleh guna di mana sahaja.

6. THE SEAM SAEMMUL SINGLE BLUSHER POWDER PK01 BUBBLE GUM PINK



Pewarna semulajadi dengan serbuk halus menjadikan blusher dari The Seam Saemmul melengkapkan solekan dengan sempurna. Mempunyai 11 code warna yang berbeza mengikut kesesuaian warna kulit. Nora suka memilih warna blusher agak merah pink atau senang kata warna bubble gum kerana ia sedikit membantu menaikkan tulang pipi. Pilihan wara #PK01 sesuai untuk mereka yang berstyle dan warna yang soft terang sesuai untuk warna kulit cerah dan sawo matang menghasilkan warna yang terang dan sihat.

Cara Penggunaan :
Calitkan 1-2 kali berus pada serbuk blusher dan oleskan di pipi.

Size : 5gm

Haaaa macam mana? Puas hati sangatkan kalau shopping di ALthea Korea ni sebab di sini boleh dapatkan Kbeauty dengan harga yang menarik. 

Nora sangat sukakan Althea kerana setiap kotak yang dikeluarkan pasti mengandungi sekurang-kurangnya 2-3 produk yang sangat Nora perlukan. Apa yang menarik di Althea ni korang boleh beli secara satu persatu atau penjimatan dengan pilihan box yang telah ditetapkan oleh Althea.

Nora sangat teruja apabila berpeluang menerima BBO Song Box yang cute dengan kotak berwarna pink serta items yang ada di dalam box ni sangat Nora pelukan untuk di jadikan hantaran perkahwinan nanti.



Buat semua yang suka makeup dan nak kelihatan seperti gadis korea boleh terus mencari web Althea Korea dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki setiap box yang menarik di laman web tersebut. Untuk makluman semua, sepanjang bulan oktober ini Althea mengadakan promosi WOW! diskaun sebanyak 30%. Apa tunggu lagi, jom cantik seperti gadis korea.

Watch my video unboxing Bbo Song Box also another video HERE.

You Might Also Like

5 ♥sweetcream♥

  1. bestnyaaaa , sebum tu best pakai tapi yg compact powder

    ReplyDelete
  2. bestnya kak nora. perhhh makin cantikk ahh bride to be nih.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  3. Dah jatuh hati kt produk innisfree la..nak terjah nti

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿