Salam kesayangan...

Baru-baru ini Nora bersama beberapa rakan blogger adakan Mini Gathering di Ayer@8, Putrajaya. Mini gathering ni diadakan senang kata untuk bertemu rakan-rakan blogger ada yang dah pernah jumpa dan ada yang pertama kali jumpa. Walaupun tak cukup corum tapi mini gathering ni tetap havoc dengan keletah masing-masing.


An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya


Mini Gathering bersama rakan blogger GSL Warrior ni, untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin yang selama ini hanya mengenali antara satu sama lain melalui alam maya FB, Blog dan media sosial yang lain. Nora rasa seronok dapat mengenali rakan blogger di dalam group GSL Warrior kerana mereka sangat peramah dan yang penting group ini tiada paksaan. Banyak yang Nora perolehi dari mereka. Nora rasakan mereka seperti kakak-kakak kerana banyak luahan hati pada mereka. Hehehhehe

Lobster Milk Butter di An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya
An-Nur's Kitchen menjadi pilihan kami untuk mengadakan Mini Gathering dengan menikmati hidangan Seafood Lambak. Havoc sangat restoran ni dengan suara-suara kami dan anak-anak kami. Riuh rendah dibuatnya sambil borak sambil tu kami makan dengan hidangan seafood lambak. Nora memang peminat seafood jadi di sini dapat nikmati seafood lambak dengan harga yang murah.





Korang nak tahu tak apa itu Seafood Lambak?

Haaa di An-Nur's Kitchen hidangan popular adalah Seafood Lambak atau bahasa lain yang biasa kita dengari adalah Shell-Out. Restoran ini terletak di Ayer@8, Putrajaya dengan lokasi yang sangat menarik di mana ia menghadap pemandangan tasik di persisiran Putrajaya. Selain terkenal dengan Seafood Lambak, An-Nur's Kitchen juga menyediakan makanan Western Food, Masakan Ala Thai dan Masakan Melayu yang telah diolah oleh pengusahannya iaitu Puan Mas.

SEAFOOD LAMBAK

Seafoos Lambak di An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya

Haaa seafood lambak adalah sama dengan Shell-Out yang mana di restoran ini ada menyediakan beberapa set sebagai pilihan pelanggan untuk menikmati bersama keluarga mahupun rakan.




Terdapat 4 set Seafood Lambak dengan 5 perisa mengikut jumlah kepala yang dikehendaki pelanggan. 5 perisa Seafood Lambak yang ada di An-Nur's Kitchen adalah perisa Butter Milk, Perisa Masam Manis, Perisa Pedas dan Perisa Curry. Berikut adalah 4 set Seafood Lambak :

1. Set untuk 2 orang - Seafood Redang
2. Set untuk 3-4 orang - Seafood Tioman
3. Set untuk 5-6 orang - Seafood Pangkor
4. Set untuk 8-10 orang - Seafood Langkawi

Seafood Lambak di An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya
Harga yang ditawarkan mengikut set Seafood Lambak sangat berbaloi untuk pelanggan nikmati kerana harganya bagi Nora boleh dikira murah dengan rasa yang cukup menyelerakan dan sedap. Seafood yang disediakan juga segar dan saiz yang memuaskan.

Tom Yam An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya
Selain daripada makanan berasaskan seafood, An-Nur's Kitchen juga ada menyediakan makanan Ala-Cart dan juga masakan lain seperti Western Food, Ala-Thai dan Masakan Melayu. Sepanjang mini gathering kami dihidangkan dengan pelbagai menu yang sedap. Nora cukup tertarik dengan udang galah butter milk dan sotong goreng tepung.

Sotong Goreng Tepung di An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya




Sebab apa kedua menu ni Nora suka sebab selalu Nora makan udang biasa yang di masak butter milk tapi di restoran ini menggunakan udang galah. Manakala sotong goreng tepung dia sangat rangup berbeza kalau Nora makan di kedai-kedai Thai lebih kepada sotong celup tepung.

Udang Galah Butter Milk di An-Nur's Kitchen, Ayer@8 Putrajaya
Korang yang peminat tegar seafood seperti selera Nora, boleh cuba untuk menikmati seafood style lambak di An-Nur's Kitchen dengan menikmati pemandangan sangat indah kerana ia berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan sudah semestinya korang boleh melihat Cruise, Hot Ballon di udara dan banyak lagi. Suasana yang dikira romantik untuk korang pasangan bercinta atau pasangan yang ingin mengembalikan moment indah bersama.


Mini gathering kami juga dipenuhi dengan acara tukar-tukar hadiah mengikut cabutan undi. Alaaa saja suka-suka dengan jumlah hadiah yang tidak seberapa.



An-Nur's Kitchen sebuah restoran yang mampu menampung pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa, so ia sesuai untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga atau secara berkumpulan mengadakan mini gathering atau sebarang perjumpaan.


Seafood Lambak satu nama baharu selain perkataan yang sering kita gunakan iaitu Shell-Out. So, jangan ketinggalan untuk nikmatinya hanta di An-Nur's Kitchen.



Sempena Ramadhan ni, korang boleh booking tempat di Seafood Fanatics iaitu cawangan An-Nur's Kitchen daripada owner yang sama. Korang boleh hubungi untuk tempahan di 

whatsapp : 0174212649 | 0193031567

Alamat :
An-Nurs Kitchen
C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Present 8,
62100 Putrajaya.

Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula 12.00 tgh hingga 10.00 mlm


Selamat menjamu selera di Seafood Fanatics @ AnNurs Kitchen.

#SeafoodFanatics #SeafoodLambakStyle
#AnNurs Kitchen #MasakanPanas #Western.




5 Comments

  1. adoiyaiii...sedap na semua makanan tu

    ReplyDelete
  2. ya allah merianya makanan.. lenkali nak join lah jugak hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya seafood..my fav !

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap semua makanan kat sini Nora. Kak Sue dah la suka seafood, ada rezeki nak juga datang makan kat sini nanti..

    ReplyDelete
  5. teringat kesedapan makan dekat sini... tak sabar nak repeat lagi nih!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿