Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Perut (Babat)

Thursday, August 09, 2018

Salam kesayangan...

Hujung minggu baru-baru ni dapat jua Nora luangkan masa di rumah bersama keluarga. Part paling seronok bila dapat masakkan makanan untuk suami dan anak. Maklumlah bila kehidupan PJJ ruang masa bersama agak terhad.


Lemak Cili Api Rebung Dan Perut menu pilihan kami sekeluarga memandangkan rebung fresh pemberian bapa mertua ada di dalam peti ais. Memang rangup sangat rebung hasil dari bapa mertua.

Ini pertama kali Nora masakkan gulai macam ni untuk suami. Jom Nora kongsikan resepi Lemak Cili Api Rebung Dan Perut style ummizarra.

Rebung Fresh Dan Rangup
Lemak Cili Api Rebung Dan Perut

Bahan-bahan A

1. Cili Api - Segenggam dalam 20-30 biji
2. Kunyit Basah - besar ibu jari
*Kisar atau tumbuk

Bahan Dilisar @ Tumbuk
Bahan-bahan B

1. Perut Lembu (beli sepinggan rm10)
*Hiris mengikut ketebalan yang diingini dan rebus dahulu sampai empuk.
2. Rebung (Ikut suka nak letak banyak mana tapi Nora guna semangkuk)
3. Santan - 2 kotak santan Kara
4. Serai - 2 batang dititik
5. Asam Keping - 2 keping
6. Semangkuk air

Perut Lembu Di Rebus
Cara-cara

Masak bahan A bersama rebung dan masukkan perut bersama air. Masukkan perut, asam keping, serai dan santan kemudian kacau sebati. Tunggu mendidih dan pastikan tidak pecah lemak. Masukkan garam kacau dan tutup api. Taraaaaa siap.

Masa baru campur dengan santan cair
Haaaa apa macam tengok terliur tak? Apa yang Nora boleh kata rebung ni fresh dan rasa rangup. Sedap sampai suami pun menjilat jari. Chewahhhh.

Selamat mencuba.

Korang juga boleh rujuk resepi lain di sini.

You Might Also Like

12 ♥sweetcream♥

  1. Sedap...sukababat heheh...tp xmkn rebung

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa...terus rasa sedapnyaaaaaa...rasa nak jugak laa..lama x buat

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tuh nota.meleleh air liur tengok..selalu makan pedas macam nih memang sedap

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Nora.. Kak Sue belum pernah masak perut lagi, tapi suka makan. Lain kali boleh cuba..

    ReplyDelete
  5. kalo menu ni mkn perut n kuah je..rebung tk mkn

    ReplyDelete
  6. Ok terliur sangat tgk babat tu. Masak lemak cili pula tu. Rebung ana tak pernah makan sebab kat rumah mak, mak je yg makan.

    ReplyDelete
  7. Fav masak lemak rebung dengan perut...memang sedapkan Nora! kebetulan ada rebung kat rumah ni misi mencari perut pon bermula esk nak pi pasar malam cari...

    ReplyDelete
  8. fulamak mesti terangkat bila makan ni

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak. Memang terliur, sebab suka makan rebung.

    ReplyDelete
  10. Tengok ni terus perut lapar..

    ReplyDelete
  11. Lapar terus tengok semua makanan sedap dekat sini. Hahaha. Fav jugak menu ni.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿