Pada 14 Julai 2018 yang lalu, tempat Nora bekerja iaitu di SK Sungai Penchala, Kuala lumpur mengadakan sambutan Majlis Hari Raya iaitu bersamaan dengan sekolah ganti bersempena cuti Pilihanraya yang lalu.


Seperti biasa sambutan pastinya meriah. Terdapat station makanan untuk murid-murid seperti station satay, station roti canai, station buah-buahan, station bihun sup, station air dan banyak lagi. Pastinya station-station makanan ini diuruskan oleh guru-guru dan juga murid yang terlibat.











Bahagian station makanan guru dan VIP diurus oleh AJK yang telah dipilih. Kali ini Nora ditugaskan untuk menjaga station roti canai. Tahun ini pertama kali terdapat makanan yang di masak secara live iaitu roti canai dan satay.


Kerjasama daripada semua guru dan staff serta murid-murid dalam menjayakan majlis ini harus diberi pujian. Murid-murid hadir ke sekolah dengan berpakain lengkap hari raya yang penuh gaya. Begitu juga dengan guru-guru yang meriah dengan pakaian hari raya. Maklumlah kali ini ada hadiah bagi pakaian yang mengikut tema kategori murid dan guru.


Check it out gambar-gambar sepanjang majlis sambutan hari raya di SKSP.





untuk lihat lebih lagi gambar boleh follow FB SK Sungai Penchala.


3 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿