Western Food Cafe Di Cheras

Tuesday, April 10, 2018


Salam kesayangan korang.

Western food...

Siapa suka makanan western food? Haaa kita geng. Baru-baru ni Nora berkesempatan menikmati hidangan yang superb best di Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Actually boleh kategori ambil masa together bersama suami dan anak. Genap 4 bulan kami sebagai suami isteri.

Seafood Platter
Ok, berbalik pada cafe yang Nora nak share dengan korang ni adalah tentang menu yang disajikan di Blue Cafe ni. Haaa first impression Nora terhadap Blue Cafe ada sebuah cafe yang simple and nice dengan decoration yang menenangkan. Style cafe kan mostly sesuai di kawasan yang sibuk dengan shop lot.


Blue Cafe sebuah restoran makanan western yang mengetengahkan kebanyakan menu-menu baru yang berhasrat untuk menarik lebih ramai pengunjung dikalangan pelbagai golongan termasuk yang golongan muslim. Memandangkan Blue Cafe mempunyai menu yang menggunakan Duck ia sedikit sebanyak cabaran untuk menarik minat pelanggan yang beragama Islam. Bagi Nora yang kaki makan, sesuatu yang baru apa salahnya untuk kita cuba sebab selalu kita disajikan rendang itik tetapi di Blue Cafe terdapat menu yang sedap dan menarik.

Grilled Lamb Chop



Salah satu menu yang Nora cuba makan yang menggunakan itik di sini adalah Smoked Duck Pizza dan Smoked Duck Aglio Olio. Betul-betul sesuatu menu yang pertama kali Nora nikmati. Selain dari itu terdapat juga menu westwtrn lain antaranya hidangan paling top adalah Pizza Rendang dan Tiramisu. Korang juga boleh rasai menu yang lain antaranya Seafod Platter, Grilled Chicken Chop, Cheese Chicken Chop, Mix Grilled Platter, Lamb Shoulder Chop, Spaghetti Vongole, Oblong Beef Burger dan banyak lagi.


Pizza Rendang. Recommended untuk korang
Smoked Duck Pizza

Selain dari itu terdapat juga minuman dan dessert yang menyelerakan antara minuman yang terdapat di Blue Cafe adalah
kebanyakannya bergas tetapi ada juga yang tidak bergas untuk soft drink.  Minuman yang korang boleh rasa adalah Rossie Latte, Peach Mojito, Strawberry Soda, Strawberry Latte, Sirap Bandung dan banyak lagi.





Dalam banyak-banyak menu yang Nora pernah rasa, sangat recommended dekat korang untuk cuba adalah Seafood Platter dan Pizza Rendang yang bagi Nora ia memuaskan dan menyelerakan tekak. Untuk Seafood Platter terdapat Udang, Sotong, Isi Ikan, Lala dan Indomie di bawahnya manakala Pizza Rendang yang cukup rasa rendang dengan doh yang nipis dan cruncy. Air pula, korang yang suka minuman panas cubalah rasa Rossie Latte yang menggunakan sirap rose special di Blue Cafe.


Blue Cafe ni terletak sederet dengan shop lot lain dan bersebelahan dengan kedai mencuci kereta. Sebuah cafe yang mempunyai dua tingkat ruang makan menawarkan menu-menu western dan fusion untuk korang nikmati secara santai waktu lunch, hi tea mahupun dinner. Blue Cafe juga menerima Private Service untuk korang yang inginkan ruang lebih selesa di mana terdapat juga bahagian ruangan untuk bersila.

Tonton juga video menu yang ada di Blue Cafe, Cheras.



Jangan lupa untuk korang singgah di Bandar Mahkota Cheras bagi menikmati menu western food di Blue Cafe sekiranya korang berada di Cheras.


Waktu Operasi :

Dibuka Setiap Hari Kecuali Isnin
Buka pada 12.00 tengahari sehingga 12 malam.

Blue Cafe 
No. 7, Jalan Temenggung 25/9 
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras 
43200 Cheras, Selangor 



You Might Also Like

10 ♥sweetcream♥

  1. Wah menarik nie Nora, boleh lah singgah nanti bila ke Cheras..

    ReplyDelete
  2. fulamak, western food mmg lah kegemaran kami anak beranak. boleh cuba lah nanti

    ReplyDelete
  3. Alahai sedapnya semua menu tu. Lapar perut tgk satu2 gambar tu. Nak Cuba lah nnti.

    ReplyDelete
  4. Malam malam tengok entry penuh gambar makanan...adoii.nampak sedap semua menu

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar nampak menarik

    ReplyDelete
  6. Waah banyak juga menu yang menarik ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya telan air liur tengok gambo hahaha

    ReplyDelete
  8. Pizza rendang tu lain daripada yang lain. Nampak sedaap semua menu dekat sini, boleh lah nanti try bila bila ke area Cheras.

    ReplyDelete
  9. Aina suka western food akak. Grill lamb chop tu mengoda, pergh!.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿