4 Tip Untuk Sahur Yang Sihat

Thursday, May 17, 2018


Salam kesayangan...

Ramadhan bakal menjelma. Sudah semestinya kita sebagai umat Islam persiapkan diri untuk menjalani ibadah Puasa. Kali ni Nora nak kongsikan dekat korang tips untuk sahur yang sihat.

Sumber : Google
Maklumlah, walaupun kita berpuasa, kita perlu bersahur bagi menampung lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa sebelum berbuka.

Ramai yang tahu bahawa sahur itu penting, cuma kadang-kadang kita ketandusan idea untuk menyediakan makanan pada waktu pagi.

Sahur merupakan makanan yang yang dimakan oleh umat Islam sebelum Subuh kerana ia merupakan hidangan sebelum berpuasa antara subuh hingga matahari terbenam. Sangat disyorkan untuk makan kerana membantu memberi tenaga sambil berpuasa pada siang hari. Walau bagaimanapun, bangun waktu pagi untuk menyediakan makanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Sumber : Google
Apa yang penting makanan yang kita makan waktu sahur adalah seimbang untuk membekalkan tenaga yang mencukupi dan semestinya adalah sihat. Nora cadangkan 4 tip mudah untuk sahur yang sihat.

1. KUMPULAN MAKANAN UTAMA

Hidangan semasa sahur seharusnya kaya dengan karbohidrat dan serat kompleks. Cuba makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin serat tinggi, roti, oat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika kita ambil pemakanan ini akan membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh lebih lamadan membantu mengekalkan tahap glukosa darah yang stabil.

Cuba juga makanan berprotien tinggi seperti ikan, daging, susu, telur atau yogurt. Protien mengambil masa yang lama untuk dicerna dan boleh membantu kita memelihara masa yang lama dalam menahan lapar dan dahaga.

2. MINUM AIR YANG BANYAK

Ketika sahur kita digalakkan untuk minum air sebanyak yang mungkin. Begitu juga ketika berbuka puasa. Ini kerana bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi pada hari berikutnya.

3. JAUHI DARI GODAAN

Haaa ini penting. Tidak kira godaan dari manusia, dari makanan atau godaan apa jua sekalipun. Walaupun makanan yang dilihat itu terlalu menggoda ketika sahur, namun perlu kawal nafsu sendiri ok.

Terdapat beberapa makanan yang mungkin tidak memberi manfaat kepada diri kita semasa berpuasa. Sebagai contoh, makanan pedas, berlemak dan berminyak. Sebolehnya kita elakkan makanan sebegitu kerana ia akan membuatkan kita berasa haus dan memberi rasa ketidak selesaan pada perut.

4. JAUHI MUNAMAN BERKAFIEN

Sumber : Google
Mengelakkan Minuman Kafien. Harus elakkan minum minuman berkafien kerana kafien mengandungi diuretik dan akan membuatkan kita mudah haus atau dahaga. Jangan terus stop ambil kafien sebaliknya secara beransur-ansur bagi mengelakkan berlakunya sakit kepala dan perubahan mood.

Mengelakkan Minuman Kafien. Harus elakkan minum minuman berkafien kerana kafien mengandungi diuretik dan akan membuatkan kita mudah haus atau dahaga. Jangan terus stop ambil kafien sebaliknya secara beransur-ansur bagi mengelakkan berlakunya sakit kepala dan perubahan mood.

Ok, sekiranya korang berpuasa, cuba amalkan makanan yang sihat iaitu mudah simple dan berkhasiat. Sebagai contoh just ambil simple food seperti sandwich tuna atau apa jua sandwich kerana ia telah merangkumi serat dan protien yang diperlukan sepanjang hari.

Sumber : Google
Selain itu, korang juga boleh merncang hidangan sahur bagi memastikan dapat cukup nutrien yang diperlukan dan mengelakkan makanan yang tidak sihat. Jadi, dengan adanya tip sahur yang sihat dapat membantu kita mengawal daripada kenaikan berat badan. Hehehe seram kalau baju raya tak muat.







You Might Also Like

5 ♥sweetcream♥

  1. Sahur paling penting nak kena jaga kan?

    ReplyDelete
  2. setakat ni khaty try 2 gelas sebelum dan 2 gelas selepas sahur air suam tapi sebelum habis waktu sahur la..

    ReplyDelete
  3. Bagus tups nih boelh diamalkan

    ReplyDelete
  4. Good Sharing Nora, boleh cuba nie. Selalunya Kak Sue kalau sahur makan kurma ja sebab tak lalu nak makan..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿