Bella Booo Rangkaian Produk Bayi Berasaskan Minyak Kelapa Dara

Sunday, April 15, 2018


Setiap ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Bermula dari bayi hingga ke dewasa, apa saja yang terbaik di mata ibu bapa pasti ingin diberikan untuk anak-anak.

Rangkaian Produk Bayi Bella Booo
Credit photo : @bellabooohq

Kali ni Nora ingin kongsikan tentang produk penjagaan bayi yang baru diperkenalkan dan berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi. Produk ni bukan macam produk biasa di pasaran ye. Kenapa? Sebab Bella Booo merupakan rangkaian produk bayi berasaskan Minyak Kelapa Dara di formulasikan khusus untuk bayi. Nora berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Bella Booo di MIHAS, MITEC bersama beberapa rakan blogger yang lain. 

Founder Bella Booo iaitu Belle Alyahya
Bella Booo merupakan produk terbaru usahawan muda yang dikenali ramai. Dari usahawan pakaian, bidang kosmetik dan kini usahawan produk rangkaian bayi iaitu Belle Alyahya yang dikenali dengan Jubah Bella Amara.

Bersama founder Bella Booo
Kini meluaskan sayapnya dengan memperkenalkan produk rangkaian bayi iaitu Bella Booo di mana produk ini terhasil daripada sekumpulan ibu bapa yang bersemangat mencipta produk bayi semata-mata diformulasi dari bahan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kulit bayi yang sensitif.


Semua orang tahu kulit bayi sangat halus dan sensitif. Contoh paling senang ialah bekas gigitan nyamuk. Lepas dua hari pun belum tentu hilang kan. Especially anak pertama, semua ibu bapa akan lebih berhati-hati dalam memilih barang-barang kelengkapan bayi. Nak buat ini takut tak kena. Nak buat itu takut salah. Kadang-kadang boleh jadi over paranoid. Betul tak?



Sebagai seorang ibu yang pernah mempunyai pengalaman memiliki bayi dah tentu Nora amat bimbang sekiranya pemilihan rangkaian produk bayi tidak sesuai dengan kulit baby. Bella Booo mengeluarkan tiga rangkaian produk bayi berasaskan Minyak Kelapa Dara khusus untuk menjaga kulit bayi yang sensitif iaitu Mandian, Bedak dan Minyak. Rangkaian produk bayi Bella Booo sesuai untuk semua jenis kulit memandangkan ia menggunakan bahan semula jadi.

RANGKAIAN PRODUK BAYI BELLA BOOO

Bella Booo Head to Toe
HEAD TO TOE with VCO
Merupakan mandian atau pembersih dengan Minyak Kelapa Dara yang digunakan untuk mencuci dari kepala hingga kaki juga digunakan sebagai syampu . Penggunakan yang mesra dengan kulit bayi dan tidak merengsakan kulit atau mata. Ia mengandungi minyak kelapa dara dan menghasilkan bau manis dan wangi dari oren dan vanila.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit bayi, walaupun kulit sensitif  Head To Toe Bella Booo dapat merawat dan meredakan kerengsangan pada kulit. Dijadikan juga sebagai minyak urutan semasa mandian kerana ia akan memberi kelegaan dan keselesaan bada kulit bayi. Selain itu ia membantu melembabkan kulit bayi.

Zarra said : Wangi sangat ummi, zarra suka sebab lembut dan wangi
Bahan-bahan: 
Water, Sodium cocol alaninate, Disodium cocoamphodiacetate, Cocamidopropyl betaine, Glycerin, PEG-40 Hydrogenated castor oil, Phenoxyethanol, Ethythexylglcerin, Xanthan gum, Cocos nucifera (coconut) oil, Goat Milk, Vanila planifolia fruit oil, Citrus sinesis peel oil expressed, Honey

Cara Pengunaan :
Apply sedikit pada tangan atau sponge dan apply pada kulit bayi sambal urut-urut badan bayi kemudian bilas.

Isi kandungan : 225ml
Harga: RM29.00 

Bella Booo Baby Powder
BABY POWDER with VCO

Bedak ada talcum?
Baby Powder Bella Booo tidak mempunyai talcum membantu memberikeselesaan dan menyejukkan badan bayi dari kerengsangan kulit. Baby Powder Bella Booo mempunyai Koalin, Lavender oil dan Virgin Coconut Oil yang memberikan kesan kelembapan pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama masalah ruam dan gatal-gatal

Bahan-Bahan :
Kaolin, Hydrated silica, Lavandula angustilolia (lavender) oil, Cocos nucifera (cconut) oil, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin

Cara Penggunaan :
Shake terlebih dahulu sebelum digunakan. Sapu pada bahagian badan, leher, celah pelipat dan bahagian yang bermasalah seperti ruam dan gatal-gatal. Juga boleh digunakan sebagai mask jika dicampur dengan air.

Isi Kandungan : 50g
Harga : RM29.00

Bella Boo Baby Oil
BABY OIL with VCO

Baby oil Bella Booo merupakan minyak semulajadi yang membantu melembabkan kulit dan menghalang kulit daripada kering dan sangat sesuai untuk bayi baru lahir. Baby oil ni bebas dari menthol dan memberi keselesaan pada bayi serta mengelakkan perut kembung. Gabungan bahan yang ada dalam Baby Oil Bella Booo sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan boleh juga digunakan untuk urutan.

Bahan-Bahan :
Vitis Vinifera (grape) seed oil, Helianthus annuus (sunflower)seed oil, Elaeis guneensis (palm) oil, Eucalyptus globulus leaf oil, Myristic fragans (nutmeg) kernel oil, Mentha piperita (peppermint) oil, Simmondsia chinensis (jojoba) seed oil, Cocos nucifera (coconut) oil, Eugenia cryophyllus (clove) flower oil.

Cara Penggunaan :
Dropkan beberapa titik Baby Oil Bella Booo pada perut dan kaki. Sapu dan urut secara perlahan di kawasan yang mengalami kembng perut atau memberi keredaan pada badan bayi.

Isi Kandungan : 50ml
Harga : RM19.00


Produk rangkaian bayi Bella Booo sesuai digunakan untuk seisi keluarga terutama untuk bayi baru lahir serta bayi yang mempunyai masalah kulit gatal, eczema, kembung perut dan ruam. Selain itu, produk ini mendapat kelulusan KKM di mana ibu bapa tidak perlu rasa ragu-ragu dengan rangkaian produk Bella Booo ini. Berikut adalah nombor kelulusan KKM untuk 3 produk Bella Booo iaitu :

1.     Bella Booo Head to Toe : NOT180103716K
2.     Bella Booo Baby Powder : NOT180104099K
3.     Bella Boo Baby Oil : NOT180103715K

Coloring storybook (Pengembaraan 5 sahabat)
Okay, selain daripada 3 rangkaian produk bayi, Bella Boo juga mengeluarkan buku untuk kanak-kanak iaitu colouring storybook with sticker sebagai tujuan pendidikan awal kanak-kanak. Haaa korang boleh follow IG atau laman web Bella Boo untuk mengetahui berkenaan siri pendidikan seperti cerita pengembaraan 5 sahabat, teka-teki dan lain-lain. Pengembaraan 5 sahabat terdiri daripada Rubby The Bunny, Eddy The Elephant, Vivi The Duck, Rafi The Giragge dan Buzz The Bee.


Pandangan Nora sebagai seorang ibu, rangkaian produk bayi keluaran Bella Booo sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir serta anak-anak memandagkan ia menggunakan bahan semulajadi dan bahan asas untuk rangakain ini adalah Minya Kelapa Dara (VCO). Sangat recommended untuk korang miliki sebagai toiletries seisi keluarga.

Untuk dapatkan rangkaian produk bayi Bella Boo, korang boleh follow social media mahupun terus ke laman web Bella Booo seperti berikut :

Laman web : www.bellabooo.com
Instagram : @bellabooohq

You Might Also Like

4 ♥sweetcream♥

  1. Bagus produk bebas bahan kimia macam Bella Booo ni. Rasa selamat nak pakaikan dekat anak2. Bau pun wangi.

    ReplyDelete
  2. bagus ada produk bebas paraben nih. Selamat untuk anak anak kan.packaging pun menarik

    ReplyDelete
  3. Bagus produk bebas bahan kimia macam Bella Booo tak risau nak sapu pada anak-anak maklumlah kulit baby kan halus

    ReplyDelete
  4. Bagus ya produk nie, siap ada minyak kelapa dara lagi. Packaging pun comel je..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿