Musim Raja Buah Kembali Lagi

Monday, July 23, 2018

Salam Kesayangan...

Raja buah kembali lagi dalam kehidupan. Sana sini sibuk bercerita pasal raja buah. Tak lepas juga pelbagai resepi mula keluar based on raja buah. Haaaa Durian adalah segala Raja Buah.

Raja Buah - Durian Udang Merah

Ada orang suka makan durian, ada orang bau pun tak nak. Tapi kebanyakkannya pasti mencari dan teringin makan. Nahhhhh kini memang musim durian. Harga pula jauh beza murahnya berbanding musim lain. Sana sini sepanjang jalan ada sahaja orang yang jual buah durian.

Bag peminat tegar buah durian pastinya kami memburu durian dengan harga yang murah. Gigih tau mencari durian. Kononya viral murah, sekali pergi durian tu hanya stok tempoyak. Ohhh no kecewa rasanya tau.

Durian Kampung & Durian Udang Merah
Nora dan suami memang hantu durian. Kami gigih balik ke Segamat semata-mata nak cari durian. Merata juga kami cari untuk dapatkan hasil yang banyak dengan harga yang murah. Maklumlah lambakan durian akan menjadi pertaruhan peniaga untuk main harga.

Sampai di Segamat port kami jumpa di Simpang Jabi, masa ni beli durian kampung  gred yang elok sekilo RM6. Isinya perghhh memang cun sedap dan puas hati. Next kami singgah lagi untuk beli durian kampung tapi sebab terlalu ramai kami tertarik dengan durian Musang King dengan harga RM25 sekilo. Haaa apa lagi Nora dan suami borong 6 biji. Balik terus makan.. Perghhh isinya yang kuning, gebu dan bau yang menyucuk hidung. Rasanya aduh duh duh memang sedap nau. Masa ni suami budget RM500 untuk makan durian.

Raja Buah - Durian Musang King
Next, kami jelajah lagi beli durian. Masa ni suami beli, tapi isi dia kurang memuaskan bagi Nora sebab harga murah dan rasa ia kira berbaloilah jugak. My taste is isi yang gebu, sedap lemak manis pahit. Haaa gittew.

Again, suami beli habis RM350 durian kampung dan durian Udang Merah. Haaaa amek untuk bini dengan anak katanya. Mengadap kami makan sampai mengah. Hahahah lepas tu tepuk dahi sebab perut muncit berat badan pun naik mencanak.

Raja Buah - Durian Kampung
Puas membeli tup-tup mak abah datang KL hantar durian. Nahhhh hasil durian tanam sendiri. MasyaAllah Nora tak tahu pun dekat kampng ada buah durian sebanyak ni. Mak abah tak pernah cakap. Yang Nora tahu 2 pokok belakang rumah, walaupun pokok tu nampak macam nak mati tapi tetap menghasilkan buah yang sedap.

Raja Buah - Durian Kampung dari kebun mak abah
Nahhhh berbakul abah bawa untuk anak dan cucu dia. Allah terharu sangat. syukur dengan rezekimu Ya ALlah. Tapi abah kata bukan senang abah nak kumpul durian ni kalau tak peri jaga atau rajin tengok. Sebabya pukul 2 pagi dah ada yang tunggu nak kutip durian. Urghhh bila dengar geram je rasa tau sebab kami tak puas makan lagi. Dahlah kutip tak minta izin. Urghhhh... Tu belum yang dekat rumah lagi. Tapi mak abah kata anggaplah bukan rezeki kita. Tak baik cakap tak halalkan. Hahaha aduhh baiknya hati mak abah.

Zarra dengan Raja Buah - Durian Udang Merah
So sepuas puasnya makan durian. Tapi ada simptom pulak selagi nampak durian selagi tu rasa nak makan lagi. Aduhaiiii apa punya tekak lah ni. Rasa nak lagi dan lagi dan lagi...

Siapa ada tabiat macam Nora angkat tabgan. Heheheh


You Might Also Like

8 ♥sweetcream♥

  1. Betul, durian berhantu. Nak lagi dan lagi

    ReplyDelete
  2. Puas makan durian tahun nie kan,murah.. durian kampung nasib abg Kak Sue belanja pastu Abang Man balik kampung bawak balik pulak lagi..

    ReplyDelete
  3. Nora!!! murah sangat tuh weh. RM6 sekilo..kat KL RM12-RM15 sekilo..adehhh..untung lah kalau dapat makan yang murah2 mcm tuh. Nany pun still mood makan durian lagi ni. HAHAH! tak habis2 borong durian.

    ReplyDelete
  4. Akak la tu...beratus- ratus dah duit habis beli durian..nak buat caner kan pokok sendiri tak berbuah kat kampung..minggu ni balik nak beli lagi

    ReplyDelete
  5. skrang ni toleh kiri kanan nampak durian hehe puas hati makan tahun ni =D

    ReplyDelete
  6. Anak ngan suami aina mg hantu durian k.nora. tapi ain tak makan durin, huhu.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿