Kelebihan Dan Keistimewaan Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort

Wednesday, May 16, 2018


Salam kesayangan,

Bahang Ramadhan kian terasa... Sudah semestinya sekarang ni banyak hotel mahupun restoran-restoran mula menawarkan package Buffet Ramadhan.





Tidak ketinggalan juga Restoran Bangi Golf Resort (BGR) menawarkan lebih 200 menu juadah berbuka puasa untuk menggembirakan tetamu dengan hidangan ekslusif di Buffet Ramadhan bermula pada 19 May sehingga 13 Jun 2018.

Kalau korang nak tahu, dah berapa tahun Nora berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni dan hidangan yang disajikan mengikut citarasa masyarakat Melayu. Untuk tahun 2018 banyak Kelabihan dan Keistimewaan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort ni tau. Nak tahu sebab apa? Jom Nora kongsikan dengan korang.

Laksa Serawak
1)    Disahkan HALAL

Kalau korang nak tahu, sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan HALAL oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.



2)    Nilai untuk Wang Korang!

BGR ni terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR akan sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Haaa banyakkan? Harga untuk tempahan dalam talian bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak. Korang boleh tempah di laman web ini  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ 

3)    Sajian Eksklusif Untuk Tetamu

Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang paling menonjol iaitu Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Memang superb dia punya Sup Kambing tau. Di stesen ini, chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak dan ia sentiasa panas.



Selain itu, korang dan tetamu yang lain juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka. Haaa ni masak secara live okeh direct untuk korang.


4)    Hidangan Barat Moden

BGR : Sous Vide Eggs
Korang juga boleh menikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan barat yang lebih tradisional dan menjadi kegemaran keluarga seperti Lasagna Ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.

Bolognese  

Cabonara

5)    Masakan Melayu dan Tradisional

BGR : Nasi Biru (Nasi Kerabu)
Bagi menu masakan melayu, BGR menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri dan chef BGR sendiri akan menuai sayur-sayuran yang segar dan organik untuk dihidangkan ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, iaitu nasi berwarna biru yang dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan sayuran lain.



Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun BGR. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura pasti akan memenuhi citarasa korang.

 6) Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna

BGR : Kambing Bakar
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus dengan rasa yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa.

BGR : Sup Kambing

Melengkapkan makanan ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda hati korang untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

7)  Pelbagai Pencuci Mulut


Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bunga kantan akan disediakan sekali lagi untuk Tahun 2018 ini.


Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih hidangan mana dari BGR seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.


8)    Harga Istimewa Untuk Durian!

BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di DURIAN

9)    Persembahan Secara Langsung

Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm. Persembahan muzik yang mendamaikan para tetamu sepanjang menikmati hidangan berbuka puasa.

10) Tempat Letak Kereta Percuma

Kali ini dilihat BGR telah mengambil inisiatif dengan memperluaskan kawasan parking iaitu lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11) Surau Di Sediakan

BGR juga menyediakan ruang solat yang luas buat tetamu.

12) Buat Baik Dengan Bersedekah!

Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13) Suka Makan Benci Pembaziran

Memenuhi janji kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Haaaa banyak kelebihan dan keistimewaan sekiranya korang berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni tau. Lagi pula harga yang ditawarkan murah dan berbaloi. Seronok dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Apa tunggu lagi cepatlah booking untuk berbuka puasa bersama insan tersayang Ramadhan nanti.


Alamat :

No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia


Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E


You Might Also Like

6 ♥sweetcream♥

  1. Every year x pernah gagal hadirkan diri kat BGR ni..makanan sedap..pilihan pun banyak

    ReplyDelete
  2. Di antara bisnes untung besar ni. Orang bukan Islam pun boleh join bufet macam ni.

    ReplyDelete
  3. Antara tempat berbuka yang murah dan banyak pilihan. Kambing dia memang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Mimi.paling suka sous vade egg woth mushroom espuma tuh..sedap

    ReplyDelete
  5. Memang banyak pilihan kat sini kan Nora, harga pun murah..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿