Jom Menabung Dan Rebut Insentif Khas PTPTN

Tuesday, March 27, 2018

Hye korang,

Sebagai ibu bapa masa kini pastinya banyak yang perlu kita fikirkan untuk masa depan anak-anak. Sedari mereka kecil lagi seharusnya kita telah merancang untuk kemudahan mereka bila besar nanti. Bukan apa, sebagai ibu bapa kita tidak menjangka apa yang akan berlaku kelak kan jadi kita ikut bak kata pepatah mengatakan “sediakan payung sebelum hujan”.

Untuk pengetahuan korang, PERBADANAN Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sememangnya memainkan peranan penting dalam memartabatkan pendidikan negara. Kalau dahulu ramai kenali PTPTN sebab memberi pinjaman pembiayaan pendidikan untuk pengajian ke menara gading kan. Tetapi kini, PTPTN lebih menumpukan terhadap amalan menabung bagi tujuan pendidikan tinggi sebagai persediaan awal kemudahan anak masa akan datang.


Tidak dinafikan, untuk me­ngajak keluarga terdekat dan orang ramai membuda­yakan amalan menabung bu­­kanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, PTPTN menawarkan skim yang memberi pelbagai manfaat sebagai timbal balik kepada simpanan yang dibuat oleh ibu bapa. Skim yang diumumkan kerajaan adalah Insentif Geran Sepadan RM500, percuma RM500.

Ibu bapa perlu cepat-cepat mula menabung dengan membuka akaun SSPN anak bagi mereka yang belum buka dan cepat-cepat menambah caruman yang sedia ada bagi merebut peluang Insentif Khas PTPTN. Apa insentif khas PTPTN yang terkini? Haaaa, menurut bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri ada mengumumkan Insentif Khas Geran Sepadan RM500 di bawah nama SSPN1M.

Apa itu SSPN1M ?

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.


Apa itu Insentif Khas Geran Sepadan RM500 ?

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 atau GS500 merupakan insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. Pelaksanaan insentif GS500 adalah bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal. Senang kata first come, first serve gituh.

Bagi kanak-kanak yang masih belum mempunyai akaun SSPN, ibu bapa boleh membuat akaun SSPN melalui online atau kaunter PTPTN atau di bank-bank terpilih iaituMaybank, Bank Islam, AgrobankBank Rakyat dan RHB Bank. Sebagai ibu, Nora telah merancang untuk zarra masa akan datang dengan membuka akaun SSPN sebagai langkah persediaan zarra kelak.

Jadi, kalau korang sebagai ibu bapa yang telah wujudkan akaun SSPN maka bolehlah korang rebut peluang dapatkan insentif khas PTPTN ini. Haaaa nak tahu cara dan kelebihannya? Haaaa jom baca lebih lanjut.

Bagaimana untuk mendapatkan insentif RM500 ini ?

Kalau korang ada anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun dan bersekolah rendah, buka akaun SSPN (jika belum buka) di mana-mana cawangan PTPTN dan buat simpanan bersih mulai Januari 2018 berjumlah RM500. Tetapi, sekirang korang sudah ada akaun SSPN, buat simpanan baharu dalam akaun itu juga dengan jumlah bersih RM500 sahaja untuk dapatkan percuma RM500. 



Bilakah insentif khas Garis Sempadan 500 ini diberikan ?

Insentif GS500 ini akan diberikan (deposit ke dalam akaun SSPN) kepada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal.

Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan ?

Insentif GS500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun sahaja. Maksudnya, simpanan ini akan kekal dalam akaun SSPN sehingga umur anak 18 tahun, barulah boleh dikeluarkan untuk belanja pendidikan anak-anak korang. Haaa menarikkan sekiranya kita menabung di SSPN1M dan merebut peluang mendapat ganjaran RM 500 percuma daripada Kerajaan sebab hanya 500,000 orang pencarum yang pertama je yang dapat manfaat ini.

Kelebihan dan Keistimewaan Simpanan PTPTN melalui SSPN1M antaranya :

1. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang ada simpan sebanyak RM1,000.00 dan ke atas.

2. Pelepasan cukai pendapatan simpnan bersih tahun semasa hingga RM6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak/ anak angkat yang sah sebagai penerima

3. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 dan ke atas.

4. Simpanan dijamin oleh kerajaan.

5. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Bagi kanak-kanak yang masih belum mempunyai akaun SSPN, korang di luar sana sebagai ibu bapa boleh membuat akaun SSPN melalui online atau kaunter PTPTN atau di bank-bank terpilih iaitu Maybank, Bank Islam, AgrobankBank Rakyat dan RHB Bank.

Di samping kita nak merebut peluang RM 500 percuma ni, secara tidak langsung sebarang caruman kita di dalam SSPN juga adalah antara salah satu insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM 6,000 setahun.

Jom kita ambil peluang yang ada ni ye. Semoga anak-anak kita termasuk di dalam golongan 500,000 orang yang mendapat insentif RM 500 percuma.



Untuk maklumat lanjut berkaitan Simpan RM 500 Percuma RM 500 ini, boleh hubungi careline PTPTN di 03-21933000 atau layari :

Laman web : PTPTN
Laman web : SSPN1M
Facebook : PTPTN

So, korang sebagai ibu bapa semua, jangan terlepas dapatkan insentif ini yang berhak untuk masa depan pendidikan anak korang tau.


You Might Also Like

11 ♥sweetcream♥

  1. Wah menariknya skim kali ni. Simpan rm500 dpt extra rm500. Untung banyak dah tu. Aishh selamat lah syafi baru 4 tahun. Kalau x ana menabung dh sebab syafi dah ada akaun sspn oun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh xpe xpe nnti aslkan nnti daftar utk Syafi ye.. Mmg bagus ada saving mcm ni utk anak2.

      Delete
  2. Wah, bagus jugak ni ya kak utk masa depan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a bagus utk pelaburan anak-anak bila besar nnti.

      Delete
  3. wah bestnya SSPN ni.. ni yg rasa cam nak gi buka akaun hari ni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebut peluang kak. sbb untuk GS500 ni hy 250J je kak.. Heheh cepat2 jd 50000 terawal.

      Delete
  4. Memang bagus menyimpan dalam SSPN1M-i nih untuk pendidikan anak anak jugak kan

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing, bagus utk perancangan masa depan

    ReplyDelete
  6. bagus nya..utk tabung anak anak kan.

    ReplyDelete
  7. Bagus kan menabung dengan SSPN1M nie..

    ReplyDelete
  8. akak suka sangat part perlepasan cukai tu haa. .hehehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿