Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 Untuk Menangi Hadiah Percutian Dan Penerbangan Ke Luar Negara

Thursday, January 25, 2018

Salam sayang semua…

Tahun baru, azam baru, impian baru pasti ada yang ingin melancong ke luar negara kan. Maka mulai sekarang boleh dah menabung sedikit demi sedikit. Siapa tak suka travel kan. Yelah tak kira korang nak travel dalam ataupun luar negara mesti dah ada perancangan awal untuk bercuti bersama keluarga.


Nora ni suka nak berjalan tetapi selalu kekangan masa. Tabiat Nora suka scroll tempat-tempat menarik mahupun mencari package-package percutian yang menarik. Nora ternampak iklan traveloka ada mengadakan CNY Contest 2018 sempena untuk sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Haaa, pasti contest ini memberikan hadiah menarik kepada pemenang. Sebelum itu Nora nak share sedikit tentang Traveloka ni kan mungkin ada yang masih tidak tahu kewujudan laman web untuk melancong hanya dihujung jari.

Traveloka, sebuah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka untuk destinasi domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Senang kata korang nak pergi bercuti boleh menempah hotel, penerbangan secara online sahaja dengan Traveloka.

Senang sahaja nak booking online hotel mahupun penginapan dengan Traveloka hanya perlu install aplikasi di smartphone sahaja dan lengkapkan semua keterangan yang di minta. Sudah selesai bolehlah korang mulakan pencarian hotel mahupun kapal terbang ke destinasi yang diidamkan melalui Traveloka.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI TRAVELOKA




Untuk pengetahuan korang, sebenarnya banyak kelebihan sekiranya menggunakan aplikasi Traveloka dalam pencarian hotel dan penerbangan untuk percutian korang. Aplikasi Traveloka memaparkan harga pada setiap penerbangan di mana paparan harga untuk tambang dua hala membantu merancang kewangan untuk percutian Nora setelah memilih tarikh yang diingini. Mudah sangat tau dengan pilih tarikh percutian, harga akan di paparkan dan kita dapat membuat pengiraan bajet untuk percutian.

Selain itu, seronoknya menggunakan aplikasi Traveloka ini adalah paparan harga yang dikenakan tidak mempunyai sebarang caj tambahan mahupun caj tersembunyi. Apabila kita buat pilihan hotel mahupun penerbangan harga tetap sama dan tiada kos tambahan tersembunyi yang dikenakan oleh Traveloka. Haaa inilah yang membezakan Traveloka dengan aplikasi yang lain.


Traveloka memudahkan korang membuat tempahan hotel dan penerbangan untuk percutian korang bersama keluarga tercinta mahupun teman-teman rapat. Macam Nora, boleh dikatakan ramai dkalangan teman-teman suka melancong dan aplikasi Traveloka ini banyak memberi kemudahan pada mereka yang mana proses untuk booking boleh dibuat oleh keluarga terdekat mahupun sesiapa sahaja.

Siapa pun boleh buat tempahan sebab Traveloka tidak perlu untuk pengesahan. Ye lah kan mana tahu dikalangan keluarga atau teman kita yang nak pergi melancong tetapi tiada masa untuk menguruskan tempahan, haaaa aplikasi ni dah membantu untuk proses booking secara online.



Kemudahan bayaran perbankan secara atas talian memudahkan transaksi tempahan dibuat. Selain itu boleh juga ke 7 Eleven terdekat untuk membuat bayaran mengikut jumlah yang perlu dibayar dengan menggunakan mesin MolPay. Semuanya mudah dengan aplikasi Traveloka.

Okay, berbalik pada cerita Nora tadi berkenaan contest CNY 2018 yang di adakan oleh Traveloka rasa teruja bila hadiah yang disediakan sangat menarik. Nak tahu sebab apa menarik? Haaa sebab salah satu hadiah yang ditawarkan adalah pakej percutian ke luar negara iaitu ke negara Korea. Wowwww seronok sangat kan siapa yang yang teringin nak ke luar negara joinlah contest ni mana tahu ada rezeki korang kan.

Untuk pengetahuan korang, sekiranya korang join Contest CNY 2018 iaitu Traveloka Fly & Win Challenge ni, Hadiah Pertama yang disediakan oleh Traveloka adalah Percutian ke Seoul, Korea selama 6 hari 5 malam, Hadiah kedua ke Phuket, Thailand selama 5 hari 4 malam, Hadiah ketiga ke Langkawi, Malaysia selama 4 hari 3 malam dan hadiah saguhati berupa baucer daripada Traveloka sebanyak RM1000.

Wowww sangat dengan hadiah yang giler best ni. Bukan susah pun nak join contest ni hanya guna handphone pun boleh dan lagi senang. So, sesiapa sahaja boleh join contest ni mengikut kelayakan seperti yang telah di tetapkan.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Pastikan akaun Facebook yang digunakan adalah akaun Facebook sendiri bukan yang fake.
2. Contest ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
3. Peserta wajib follow Facebook Page Traveloka Malaysia
4. Peserta dikehendaki bermain permainan Traveloka Fly & Win CNY Challenge di laman web yang disediakan
5. Peserta perlu resgister dengan mengisi maklumat yang disediakan

CARA-CARA PENYERTAAN TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE

Terdapat beberapa langkah mudah untuk sertai contest CNY 2018

1. Hanya klik Traveloka Fly & Win CNY Challenge dan kemudian log masuk ke akaun facebook korang.
2. Baca terma dan syarat
3. Boleh memulakan permainan dengan cara tekan anak panah untuk memulakan permainan :
·         Tekan skrin untuk menerbangkan kapal terbang
·         kumpul sebanyak yang mungkin angpow sepanjang korang masih dalam permainan
·         boleh main sehingga korag dapat markah yang memuaskan dan boleh mencuba sebanyak mana yang korang nak
·         markah yang korang dah puas hati tu perlu di share ke facebook sebanyak 5 kali sehari sebelum boleh submit penyertaan korang.

Haaaa ni maknanya, Traveloka beri peluang untuk korang mencuba sebanyak yang mungkin sehingga berpuas hati sepanjang contest ini berlangsung. Tapi perlu ingat, hanya 5 kali sahaja untuk share setiap hari. Apa tunggu lagi, cepat-cepat join contest ni sementara ia sedang berlangsung.

Moga-moga ada rezeki Nora dan korang untuk menang. Jom… Good Luck untuk korang yang sertai contest ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest ataupun ingin bercuti dan mencari hotel dan penerbangan dengan harga yang berbaloi-baloi, boleh layari laman web rasmi Traveloka. Usya-usya lah mana tahu ada promosi yang best-best untuk korang bercuti ataupun melancong.

You Might Also Like

5 ♥sweetcream♥

  1. Best giler hadiah tu nora. Beruntung sgt kalau dpt ke seoul secara percuma. Berangan kejap ni. Hehe. Jom berjemaah main game tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ANa best sgt. Tak dapat p luaq negara p Langkawi pun dah rezeki. heheheh kannnn...

      Delete
  2. Jom kita join reramai jom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join kak sue. Takat ni dapat sikit je. hehehehhe segan nak share.

      Delete
  3. akak xde bakat nampaknya. score sikit bebenor

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿